Friday, 13 November 2015

Review Terkini Kilang Bateri Johor Bahru

Salam.
Heyyy...lamanyaaaaaa aku tak update blogggg....Harap takde kawan-kawan yang tendang blog aku ni daripada bloglist mereka. Hahaha...(n_n) Banyak benda yang berlaku, plus aku tengah usahakan bermacam-macam benda sebenarnya. Apapun, entry ni bukan nak citer pasal tu semua, tapi aku nak citer tentang Bateri ni. Ya, lagi sekali Bateri di-review dalam blog aku. Jom tengok apa yang best di Bateri ni :)


Masa aku pergi dulu, masih belum banyak lagi kedai, tapi baru-baru ni aku pergi, mak aihh...dah meriah gila. Food court dia dah tambah banyaakkkk kedai baru. Meriah dan happening gila! Suka! Suka! Ada satu cafe baru tu, penuh dengan koleksi barang Coca-cola. Menarik!



Cafe ni khas jual popia tau! So, boleh lah relax2 kat sini sambil makan popia dengan santainya dalam cafe yang menarik ni :D Paling best, cafe ni sekali dalam Butik Unequeen milik Mawi dan isterinya, Ekin! Jubah-jubah kat situ memang cantik dan design dia moden. Pejam mata je lah aku masuk supaya tak tergoda~ Hahaha


Haaa, nampak tak deretan jubah koleksi Butik Mawi & Ekin ni? Hihi cantik tau~ banyak main konsep geometri dan color block. Memang cantik, size pun available dpd XS - XXL. Kalau korang nampak dalam rak kaca tingkat bawah tu, dalam tu ada trophy2 yg Mawi pernah dapat masa zaman kegemilangan dia dulu. Aku terharu pulak dapat tengok trophy tu depan mata, even sebenarnya, takdelah minat sangat. Hahaha orang kampung tu weyh~~ :p

So, cafe tadi tu terletak di sebelah kanan butik ni (dalam ruang yang sama). Kot tengah makan2, boleh lah perabih duit beli baju pulak kan. Hehe...


Then, paling best, dalam Bateri ada satu kedai makan sushi, yang ala-ala Sushi King! Owner melayu weh, pekerja semua melayu, tapi decoration kedai dia, memang setaraf Sushi King. Siap ada Sushi Track yang bergerak-gerak macam keretapi tu haa...maju kan? Kagum dan bangga aku tengok kedai sushi tersebut, cuma takde gambar pulak nak tunjuk :p

Lepas tu, aku rekemenkan korang try Let's Get Cereal ni haa...





First tengok kedai dia dah rasa tertarik dah sebab colorful dan penuh dengan bijiran yang pelbagai jenis, bentuk dan warna. Cara order dia, boleh pilih set / request nak letak apa. Aku beli set Choco Nana tu je...sebab tu je yg aku familiar~ Haha :p


Ni aku punya, Rm 6.99. Banyak jugak dia letak bijirin dia tu. Nanti dia tanya nak makan tu dengan air apa (jenama Dutch Lady). Ada 3 pilihan, susu / coklat / strawberry. Semua sejuk. Aku pilih coklat je~ Hahaha so tu lah dia, nyum2..sedap!!

Daripada segi kedai2 pakaian kat Bateri, semakin banyak dan pesat membangun. Rata-rata local brand dan ini sangat menjadi satu inspirasi buat usahawan2 tempatan. Tahniah!! Saya suka pergi Bateri :D Yahoo!

P/s: kalau dulu orang banyak duit dia bukak cawangan Mcd, skang tak main dah...Semua ramai2 pakat bukak hispter cafe. Hehehe :D

9 comments:

  1. memang nampak moden dan menarik sekali lynn dari segi deconya..teringin juga kak ana ke sana satu hari nanti, in shaa allah .:)

    ReplyDelete
  2. Bestnya tngok bangsa Kita makin maju.alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. menarik bijirin pun boleh jual kan ... hebat ..kreatif

    ReplyDelete
  4. Hiasan dalam nya nampak cantik sgt..berseni..bila lah nak sampai ke sana..huhu
    salam kenal ya..follow sni #578 :):)

    ReplyDelete
  5. Dh macam ikea..tp pling tak sangka kilang tu org melayu punye

    ReplyDelete
  6. aku pon lama dah x update blog & blogwalking.. hahahha.. ni ada masa jap..

    cantik btoi konsep kilang bateri ni.. bilalah aku nk dtg

    harga baju ekin+mawi ni ok x? ke mahai?

    ReplyDelete