Tuesday, 10 March 2015

Hasil Borongan di Farmasi


Salam.
Tudiaa~ borong katanya~ Padahal beli dua barang je pun. Hehe :p


1. Ubat Cacing Zentel

Berkurun dah haa aku tak makan ubat cacing, tetiba beli apesal? Sebabnya adalah kat ofiz aku skang ni ada dua ekor 'budak nakal' yang sangat comel. Tapi yang sekor tu kecacingan dan selalu muntah cacing. Paling best hari tu, dia muntah betul-betul depan pintu ofiz aku, aku keluar terus terpijak cacing tu tanpa beralaskan selipar. Kau tau macam mana gelinya rasa kulit tapak kaki ni bila terpijak cacing? Ewhhh...terus aku cuci bersih-bersih sambil muka cuak gila nak nangis, sebab takut ada cacing sempat masuk tembus dalam kaki aku...T_T wuwu takutnyaaa!!

Tiga hari lepas kejadian (semalam), baru aku sempat pergi farmasi untuk beli Zentel ni. Dan sepanjang aku tiga hari masa aku belum beli tu, psikologi aku punyalah sabotaj aku. Tetiba je tapak kaki rasa macam gatal-gatal lah, then rasa macam ada something jalan-jalan kat dalam lah. Walhal before ni, memang ada rasa macam gatal-gatal tu, cuma takdelah kaitkan dengan kecacingan kan~ Hahah...dah lepas terpijak baru terasa macam tu :p


So, nak bagi hilang risau. Kita telanlah ubat cacing Zentel ni. Rm 8.80, dalam kotak ni ada dua pil. Telan dua2 tu pada satu masa sekaligus.

Nota: Selang 4-6 bulan, kita disarankan untuk ambil ubat cacing untuk cegah diri kita daripada kecacingan. Dewasa pun boleh kena jangkit tau, bukan budak-budak je..hehe

2. T3 Mycin

Syukur sebab muka aku ni jenis muka yang tidak berjerawat. Tapi, skang ni muka aku dah ada jerawat, dan ia seolah-olah merebak dengan jayanya. Aku kira dah ada 5 bijik jerawat dah ni haa~ pempuan ni even seketul jerawat tumbuh pun macam dah boleh histeria..hahah! Tapi tak semua lah.. :p

Baca review-review mereka yang telah berjaya menghilangkan kesan jerawat biasa / teruk di muka mereka, rata-ratanya mereka menggunakan T3 Mycin.


Harga dia Rm27.80, tapi malam tadi aku beli dekat AM/PM Pharmacy, ada diskaun dapat Rm22 je sekotak tu. Sangat best!  Owh yes, T3 Mycin ni hanya boleh didapati di farmasi sahaja. Watson dan Guardian takde jual. Sebab ianya agak bahaya sebenarnya, sebab ia ada kesan kemudaratan kalau pakai tak ikut aturan. Dan lagi satu, seriously, ibu yang sedang susukan anak DILARANG guna gel T3 Mycin ni sebab ada satu bahan kimia yang tak elok dalam gel ni akan diserap ke dalam badan dan terkumpul dalam susu. So, takut efek pada baby yang menyusu tu pulak. So, jangan ye!

Gel T3 Mycin ni ramai orang kata berkesan, cuma ianya bahaya sikit kalau terlebih pakai. Ni aku share kan kertas yang ada dalam kotak T3 tu, dia ada terangkan kenapa ia bahaya :

Erk, nampak tak? Macam kabur-kabur sikit kan, dah lah macam bahasa Indonesia...(-_-')

Memang bahaya!
Okay tu je, nanti aku bagitau result jerawat kat muka aku ni lepas guna selama 2 weeks gitu. Harap lah membantu. Haha~


P/s: Skang budak comel sekor yang kecacingan tu dah baik dah...dah makin aktif dan comel :D


No comments:

Post a Comment