Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 24 November 2015

Nak Tak Nak Kena Paksa Juga !

Salam.



Aku tengok dalam drama Melayu kan, majoriti ceritanya akan tunjuk watak-wataknya sedar diri dan berubah jadi manusia yang lebih baik hanya selepas ditimpa musibah. Aku tertanya lah jugak, itukah 'SERU' yang kita semua maksudkan selama ni? Musibah itukah yang kita maksudkan sebagai 'SERU'? Kalau macam tu sebenarnya boleh lah kita kata, kita ni tengah tunggu musibah datang rupanya, baru nak berubah...

***************************************
Adakah kita yakin, bila musibah itu tiba kepada kita, kita akan berubah jadi baik? Pernah tak tanya diri sendiri dengan soalan-soalan yang serius macam ni? Berhentilah sebentar belek fon anda tu pada masa-masa yang terluang dan biarkan otak anda untuk menerawang sekejap untuk fikirkan pasal mati dan bagaimana kita di 'sana' kelak...

Ramai antara kita 'menafikan' niat untuk berubah menjadi umat Islam yang lebih baik. Kenapa aku kata 'menafikan'? Sebab rata-rata umat Islam ni memang secara basicnya dah tau dah hukum-hakam Islam ni, tapi masih tak nak berubah sebab katanya, 'Belum sampai seru~' Yang perempuan pulak, nak tunggu lepas kahwin baru nak berubah...paling obvious pasal aurat dan pergaulan. Cubalah tanya diri sendiri, pernah tak kita terniat macam tu?

***************************************
'Seru' ni boleh dikategorikan dalam dua bentuk. Satu dalam bentuk amaran iaitu musibah macam dalam drama-drama Melayu tu, dan satu lagi datang dalam bentuk kebaikan yang ala-ala suatu perasaan yg magic! Inilah namanya 'hidayah dan petunjuk daripada Allah'. Anda rasa 'SERU' anda tu datang dalam bentuk yang mana satu....?

***************************************
Yes! Pada mulanya aku tak kisah langsung pasal benda ni, aku fikir lantak lah, masing-masing ada cerita sendiri. Tak guna mengutuk umat Islam yang jahil, sebab mungkin Allah belum buka pintu hati diorang. Aku cuma boleh doakan yang terbaik je supaya semua umat Islam boleh berubah menjadi umat Islam yang lebih baik...

Malangnya, aku nampak tiada daya usaha di situ..
There is NO EFFORT yang mereka buat untuk jadi semakin baik. Sebab mereka rasa kehidupan mereka sedang aman, jadi mereka terus hidup begitu. Dan aku rasa risau, sebab tu aku kongsikan pemikiran aku kat sini....mungkin boleh 'menggerakkan' orang lain untuk turut sama memaksa diri untuk jadi yang lebih baik...

****************************************
Betul ke kita nak tunggu seru datang, baru kita nak berubah?

Kalau seru yang datang tu, dalam bentuk musibah, macam mana?

Musibah tu pulak, boleh jadi kena kat kita, tapi boleh jadi juga orang-orang yang kita sayang yang jadi mangsa dek kerana Allah itu nak menyedarkan kita yang masih tak sedar-sedar diri lagi ni. 

Seru itu boleh datang melalui kecelakaan yang menimpa sama ada ahli keluarga kita, pasangan kita, anak-anak kita, mahupun bestfriend kita sendiri, jadi itukah seru yang kita tunggu-tunggu untuk betul-betul buat kita insaf justeru baru terbukak pintu hati kita untuk berubah?


Tapi, Alhamdulillah, lumrah manusia ni hanya ingat Allah dan berubah lepas dapat susah. Baru hanya terasa insaf saat ditimpa musibah. Memang boleh berubah masa tu, tak siapa pun halang, malah tak berdosa pun nak berubah jadi lebih baik lepas dapat musibah....

tapi dalam masa yang sama...

Mungkin saat itu, kita dah pun kehilangan ibu/ bapa tersayang yang terbabit dalam usaha Allah untuk menyedarkan kita...

Mungkin saat itu, kita dah pun kehilangan adik-beradik tersayang yang terbabit dalam usaha Allah untuk menyedarkan kita...

Mungkin saat itu, kita dah pun kematian suami/ isteri/ kekasih tersayang yang terbabit dalam usaha Allah untuk menyedarkan kita...

Mungkin saat itu, kita dah pun kehilangan segala harta benda seperti rumah, yang terbabit dalam usaha Allah untuk menyedarkan kita...

