Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday 23 February 2016

Try Mesin Jahit Janome di Pameran Beg Kraf by EPAL

Salam.
Last week aku balik Ipoh, saje jalan-jalan sana sebab rumah lama suami aku memang kat situ. Then masa pergi Ipoh Parade, sangatlah aku tak sangka dapat tengok event ni secara live okay. Masuk-masuk je terus ternampak deretan mesin jahit Janome dengan pelbagai hasil kraf beg yang cun gila! Mesin jahit Janome bagus dan popular kot kat Malaysia ~

Dan bermulalah kisah keterujaan aku, sejurus selepas itu...


Budak ni teruja dapat try mesin serbaguna Janome hari tu. Dapatlah beliau siapkan tempat letak tisu tu hah...tapi kan, serius lah best gila okay mesin jahit tu, memang tahan lasak semua benda pun dia boleh jahit. Patutlah harga beribu-riban~


Mula-mula aku je yang menjahit kat situ sorang-sorang, lepas tu jadi ramai sebab rombongan cikgu-cikgu subjek kemahiran hidup baru habis dengar taklimat daripada penganjur event ni, so lepas tu baru diorang leh try-try guna mesin. Hehe..


Dah siap try jahit guna mesin tu, aku pun round sekitar tu untuk tengok pameran hasil kraftangan macam beg, cadar tilam, bantal dan plushie. Semuanya nampak rare sebab handmade kan. Mana jumpa kat kedai-kedai biasa. Jom, ikut aku jelajah pameran ni (n_n)

Dalam replika beg besar tu ada baaaanyak sangat beg kraf handmade tau! Beg besar tu adalah beg terbesar di dunia yang dihasilkan menggunakan 2984 helai kemeja terpakai tau! Hebat kan? Kain baju UITM pun ade termasuk dalam ni haa...




Budak jakun kan, semua benda pun dia nak sentuh~ Haha, ada banyak gila lagi kraf yang cantik-cantik, tapi aku tak snap pic sebab aku lebih suka jenis yang colorful camtu hah..hehehe owh ade jugak diorang pamerkan plushie yang dibuat daripada jeans fabric. Sangat rare dan err...pelik...hahah :D


So, itu lah dia pameran beg kraf daripada EPAL ni. Untuk pengetahuan korang, EPAL itu adalah sebuah pusat yang menawarkan kursus jahitan pelbagai benda daripada sekecik-kecik bekas tisu, kepada sebesar-besar langsir pun korang boleh belajar kat Pusat EPAL ni tau. Pendek kata, segala benda yang memerlukan jahitan, ada di ajar kat situ. Chewah!

Kursus yang ditawarkan tu pulak, ada beberapa pakej, ada yang Ala Carte contoh korang nak jahit baju kanak-kanak je, haa boleh lah ambil kelas jahitan baju kanak-kanak je. Lagi satu pakej kelas jahitan yang lengkap, means semua korang boleh belajar dalam tempoh setahun, tapi ikut masa kita sendiri nak pergi bila dalam tempoh tu. Pakej lengkap ni, kalau korang ambil, korang siap dapat sekali mesin jahit serbaguna Janome yang aku try tadi tu. Best kan!

Untuk maklumat lanjut tenan pusat EPAL, korang bolehlah try ushar page INI. 

P/s: Rasa macam nak join lah pakej lengkap tu, tapi takde transport...anyone nak join, meh jadi driver aku. Area bangi. Muahahaha!
 

Monday 22 February 2016

EZ SLIWHIDE | Sedapnya Nak Kuruskan Badan

Salam (n_n).
Tahukah anda, produk apa yang boleh kuruskan badan sekaligus mencerahkan kulit dalam masa yang sama?


Memperkenalkan EZ SLIWHIDE, produk pelangsingan keluaran Zamina Beauty & Health yang bukan saja membantu menurunkan berat badan dan menyahkan toksin daripada dalam badan, tetapi juga dapat mencerahkan kulit dalam masa yang sama!



Hanya perlu ambil 1 sachet je setiap hari dan kalau nak lebih berkesan, ambil 2 sachet sehari :) Cara dia mudah gila, tak perlu susah-susah nak ambil gelas untuk bancuh. Tak payah rumit-rumit nak sukat air semua bagai sebab EZ SLIWHIDE ni dia koyak je sachet, tuang atas lidah dan kemam sampai habis. Santai gila okay~ Tengah memandu pun boleh makan, kalau kita jenis yang suka travel pun takde hal nak ambil EZ SLIWHIDE~ haa simple kan :D


Dan jangan risau, sebab rasa EZ SLIWHIDE ni memang sedap sebab dia rasa passion fruit (buah markisa)..haa sedap kan? Masam-masam manis gitu, so takdelah meloyakan nak ambil. Nak kuruskan badan pun sedap je rasa. Hehe

