Thursday, 17 March 2016

Cara Betulkan Semula Hujung Link Blog kepada blogspot.com

Salam!

Aku tak tau sejak bila hujung address blog aku bertukar menjadi co.id. Malam tadi baru aku perasan macam lainnnn je address blog aku ni. Tengok-tengok memang lain pun, selalunya lynndamya.blogspot.com, tetapi malam tadi dia jadi lynndamya.blogspot.co.id....i am so wonder why~ Hahaha..

So, aku try google untuk mengenal pasti permasalahan ini. 'co.id' tu sangat pelik okay! Aku minta suami aku try open blog aku, tapi kat laptop dia, link blog aku jadi lynndamya.blogspot.my lah pulak. Again, i am so wondering whyyyy???? Hahaha!

Google punya google, rupanya ini problem masalah dia :

Sekarang ni, Google akan 'membawa' blog Blogger ni kepada domain tertentu mengikut negara. Contoh, jika kita bukak blog sape2 je daripada UK, hujung address / link blog tu akan jadi blogspot.co.uk. So, it means kalau korang bukak blog aku dpd UK, so link blog aku akan jadi lynndamya.blogspot.co.uk. Antara negara yang penulis tu bagitau adalah:

India (blogspot.in)
Australia (blogspot.com.au)
Japan (blogspot.jp)
New Zealand (blogspot.co.nz)
Canada (blogspot.ca)
Germany (blogspot.de)
Italy (blogspot.it)
France (blogspot.fr)
Sweeden (blogspot.se)
Malaysia (blogspot.my)

...dan banyak lagi, tetapi untuk link blog aku yg co.id tu takde dalam penerangan tu. Aku syak blogspot.co.id tu, 'id' tu merujuk kepada Indonesia. Sebab apa? Sebab iklan 5 minit yang keluar kat Youtube aku semua dalam bahasa Indonesia. Then lagi satu, bila aku preview blog aku, dia tulis 'Pratinjau'...bukan Preview macam sebelum ni. Tidakkah itu bermaksud Indonesia?? Hahaha~

Sebab Kenapa Google Mengkategorikan Blogspot Seperti Ini?
Supaya bila ada satu negara yang banned sesebuah blog tu, ia hanya akan di-banned di negara itu sahaja. Maksudnya, even ia dah di-banned di Malaysia contohnya, kita masih boleh akses blog tersebut di negara lain yang tidak banned blog tersebut.

Adakah penukaran hujung link blog mengikut negara ni akan memberi efek kepada blog kita?
YA! Sebabnya adalah seperti berikut, yang ni problem sikit sebab aku faham tapi aku tak tau nak explain macam mana, haha so korang baca yang original ni, aku just paste kan je..hihi :p
  1. The social stats – like your Facebook Likes, Google +1s and Tweet counts – for your blog posts may be reduced as the URLs for the same blog post will be different for different visitors.
  2. You will have a similar problem if you are using an external commenting platform like Disqus or Facebook Comments because the blog URLs will be different even when the underlying page is the same.
  3. Also, if canonicalization isn’t implemented properly, it may cost you some Google juice as external websites may link to your country-specific pages.
  4. Some users have reported a dip in Google AdSense earnings when pages are served through country-specific domains.

So, kalau kita tak berapa nak gembira dengan idea Google ni, jangan risau sebab kita still boleh betulkan hujung link blog kita kepada asal iaitu kepada blogspot.com. Yeahh, we can fix it! Just follow these simple steps:


Copy link daripada SINI

Link blog korang dah betul semula jadi blogspot.com! Hoyeah!! Tu je, sekian terima kasih. Haha (n_n) 

P/s: moga bermanfaat!

6 comments:

  1. alhamdulillah..aah PC pun dah tukar semula ke dot com..

    ReplyDelete
  2. tq sebab share..
    akak tak paham lagi nak paste link tu kat mana..
    cer bagi klu/perkataan aper..
    dah try tak boleh..

    ReplyDelete
  3. ok.nanti nk try..byk opis aku block link2 .my ni jgn main2..kurang uv aku wei

    ReplyDelete
  4. alamak i pening la baca . harap harap takkan jadi -__- sbb i bukan pandai benda benda gini.

    ReplyDelete
  5. apa kata buat dalam betuk tutorial sebab tak jelas la link tu nak tepek kat area mana..hehehe...maaf akak ko ni buta it dik non

    ReplyDelete
  6. Nice info... Sejak berdomain ni takde masalah lagi bab url ni..tapi rasanya ni setting google yg baru... Sbb ada notification pasal ni.

    ReplyDelete