Mungkin saat itu, kita sendiri dah jadi orang kurang upaya/ mengidap penyakit yang tak diduga-duga, yang datang sebagai usaha Allah untuk menyedarkan kita...

Kesedaran kita mungkin diganti dengan kehilangan orang-orang tersayang / kerosakan harta benda / hubungan dan lain-lain yang buruk dan menyedihkan....

Tapi, yakinkah kita akan betul-betul berubah menjadi umat Islam yang lebih baik selepas SERU itu datang??

Sebab aku pernah baca kisa tentang anak-anak berebut harta pusaka lepas ibu bapa meninggal. Sebab aku pernah baca kisah macam mana perangai seorang anak jadi semakin leka dan bebas lepas ibunya meninggal dunia. Sebab aku pernah baca kisah bagaimana seorang isteri memakai seksi-seksi hanya untuk menggoda lelaki lain sebab suaminya sedang sakit tenat. Sebab aku pernah baca seorang lelaki curang hanya kerana isterinya sedang sakit tak boleh bergerak. Mengapa semua mereka tidak berubah menjadi lebih baik sedangkan musibah-musibah itu merupakan SERU / Amaran untuk mereka?

Jadi, sebab itu wujudnya soalan...

"Yakinkah kita akan betul-betul berubah menjadi umat Islam yang lebih baik selepas SERU itu datang??"

Aku pernah tanya diri aku sendiri, kalau ditakdirkan ma ayah aku pergi dulu, adakah aku akan rajin solat Subuh lepas tu? Adakah aku akan jadi muslimah yang menutup aurat dengan sempurna supaya ayah aku tak tersiksa kat 'sana'?? Banyak lagi aku tanya diri aku, tapi....

Aku cuma diam....takde keyakinan yang muncul. Aku sendiri tak pasti tentang itu...

Lalu di akhirnya, SERU itu juga hanyalah sebagai alasan. Kalau Seru dah sampai, tapi masih tiada effort untuk paksa diri, tetaplah sia-sia....

Jadi, itukah SERU yang semua orang tunggu di saat ini?

****************************************

Mula lah perlahan-lahan. Geraklah perlahan-lahan, merangkak pun tak apa, asal jangan terbiar hanyut tanpa usaha. Allah tu tahu siapa yang berusaha. InsyaAllah Dia akan bantu. Dia akan mudahkan :')

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa kita suka menafikan agama sedangkan kita kata kita percaya?Bawah ni aku kongsikan kisah benar sorang cousin pempuan aku, perbualan antara dia dengan sorang foreigner.

Cousin aku duduk kat airport, sambil baca buku tentang Islam. Sorang foreigner tegur dia...

F : Are you Muslim? (refer to that book)

C : Yes...

F : Then why you don't cover your head?

C : Urm...i'm not ready yet...

F : Why like that? It's a MUST (wajib) right? So, you need to obey doesn't matter if you're ready or not.

*************************************
Sampai sekarang, perbualan tu masih terngiang-ngiang kat telinga aku. Tak tau kenapa ayat dia tu buat aku rasa macam sampai ke jiwa. Bukan tersentap, tapi ayat tu terasa sangat bermakna. Memang Islam itu tiada paksaan, tapi layakkah kita sebagai hamba ni nak guna 'tiada paksaan' tu untuk sesuatu yang memang wajib kita buat sebagai seorang hamba?

P/s: aku pun tak tau kenapa aku taip entry camni...dah lama tulis, baru siap hari ni...hmm

4 comments:

Unknown said...

Tak sanggup rasanya nak tunggu musibah datang baru nak berubah..akak berharap musibah tak datang menimpa jadi setiap masa akak akan memperbaiki diri sendiri..rasanya kalau musibah datang mungkin akak tak boleh nak fikir apa dah.Semoga sentiasa dilindungi dari sebarang musibah..

Raz said...

Wahh foreigner tu.. direct jer.. tapi btollah apa dia cakap tu kan..

ala biasalah manusia.. sudah terhantuk baru tengadah.. itupon x lama.. kejap jadi balik perangai lama..

huhuhuhu mari lah berdoa agar ditetapkan hati utk memperbaiki diri

Cici said...

hi babe. I setuju sangat. semuanya bermula dari kita. i pernah dengar ceramah sorang ustaz dia bagi contoh bab tudung. orang kata tunggu sampai seru sedangkan Allah memang dah seru semua umat Islam untuk menutup aurat dan menjaga maruah. tapi yelah, I sendiri pun baru bertukar image kan T_T

ct cheery said...

Entry kau buat aku berhenti dan muhasabah diri.memang kena tepat Kat barang hidung