Thursday, 23 April 2015

BACALAH Surah Al-Mulk Sebelum Tidur


Salam.
Entry ni agak panjang sebab banyak yang aku nak explain, termasuklah bagaimana surah Al-Mulk ini akan 'datang' kepada kita demi melindungi kita daripada azab dan seksaan kubur kelak. Harap sudi baca sampai habis sebab surah Al-Mulk tersangatlah besar manfaatnya, bukan untuk orang lain, tapi untuk bantu diri kita sendiri nanti di kubur sana.


Fahami apa manfaat sebenar daripada surah Al-Mulk?

Masa di sekolah asrama, kami diarahkan untuk membaca surah al-Mulk pada setiap hari sebelum light-off pada jam 11.00 malam. Masa tu, yang aku faham, baca surah al-Mulk sama fungsi macam kita baca ayat Qursi, iaitu untuk melindungi diri dan tempat kediaman daripada gangguan syaitan dan benda-benda tak elok. Apa jadi? Balik kelas prep, dah lah mengantuk, kena pulak baca surah, jadi aku baca dengan rasa yang malas dan tidak menghayati.

Serius, kalau aku tahu manfaat sebenar surah Al-Mulk ni masa tu, tak disuruh pun aku tetap akan baca dengan rela dan ikhlas sepenuh hati.

Kenapa? Sebab surah Al-Mulk bukan saja penyelamat (pelindung) daripada bahaya dan gangguan syaitan, tetapi surah Al-Mulk juga adalah penyelamat (pelindung) manusia yang mampu melindungi manusia daripada azab siksaan kubur! Subhanallah Al-Mulk mendapat keizinan Allah untuk melindungi pengamal (pembacanya) daripada siksaan kubur.


Daripada kisah itu, penting untuk kita faham, Al-Mulk boleh melindungi DENGAN IZIN ALLAH. Ia tidak akan boleh melindungi pembacanya SEKIRANYA TIDAK MENDAPAT KEIZINAN DARIPADA ALLAH.

Maka sebab itulah surah Al-Mulk dikatakan surah yang akan menyelamatkan kita daripada azab kubur kelak. Bagaimana?

Beramallah Dengan Al-Mulk Secara ISTIQAMAH

Amalkan membaca surah Al-Mulk pada setiap malam secara istiqamah. Kalau baru nak mula, boleh cuba 2,3x seminggu, dan teruskan sampai jadi 5,6 kali seminggu sehinggalah dapat amalkan hari-hari. Takpe, slow-slow sebab aku pun sedang cuba untuk istiqamah baca tiap-tiap malam before tidur. Jadikan lidah kita ni sebati dengan Al-Mulk, percayalah suatu hari nanti kita dah boleh hafal Al-Mulk, insyaAllah.

Sejauh mana keyakinan kita terhadap surah Al-Mulk?


Kita wajib yakin. Kita beriman kepada kitab Allah SWT, jadi kita wajib percaya dan yakin sepenuh hati sebagaimana kita mempercayai dan meyakini Allah. Jadi, untuk membantu anda meningkatkan keyakinan seterusnya menggalakkan anda juga mengamalkan surah Al-Mulk ini, aku kongsikan beberapa sabda Rasulullah SAW / Hadith / Riwayat / Para Ulama berkenaan kelebihan mengamalkan surah Al-Mulk :-

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”

8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”

****************************************

Itulah serba sedikit perkongsian tentang manfaat apabila kita beramal dengan surah Al-Mulk secara istiqamah. Jangan lupa sampaikan pada sedara-sedara kita yang lain, sebab ini untuk 'pendapatan' kita di akhirat juga. InsyaAllah, amin~

P/s: soon, aku nak update pasal surah Al-Kahfi. Surah yang penting untuk kita hafal sebelum ianya betul-betul 'hilang' terus daripada dunia ni seperti yang tertulis dalam al-Quran. Surah Fitnah Dajjal!


2 comments: