Salam.
Percaya tak, kami sekeluarga lebih kerap makan di luar berbanding makan di rumah?
Tengah makan cendol kat lori tepi jalan. Sedap dn suasana santai je. Dekat seberang flyover Angsana Mall, lorinya depan dewan awam.
Ni pun kedai lori jugak. Bean curd / rojak tahu kat sini sedap gila! Area Angsana Mall.
Yang ni aku pernah review sepenuhnya dalam entry INI (Klik). Kedai baru area Angsana gak, main menu dia Asam Pedas. Sedap! Tapi, tak ramai orang singgah makan even lokasi dia strategik. Atas dasar kesian dan nak gembirakan pemilik kedai, maka kami makan kat situ. Tapi takde rezeki diorang jugak agaknya, skang kedai tu memang dah tutup dah.
Facecook Cafe ni area tempat aku je, kat Senai. Selau dan suka makan sini, tapi sedih jugak, sebab kedai ni pun dah tutup. Aku tak tau apesal, rasa sebab kekurangan pekerja. Hmm :(
Ni kedai makan baru dalam Angsana Mall. Dulu kedai bunga dan barang-barang perkahwinan, tapi skang dah boleh siap makan kat dalam tu. So, feeling2 makan dalam taman. Chewah! Kedai ni of course bukan orang susah punya, tapi sebab dia baru, maka kami support makan kat sini.
Dan Khamis lepas, kitorang satu family makan lagi kat satu kedai baru ni, kedai SOUTHERN TIGERS! Yeaahhh!
Kafe JDT dua tingkat tuu~~ wuuu teruja pergi situ. Hahah ni nantilah aku ceritakan.
**************************************
Rutin harian kami memang macam ni. Makan luar ni membazir sebenarnya. Tapi, kami ni berniaga pasar malam, so memang tak masak kat rumah, semua makan beli kat pasar malam je. So, bila cuti pun, malas nak masak. Pastu semua semangat nak keluar berhuha-huha even just nak pergi makan je pun. Hahah. So, kira macam quality time with family tu time makan di luar. Yelah, aku pun bagitau tarikh nak kawin masa makan kat luar, beb. Siap bawak buku bagai, punyalah nervous~~ Hahahaha!
Jadi, dah alang-alang makan kat luar tu, kitorang suka cari dan makan di kedai-kedai baru or kedai-kedai Melayu yang nampak okay tapi tak ramai orang. Kira macam jalan-jalan cari makan versi low budget gitu, sambil membantu mereka secara halus gitu haa... (n_n)
Banyak lagi cara sebenarnya untuk kita bantu orang, kami suka bantu dengan cara yang macam tu. Lain orang lain cara, macam hotel ni, dia bagi penginapan percuma buat orang-orang yang homeless! (Klik) Hukhuk terharu kan? Time kasih, hotel :')
P/s: there's millions way to show your kindness :)
facecook? menariknya!
ReplyDeletepernah nampak kedai kawen yg ada cafe tu.. tapi x masuk sebab nak balik dah..
menarik .... setiap org ade caranye sendiri
ReplyDelete