Sunday, 17 January 2016

I'm Back With Thousand Stories

Salam, hai (n_n)
Inai di jari aku masih merah tika menaip entry ini...



Chewahhh tu diaaaa, dan2 lepas kahwin ayat aku terus berbunga ala2 novel kan. Hahahaha... so, ape khabar kawan2 blog aku semuanya? Hope semua sihatlah hendaknya ya :D

Seperti korang semua maklum, even aku tau ramai yang tak berapa nak maklum, Alhamdulillah aku kini dah jadi wife kepada seorang hamba Allah yang sangat aku sayang... (n_n) hehe



Ni masa tengah khutbah kahwin ke ape entah. Tok kadi Alhamdulillah, syukur gila dapat yang sempoi dan suka bergurau. So takdela nervous sangat kan.

Owh dan lagi satu, agak awkward jugaklah bila tetiba tok kadi tu suruh je aku duk sebelah pengantin lelaki masa nak nikah tu. Selalu aku tengok dalam drama or mana2 wedding, pengantin pempuan duk jauh sikit lah...takde lah sebelah camtu... Ini masa nak lafaz akad, aku duk kat sebelah...tak nak macm nak pecah pulak jantung aku ni berdegup kan! Hahaha :p



Tengok je lah camne gaya kami sebelum dan selepas tu hah..hahaha...obvious gila~ hahadoi



Suami aku berjaya pada lafaz yang kedua. Yang first rejected sebab beliau tercakap 'nya'....patutnya 'Aku terima nikah...(nama)'. Yang suami aku tertambah 'Aku terima nikahnya...' hahaha (n_n) 



Untuk wedding aku ni, hampir semua dekorasi memang DIY semata. Tu yang gigih beli karpet rumput, buat handbouquet warna-warni sebab nak penuhi impian sendiri iaitu majlis tema pelangi. Tapi tu nanti aku cerita kan details dalam suatu-suatu entry tau. Hehehe...











Family baru aku yang happening!! :D




Actually, kami pergi outdoor shooting ni pun dah nak dekat maghrib. Langit memang dah gelap sebab dah masuk senja ke malam gitu kan, aku pun pasrah je lah takut gambar tak cantik...tapi bila tengok gambar... ya ampun... Cantik!! Hahaha hebat betul skills si photographer..wuwuwu...Suka sangat!





Tolong jangan tertipu dengan pose kami ni. Aku sangat segan okayyy mase nak bergambar hari tu..wuwuwu :'( Dah lah ada sesi video bagai, menari-nari aku kat situ dengan suami aku...Videographer suruh... :'( Hahaha



Photographer aku adalah orang yang sama yang shoot majlis tunang aku hari tu. Memang terbaik gambar dia! Sangat puas hati dan highly rekomen. Even dia kawan baik suami aku, tapi dia sangatlah fokus dan bersungguh-sungguh ambil gambar kami macam kami ni client yang dia tak pernah kenal. Thanx bro! :D Sesape berminat nak tau lebih lanjut tentang photographer ni, boleh contact....


Pic by White Shadow
Photographer: 019 355 1266 (Zaki)
Email for any enquiry to hello@whiteshadowstudio.com or call / WhatsApp +6019-3551266


Cherish your moment.....
......with the right photographer ;)

P/s: Minta maaf dulu sebab lepas ni, aku akan update banyak pasal cerita kahwin dan persiapan kahwin aku tau....mohon jangan boring. Hahaha thanx sudi singgah sini :)