Salam!
Pernahkah korang berurusan dengan mana-mana jabatan di UTC? Ianya sangat bagus, mudah dan cepat gila tau! Hahaha excited nak citer pasal ni. Memang tak sia-sia diorang buat lagu UTC~UTC~ Pusat Pelbagai Perkhidmatan~~ yang selalu kuar kat TV tu haa~ So, hari Isnin lepas aku amek AL sebab nak setel hal tukar lesen P aku ke lesen penuh di JPJ UTC ni.
Lokasi pejabat UTC Johor ni dalam shopping mall iaitu di Galeria Johor Bahru. Tingkat 3, kalau nak senang, parking terus kenderaan anda di tingkat 3 so masuk terus sampai, tak payah terpusing-pusing naik escalator. Dalam ni, baaaanyak gilaaa kemudahan yg disediakan. Banyak sangat! Nah tengok sendiri..
Dan masa aku pergi tu, banyak yang lengang macam takde orang datang. Tak sure kenapa, tapi mungkin orang Johor tak tau UTC ni boleh setelkan banyak urusan sekaligus agaknya. Try lah pergi, memang best plus tempatnya selesa :D Btw, atas tu lah cawangan JPJ.
Prosedur Terkini Tukar Lesen P ke Lesen Penuh di UTC
1. Datang ambil nombor dan tunggu
2. Serahkan lesen P lama tu dan IC
3. Nanti dia tanya nak renew untuk berapa tahun
(minimum setahun RM30)
4. Tarikh expired lesen akan diselaraskan ikut birthday
(ini kena bayar RM15)
5. Dah bayar, tunggu jap. Pastu terus siap dan dapat lesen CDL anda!! Yahooo~~
Ya! Camtu je caranya. Tak payah dah bawak-bawak gambar passport ke apa, tak payah dah kena ambil gambar kat sana kalau tak bawak gambar. Dan diorang pun dah takde tanya-tanya kita nak guna gambar dekat lesen P ke, gambar IC. Takde! Sebab diorang dah tau dah mesti kita nak guna gambar yang kita bajet cantik sikit kan. Hahaha~ so gambar aku tu guna gambar kat lesen P...rasanya diorang scan je kot, tu yang senang tu :D
*************************************
Okay, begitulah cara-caranya. Total Rm75 sebab aku renew 2 tahun terus + selaraskan tarikh. Servis baik dan pantas! Paling best, waktu kaunter UTC dibuka hari-hari sampai jam 10 malam!! Tengah jalan-jalan pun kita boleh singgah jap bayar bil ke pape ke kan. Best!! Akhirnya ada juga sumbangan kerajaan yg berguna...haha
P/s: lepas setel ni, aku pergi buat HIV Test pulak tau..seriau nak kena cucuk lengan sebab first time T_T hahaha, nanti aku citer~
cepat kan
ReplyDeleteklu UTC belah sini ... paling kejap 2 jam ... tp klu lambat sampai 7 jam cam aku tu haaaaa......
ReplyDeletetp aku penah setel kerja kat utc x sampai 5 minit pun ... hahahhaha
Mudah kan ..xyah nak amik gambar latest lah bagai..
ReplyDeleteWooww besarnya galeria mall kt johor ni...mmg UTC terbaik...mudah dan pantas
ReplyDeleteTq Info ...
ReplyDelete