Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Thursday, 30 April 2015

Idea Photobooth Jimat Guna Tong


Salam.
Siapa sangka tong buruk boleh jadi secomel ini, kan? 




Kreatif + Rare + Jimat (itu yang kita perlu praktikkan di zaman GST ni haa~~) Selamat mencuba. Kalau tak untuk photobooth, buat hias-hias laman rumah pun seronok nih. Hehe (n_n)

P/s : jangan tersalah guna tong bekas bahan kimia pulak ye, naya kang :p


Kenali 7 Kucing Feymes Di Dunia


Salam.
Yaa..jangan tak tahu, kucing pun macam kita juga. Ada yang popular, dan ada yang biasa-biasa. Ada yang celebrity, dan ada yang rakyat-rakyat marhaen saje. So, jom kita lihat siapalah gerangan kucing-kucing celebrity tu ye~ Hehe :p

1. Snoopy The Cat

Mula-mula aku tengok gambar Snoopy ni, aku tak percaya ianya kucing betul, aku fikir ni anak patung ni, tapi rupa-rupanya, ia memang seekor kucing yang real! Hahaha...patutlah kau famous meow, mata dah lah bulat macam awek korea, badan pun bulat je gedebab macam tu hah. Geram tengok!!


Terkenal kerana : Rupa parasnya yang sangat comel macam anak patung.


2. Nala The Cat
Kucing Nala ni aku boleh gelarkan ia sebagai seorang usahawan yang berjaya sebab dia dah keluarkan produk dia sendiri tauu~~

Terkenal sebab : Ada produk sendiri

3. The Grumpy Cat
Yaaa.....inilah kucingnya yang tak pernah senyum. Hahaha kesian dia :p Terkenal sebab : Mukanya yang sentiasa garang je camtu..Hihi




Kesian meow, tidur pun muke garang ye..hehe (n_n)

4. Monty
Kucing unik yang lahir tanpa batang hidung, tapi dia tetapppp sangat comel!! Hehe :D

5. Garfi Cat, The Angriest Cat !!
Haaa yang ini paling seronok tengok! Hahaha...kesian meow garfi..

 
Err... macam chucky tak??

Tapi bila tengok yang ni, macam Christiano Ronaldo lah pulak~ Hahaha :p

6. Lil Bub; Famous Tongue Out Cat

Haaa ni pun unik jugak! Lidah kucing ni memang terkeluarrrr je, comel sangat! Hahaha..terkenal sebab lidahnya yang selalu terkeluar.



7. Venus; The Faced Cat
Ini kucing paling aku suka. Kucing biasa, tapi bila renung lama-lama macam memang ada dua kucing gitu. Yang hitam tu ala-ala misteri lah gitu~ Hihihihi~~ anyone jumpa kucing macam ni kasi kat aku boleh tak?


Haaa....okay lah tu saje. Asalnya aku nak listkan sampai 10 tapi dah rasa penat pula nak search, so buat 7 saje.. Hahaha actually banyak lagi kucing-kucing feymes kat dunia ni, contoh macam kucing Maru yang suka main kotak tu kan. Haaa comel sangat tuh! Hehe okay tu saje. Thanx sudi singgah sini (n_n)

P/s : kucing-kucing ni kalau jual mau berpuluh ribu regenya~ Haha

Tuesday, 28 April 2015

Lagu Fazura sedap apaaa~~


Salam.
Okay, mungkin ramai yang dah tahu Fazura kini dah pun releasekan single pertamanya yang bertajuk 'Sayangi Dirimu'. Aku ni takdelah ambil tahu pasal beliau, cuma satu hari tu aku tengah dengar radio, keluar satu lagu ni best dan catchy muziknya, so terus search...rupa-rupanya lagu Fazura! Lahh haiiiii~~

Sejak bila beliau nih jadi penyanyi pun aku tak tahu~

Tapi, yang aku nak cerita adalah tentang lagu beliau. Aku tak tahu kenapa ramai yang kritik lagu dia dengan dia-dia sekali, aku tak tahu. Maybe haters gonna be haters forever ke ape lah kan, tapi bagi aku...lagu 'Sayangi Dirimu' tu sedap. Ya, atleast dia guna genre muzik yang lain, sebab aku dah bosan dengar penyanyi-penyanyi baru buat lagu ala-ala style 'budak-budak Youtube' like Yuna dan Najwa Latif. Cukuplah diorang je yang wujud dengan gaya akustik dan santai macam tu. Hahah~

Berbalik kepada lagu Fazura tadi, video klip agak awkward sebab dia macam nak bergaya ala-ala rockstar tapi macam tak kena sebab she is FAZURA. Not Miley Cyrus, Katy Perry or Agnez Monica yang memang dah terkenal dengan aksi 'ganas' dalam video klip. So, better Fazura cari identiti untuk diri dia if dia nak jadi penyanyi.

