Saturday, 19 November 2016

Petua dan Tips Untuk Hamil (daripada seorang makcik)

Salam (n_n)


Dalam gembira-gembira update pasal pregnancy aku ni, aku still duk teringat kawan-kawan dan kenalan aku yang masih belum ada rezeki even dah bertahun kahwin. Dengan itu, aku nak share lah sikit tips yang aku dapat daripada sorang makcik ni masa raya hari tu.

Petua dan Tips Untuk Dapatkan Anak

1. Kira 11 hari bersih kita selepas habis period.
2. 'Bersama-sama' lah dengan suami di antara hari yg ke-11 sampai ke-14 tu.
3. Lepas selesai 'bersama', yang isteri jangan terus bangun / berdiri.
4. Baring sambil kaki angkat tinggi / melunjur ke atas (macam sangkut kaki kat kepala katil pun boleh)
5. Biar dalam posisi macam tu dalam masa setengah jam.
6. Then, baru boleh bangun dan buatlah pape yang sepatutnya.

InsyaAllah, kita ni boleh merancang dan berikhtiar saje. Kalau dah macam-macam cara dibuat termasuklah tips yang di atas ni, tapi masih gagal juga dapat anak...teruskanlah bersabar :( saya tak tau nak tolong ape tapi cukuplah kalau saya tak jadi salah seorang penyibuk yang suka bertanya bila anda nak mengandung...harap itu dapat membantu :')

Btw, biras aku pun Alhamdulillah tengah pregnant jugak sekarang ni cuma dia lambat sebulan daripada aku. Masa makcik tu share tips ni kat kitorang, aku tak tau pun masa tu aku dah pregnant rupanya. Yang biras aku pulak, dia amalkan petua ni sekali je, terus lekat, Alhamdulillah. Kitorang berjaya pregnant bersama dengan jayanya! Hahaha


Tapi macam aku cakap tadi, tak semua yang dirancang akan menjadi, Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita :) Wanita mana yang tak nak mengandung jika sudah berkahwin kan...semoga anda juga ada rezeki, insyaAllah, aminn~ (n_n)


P/s: selamat mencuba! :)

2 comments:

  1. tips ni rasanye semua tahu kot kih kih .....
    tahniah dik ....edd bila ni

    ReplyDelete