Salam.
Aktiviti yang tak dirancang langsung, alih-alih semua setuju nak pergi pantai. Bagus!! Let's go!
Lalu Highway Senai - Desaru, so memang jimat masa sesangatlah kan. Decide nak pergi Batu Layar, sebab masa last pergi 3 tahun lepas, kat situ ada gerai makan yang sedap. Hahaha hope ada lagi gerainya :p
Sampai-sampai je terus dah tak sabar nak turun kereta. Kitorang tak suka park kat kawasan yang ada penginapan sebab ramai orang. So, park kat tepi-tepi pantai je dan kalau nak best, park kereta dekat kawasan yg berbayar, sebab lebih bersih dan terjaga macam ni haa..
Langsung tak kelihatan sampah-sarap dan rumput pun pendek terjaga. Parking fee Rm3 per day. Sangat berbaloi! Gerai makan dan tandas semua ada, bertentangan dengan laut je haa..so, dah sampai terus bersantai tepi pantai sebab still kenyang lagi. Hadaplah beberapa gambar keriangan dpd aku ye, hahaha~
Kat kawasan persendirian yang aku parking ni, best sebab banyak port untuk bergambar, antaranya pondok, buaian dan kayu-kayan.
Satu yang aku suka tentang pantai adalah batu-batu kecik dia. Cantik-cantik dan berkilat.
Masa kecik-kecik dulu, suka kumpul batu pantai untuk hias kat rumah. Hehehe...
Okay, habis gambar pemandangan Batu Layar, jom sila hadap pula gelagat kami sekeluarga yang dah 3 tahun tak pergi pantai..hahaha
Aktiviti men-shooting di celah-celah kayu...
Hasil nukilan abah yang sangat berseni (-_-')
Terdapat suatu penampakan sosok mambang!!
Gigih amek gambar batu pantai~ lepas tu lari takut kaki kena air...
Feeling sorang-sorang naik buaian~
Haaa....hahahaha lepas dah penat bersantai dan ambil gambar, masing-masing pun dah lapar dan mulalah makan kat kedai yang sedap tu.
Antara sudut yang cantik untuk photoshoot di gerai makan tu.
Haa okay! Tu saje, penatlah tulis entry banyak gambar ni. Setiap gambar pun kena letak watermark. Okay, thanx sudi singgah sini. Hihi (n_n)
P/s: seronoknyaaaa pergi pantai santai-santai camni :D
bestnyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecantiknye pantai ..suak pantaui yag erjaga cam ni .. x cam pd kotor ..... tp nk tak nk pi juga tu je yg dekat huhuhu
ReplyDeleteeh x ramai orang plak.. selalu mcm ramai je.. hehe
ReplyDeletelamanya tak p pntai.. rindu lak nk p..huhuhu
ReplyDeletemmg cantik la tempat nye
ReplyDeletekalu shooting ni mesti menarik
tapi jaoh plak dari tpt ayu