Tentang lirik lagu pula, bait-baitnya sangat menarik. 'Sayangi Dirimu' is about to sayang diri kita sendiri. Happy dan bersyukurlah dengan diri kita dan nikmatinya, bukan merungut dan cuba ubah. Bukannya merosakkan diri sendiri dengan dadah dan gejala buruk. Nope! Sebab tu aku rasa lagu ni macam lagu yang ada inspirasi untuk semua orang supaya mereka sedar, betapa mereka perlu sayang diri mereka masing-masing (n_n)

So, tak nak cakap banyak.
Jom layan lagu Fazura - Sayangi Dirimu

*aku suggest dengar lagu ni, dan scroll ke bawah untuk hayati liriknya, sebab videonya kurang best :p


Lirik Lagu Fazura 'Sayangi Dirimu'

Ku lihat di sekeliling ku
Ku dengar kata-kata itu
Mengisahkan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku tapi ku mampu capai impianku

Jangan gentar
Jangan biar
Diriku ini jangan dicabar

Ini bukan penghujung jalan
Masa depan ada kejayaan
Terus tabah percaya dan yakinilah
Takkan tersusah resah
Dalam kehidupan ku harus ke depan

Ku lihat di sekeliling ku
Ku dengar kata-kata itu
Mengisahkan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku tapi ku mampu capai impianku

Just be glad in yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just be glad in yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep on loving yourself

Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu
Just keep on loving yourself
Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu

Jangan gentar
Jangan biar
Usah undur pantang dicabar
Jangan gentar
Jangan biar
Usah undur pantang dicabar

Mengisahkan dan meresahkan mengganggu fikiran
Tapi aku tapi ku mampu capai impianku

Just be glad in yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just be glad in yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep on loving yourself

Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu
Just keep on loving yourself
Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu

Just keep on loving yourself
Kasihi sayangi oh dirimu
Just be glad in yourself
Cintai sayangi oh dirimu
Just keep on loving yourself

Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu
Just keep on loving yourself
Just keep on loving yourself
Sayangi dirimu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/12/lirik-lagu-sayangi-dirimu-fazura.html#ixzz3YaA9t3Qt

P/s: aku tetap nak kata lagu ni best! Hahaha~

Masalah Blog - Apesal Ping Entry Tapi Tak Keluar Gambar Dan Tajuk???


Salam.
Okay, kemusykilan.

Soalan

Apasal bila aku ping entry dekat FB, dah tak boleh nak letak salah satu gambar yang ada dalam entry kita tu ea?

Sekarang bila aku ping je, ada dua option gambar je yang boleh letak iaitu Logo Google ataupun Profile Pic account Google kita tu. Apehal ek?? Tak semangat lah nak tulis dan ping entry macam ni, sebab bila ping entry...akan jadi macam ni je...

Siapa yang nak baca kalau macam tu??? T_T

Anyone knows why? Hope can explain to me why, sebab ping entry penting bagi aku. Blog aku tak popular, jadi dari situ lah aku nak dapatkan readers. Hmm...kenapa ya... :(




P/s: terima kasih pada siapa yang sudi bantu...

Idea Pelamin / Photobooth Konsep Garden Hijau


Salam.
Gua tengah syok research pasal dekorasi pelamin ni~ Hahaha antara yang best tak lain tak bukan, mestilah tema garden. Tapi yang aku nak share hari ni adalah, garden yang hijau ye, i mean yang penuh dengan rumput-rumput lah, sesuai untuk para pencinta alam..hehe so jom kita tengok :D

1. Background Pelamin guna rumput hijau plastik
Aku paling suka yang atas ni...totally green semuanya memang macam forest concept sangat dah haa...sejuk mata memandang..kalau tambah air terjun pun best jugak~ hahahah :p


Haa yang ni tak tahulah camne pengantin nak bersanding, tapi aku rasa ni maybe photobooth kot?


2. Background Photobooth Guna Banner Gambar Rumput Hijau
Kalau yang macam ni, aku rasa jimat sikit sebab belakang tu just print je gambar rumput camtu hah. Google je gambar rumput yang cantik-cantik dan segar-segar hijau tu. Hehe :D



Idea-idea untuk menggayakan rumput hijau sebagai dekorasi pelamin / photobooth / lain-lain



Haa lampu ni aku rasa boleh DIY pada siapa-siapa yang berkenan. Dekat Daiso or Mr. DIY ada jual rumput macam ni, saiz dia segi 4 sama macam tu, so sebijik lampu memerlukan 5 petak rumput tersebut. Ikat guna dawai / tali yang kuat untuk sambung dan bentukkan rumput supaya jadi kotak macam tu. Bahagian atas tak perlu tutup supaya senang nak masukkan lampu.