Berikut adalah keistimewaan EZ SLIWHIDE ini:
  1. Untuk body slimming, fair skin whitening, body detox.
  2. Merupakan anti pengoksidaan yang kuat
  3. Kaya dengan vitamin C&E dan mineral
  4. Menurunkan berat badan
  5. Membekalkan tenaga & mengurangkan rasa lapar
  6. Mendapat berat badan yang ideal
  7. Membentuk badan yang ideal
  8. Mencairkan lemak
  9. Mengurangkan pembentukan lemak dalam badan
  10. Merangsang metabolisma badan
  11. Membakar kalori dengan cepat
  12. Membantu masalah perut buncit
  13. Membuang angin dalam badan
  14. Membuang toksin 
  15. Badan akan terasa ringan
  16. Mencantikkan kulit
  17. Senang dibawa ke mana-mana
  18. Tidak perlu bancuh
  19. Koyak sachet, tuang atas lidah & terus kemam.  
  20. Tekstur serbuk yang halus memudahkan ianya larut dengan air liur
  21. Passion Fruit Flavor - rasa masam-masam manis & tidak meloyakan.
  22. Boleh diambil LELAKI & WANITA
Banyak gila manfaatnya kan? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, boleh klik SINI,

Untuk tempahan, boleh whatsapp kan:
ORDER + NAMA + ALAMAT (dan hantar ke 019 578 2296)

Harga Sebotol (20 sachet)
Sem. Malaysia: Rm80
Sab & Sarawak: Rm85

Tak cuba, tak tahu kan? Jadi pada anda yang sedang tercari-cari produk kecantikan dan kesihatan yang murah tetapi bagus, meh cuba EZ SLIWHIDE ni....Slim~ white~ detox~ (n_n)

Nasihat:
1. Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
2. Elakkan minuman berkafein / berkarbonat / ais untuk kesan yang lebih cepat
3. Banyakkan minum air masak & senaman yang sihat


Friday 19 February 2016

Idea & Tutorial Gubah Hantaran Simple Guna Rumput Tiruan

Salam (n_n)


Ya, marilah aku tunjukkan cara aku gubah hantaran ini masa aku nikah hari tu. Hantaran aku tak kisah camne, cuma yang penting aku nak ada rumput-rumput gitu. So, inilah dia bahan-bahan yang diperlukan...

Bahan dari kiri: Kain pembalut, gabus tapak hantaran, cermin hiasan, rumput tiruan dan dulang hantaran

Cara-caranya:
1. Balut gabus dengan kain pembalut. Aku balut daripada atas ke bawah dan kemaskan guna salotape.
2. Kemudian hias guna cermin tu di sekeliling gabus yang dah siap dibalut tu macam ni... (cermin tu aku beli kat SINI)

Satu papan cermin tu aku boleh hias dalam 7 keliling gabus bersaiz 12 inchi. Harga aku tak ingat, maybe dalam Rm9.90 camtu kot.

3. Then, timpakan bahagian atas dengan rumput tiruan yang dah siap dipotong ngam-ngam ye. Size kena ngam-ngam baru cantik :) Lepas tu terus tindih dengan dulang hantaran...dulang-dulang tu aku recycle je guna balik yang masa bertunang punya hari tu..

Lepas tu, dengan menggunakan lebihan kain pembalut tadi, ikat je jadi macam ni supaya rumput, gabus dan dulang tu semua tak bergerak-gerak nanti...

Better ikat tu guna kain-kain / reben yang transparent dan tak ketara sangat. Hehe, kalau nak lebih kukuh, boleh cucuk jarum dekat keempat-empat penjuru rumput tu ye....pastu tada~ Boleh lah gubah ikut suka hati je hantarannya bila tapak dah siap! :D

Ini lah hantaran-hantaran yang digubah bersama dengan mak aku. Masa aku beli bunga hiasan tu, pasaraya tu bukak lagu ala-ala Evanesence, so automatik jiwa aku masa tu switch to gothic mode. That's why bunga aku semua warna kegelapan. Hahaha :p


Cara aku gubah barang-barang hantaran pulak adalah, letak barang hantarannya atas dulang, position kan ikut kesesuaian, dan main selit-selit je bunga kat mana-mana tempat yang dirasakan cantik. Haha~ begitu saje... :D

Buah ni sebenarnya aku dah kehabisan bunga dah nak hias kat situ, so aku lukis je lah muka kat situ, dah lah guna marker pulak tu. Ish3..tabah lah mak pak mertua tengok. Hiihihi~~


