Wednesday, 5 October 2016

Terkedu Tonton Filem Deepwater Horizon (Tragedi Dahsyat di Pelantar Minyak)

Salam :)
Aku dengan suami aku memang tertunggu-tunggu nak tengok citer ni. Sampaikan sanggup lah daripada The Mines tu gigih ke Mid Valley sebab cinema dekat Mines tak ambil filem tu. Phew~ dah lah naik train. KTM pulak bongok setiap kali 45 minit baru nak lalu. Adalah dalam 2 jam lebih total untuk tunggu train hari tu. Hadoi lah hai~


So, sebab utama kami nak sangat tengok filem ni adalah, sebab ia berdasarkan kisah benar. Ya, macam mana yang anda lihat dalam poster tu, macam itulah tragedi kebakaran pelantar minyak paling dahsyat yang berlaku pada tahun 2010 yang lalu di perairan Teluk Mexico.

Berikut adalah antara gambar / real footage daripada kejadian sebenar yang dapat dirakamkan:



Serius, aku memang speechless masa tonton filem Deepwater Horizon ni. Masa scene pelantar minyak tu meletup-meletup dan terbakar dengan dahsyatnya lagi lah mata aku tak nak macam terbeliak pulak dengan mulut ternganga. Dalam hati rasa sayu gila...

Bayangkanlah, pekerja-pekerja yang terbabit dalam tragedi ni adalah para pekerja shif petang yang tak tahu apa-apa pasal masalah yang berlaku pada paip dalam lautan sana. Ini semua adalah sebab kecuaian para pekerja shif pagi dan juga pihak syarikat BP yang macam pemalas gila nak buat ujian-ujian yang sepatutnya menjadi prosedur di pelantar tersebut bagi memastikan keselamatan di situ terkawal.

Kesian pekerja shif petang yang tak tahu pape. Pulak tu time bencana tu laahhh alarmnya tak berbunyi langsung sebagai amaran bahaya, memang lah mana nak sempat selamatkan diri? Kesian~ kesian :'( Even masa kejadian tu berlaku pun, ada beberapa pekerja yang rasa sangat bertanggungjawab atas bahagian masing-masing, sampaikan nak setelkan kan jugak kerja diorang walaupun kawan-kawan semua dah paksa suruh lari tinggalkan pelantar tu...

...it's really hurt when you realize; what did I currently watch is really happening...


Kalau anda jenis yang suka tengok filem-filem berdasarkan tragedi sebenar macam ni, aku rasa aku boleh kaitkan sikit perasaan dia tu sama macam tengah tonton filem Titanic. Sebab dia pun kat tengah laut, dan orang ramai macam tak boleh lari ke mana, sampaikan ada yang sanggup terjun daripada karam dengan kapal tu kan. Ya, pelantar minyak Deepwater Horizon ni pun karam akhirnya... :'(

Kesimpulannya, filem ni memang sedih. Sepanjang tengok tu rasa macam sedihnya orang lain yang kena akibat kecuaian dan sikap endah tak endah daripada pihak lain. Wuwu..

Apapun yang paling sedih, di akhir filem ada ditunjukkan gambar-gambar sebenar mangsa yang terkorban dalam tragedi Deepwater Horizon ni. Some of them adalah hero-hero yang sanggup mengorbankan diri demi kawan-kawannya yang lain. Wuwaa :'(

 Dan mayat-mayat mereka tidak pernah ditemui sehingga kini... :'(

P/s: berbaloi tonton filem Deepwater Horizon ni di cinema. Selain efeknya yang menarik, dalam gelap juga, kau boleh rasa sebak dan nangis sorang-sorang. Wuwu T_T

2 comments:

  1. antara cerita yg aku nk tengok ni ... mmg best ... hmmm

    ReplyDelete
  2. btol2 cite nie mmg best. Lg2 cite nie mmg related dgn keje sy so mmg rasa mcm waa menakutkan.Safety is always no. 1.

    Btw, sy dh follow sini:) Jom singgah & follow me too here http://hyheejabs.blogspot.com/

    TQ!

    ReplyDelete