Paling best, rumput hijau ni matching dengan apa jua konsep perkahwinan korang, sebab rumput kan natural gitu kan. So, ia matching dengan tema Vintage Rustic mahupun tema moden macam bawah ni haa...

Pelamin Wawa Zainal dan Aeril Zafrel...sebenarnya belakang tu bukan guna rumput pun, tapi aku nak tunjukkan kalau ianya rumput pun mesti cantik jugak. Plus tirai-tirai crystal kat kiri kanan pelamin tu, nampak ekslusif u'ollz~


and last but not least....

This is my favourite (n_n)~



Sunday, 26 April 2015

Review Komik 'Pasal Meow'


Salam.
Asal pergi 7E je mesti kebarangkalian nak terbeli komik tu tinggi. Menyampah! T_T


Ni komik baru aku. Terbeli pasal apa? Pasal Meow (karya Nishiki)...ya pasal meow, sesuai betul lah tu dengan tajuk komik tu sendiri. Hahaha..first expectation aku, bila ia cerita meow, so mestilah dalam tu banyak kartun-kartun meow yang comel-comel belaka kan? Hahaha~ tetapi aku silap...

Sebab buku ni mengisahkan seekor kucing (bernama Meow) yang entah macam mana mukanya boleh langsung tak comel. Hadoiyai~ cerita pertama je dah tunjuk dia kena buang dengan mak dia sebab muka dia lain..dalam erti kata lain, sebab muka Meow tu hodoh..(-_-')


Hahaha kesian Meow...so macam korang tengok dalam gambar tu, macam tu lah gaya penceritaan dalam komik ni. Kecewa sikit sebab komik ni guna ayat lengkap kat bawah dia, maksud aku...bila ia komik, patutnya gunalah konsep dialog kan? But it's okay lah sebab ayat-ayat lengkap tu menjadikan komik ni lambat habis jugak lah, but still just in a few hours. Hahaha~

 

Part sedih sikit... :p

Overall, kalau kita tertanya-tanya ke maaaaaneeeeeelah menghilangnya kucing peliharaan kita dua tiga hari tak balik rumah kan, better baca buku ni sebab mungkin anda akan jumpa jawapannya, sebab buku ni kira macam journal life si Meow tu. Ada banyak cerita pendek. Hehe :)


Okay tu je, selama membaca (n_n)

Friday, 24 April 2015

Jom Kira Berapa Mahal Air Mata Korang


Salam.

Setelah para saintis membuat kajian selama bertahun-tahun lamanya, akhirnya formula untuk mengira betapa mahal dan berharganya air mata seorang perempuan berjaya ditemui.



Haa....try kira air mata korang semahal mane? Hahahaha gurau2 saje naa petang2 ni..hehe (n_n)

P/s: kesian air mata aku mesti murah sebab tak pakai mekap :p


Nak Dapat Diskaun Guna MyKad Tak??


Salam.
Haaa jangan tak tahu, MyKad kita ni ada banyak gila kegunaannya. Banyak sangat sampai ada 50 fungsi tau! Tapi apa je yang kita guna dengan MyKad kita ni selain daripada sebagai pengesahan identiti diri / lesen memandu / touch n go??

1. Tau tak dengan fungsi yang ke-50, MyKad kita ni boleh dapatkan banyak gila cash rebate dan point yang sangat menguntungkan diri kita sendiri kelak?

2. Tau tak dengan fungsi yang ke-50, semuaaaaaaaa Mykad-mykad yang ada dalam Malaysia ni sebenarnya dapat memberikan kita side income yang berterusan kalau kita tahu caranya macam mana!

3. Dan tau tak apa dia fungsi Mykad yang ke-50 tersebut??

Affiliate Marketing

Err...apekebenda nya Affiliate Marketing tu????

Okay inilah aku nak cerita, sebenarnya minggu lepas, aku ada sedikit discussion dengan kawan aku merangkap ahli Affiliate. Ya, something like dealing process between blogger dan orang kuat Affiliate sebenarnya. Hahaha!

Sorry, notebook yang aku pegang tu takde kena-mengena dengan Affiliate okay, haha!
So, selepas sesi penerangan selama hampir 2 jam di Food Court AEON, akhirnya aku berjaya faham banyak benda daripada sistem Affiliate Marketing ini, dan bagaimana ia memang dapat membantu kita mendapatkan side income dalam masa panjang dan berterusan, dan percayalah semuaaaaa itu akan aku kongsikan kepada anda dalam masa terdekat ni jugak :D

Jadi, harap maklum, entry ni sebagai Alert Entry / Teaser Entry kepada beberapa entry selepas ini yang akan berkisar tentang Affiliate Junction, so takdelah anda pelik sangat apesal aku tetiba buat entry macam tu kan~ Hahaha..okay that's all!

P/s: Stay tuned~ (n_n)