Haa, itu saje lah :D. Yang coklat Ferrero Rocher tu aku gubah dia jadi bentuk bulat sebenanrnya. Nanti aku share camne nak buat ya. Hehe okay tu saje. Thanx sudi singgah sini (n_n)

Baca sini untuk beli karpet rumput

P/s: aku suka rumput. Kbai~
 

Wednesday 17 February 2016

Tempat Beli Karpet Rumput Per Meter Murah di Johor

Assalamualaikum (n_n)


Sekarang ni memang trend guna rumput karpet kan? Hahaha aku pun suka, sebab rumput karpet ni membuatkan sesuatu tempat tu tampak lebih natural gitu...sebab tu aku nak jugak cari karpet rumput ni untuk letak kat pelamin aku hari tu. Kat mana aku beli?? KAT SINIIIII!!! Yeayyyy~~



Dekat Pekan Ayer Hitam, Johor! Sebenarnya, kat situ ada few kedai jugaklah yang jual karpet rumput ni, tapi aku lagi suka pergi kat Kedai PISB tu sebab lebih berbaloi. Kenapa berbaloi? Okay tengok ni...


Ada satu kedai tu dia jual sebesar ni Rm65. Aku nak guna untuk beli kat pelamin, paling koman pun aku nak karpet tu lebar lah sikit kan, so if aku beli karpet size macam ni dua keping, total Rm130.

Tapi, kalau aku beli di kedai PISB tadi tu....aku dapat lagi murah iaitu Rm116 sahaja untuk size yang 3x besar daripada itu! Gila berbaloi kan?? Rumput karpet kat PISB ni belum potong, so memang boleh beli by meter :D And rumput dia ada banyak jenis, ada panjang, ada pendek dan sederhana. Aku beli yang sederhana.


Tengok aku siap sediakan 'Rajah Kefahaman' kat bawah kiri tu untuk menunjukkan betapa murahnya ia berbanding yang dah siap potong tadi tu. Hahaha~ Just imagine aku beli 4 keping kat kedai lain tu, totalnya adalah Rm260, tetapi aku boleh dapat serendah Rm116 sahaja untuk saiz yang lebih kurang sama macam tu. Owh my God~~ kemurahan apakah ini???~~~



Btw, PISB ni jugak ada sediakan member card untuk dapat diskaun, caranya mudah gila. Masa kau bayar barang tu nanti, casher akan tanya nak jadi member, so nanti dia minta kau Like FB PISB ni, then dah jadi member. Harga karpet rumput yang aku beli hari tu pun jadi dalam Rm112 je lepas diskaun.Best sangat!!!




Jadi, silalah ke PISB, Ayer Hitam ini. Sangat selesa untuk membeli barang kahwin kat sini sebab ianya ber-aircond, besar gila ada 3 tingkat dan luas. Barang-barang pula semua design baru punya dan paling penting, ada toilet disediakan kat dalam ni. Hahaha, ye lah kalau pempuan datang sini confirm spend berejam nak belek barang, so tak perlu risau sebab ada tandas. Hahaha...

Rumput karpet tu pulak, sebab dia besar kan, lepas guna pun masih ada lebih, jadi lepas habis majlis wedding, aku letak je kat ruang tamu rumah. Memang matching lah sebab dinding rumah pun berwarna 'shrek'. Hehehe :p



Lagi separuh tu, aku guna untuk buat hantaran aku ni...



Klik untuk baca tutorial gubah hantaran guna rumput camtu :)

P/s: tengah kumpul semangat untuk kembali BW blog rakan-rakan. Semangat yang hilang~ hahaha banyak nya entry korang yang saye dah missed. Wuwuwu T_T

Tuesday 16 February 2016

Jadi Cantik & Kurang Diganggu Jin Dengan Sabun Bidara Plus

Salam \(n_n)/


Ya, betul tu! Dengan menggunakan Sabun Bidara Plus ni, kulit wajah dan badan kita bukan saja jadi lebih lembut dan kurang jerawat, tetapi ia juga boleh merawat gangguan jin / sihir 'ain' / saka yang mungkin dah terkena pada diri kita tanpa kita sedari. Nak tau macam mana sabun bidara ni boleh berfungsi sampai macam tu? Haa, jom baca!


1. Adunan Ramuan Sunnah
Sabun Bidara Plus dibuat daripada ramuan-ramuan sunnah dan semulajadi iaitu dengan menggunakan minyak-minyak seperti minyak zaitun, minyak habbatus sauda, minyak kelapa, minyak bidara, mentega koko dan mentega shea yang memang dah diketahui umum sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kita ni.

2. Tiada Racun Tersembunyi
Sabun Bidara Plus tidak mengandungi SLS/ALS/SLES (racun rahsia) dalam produk mereka . Kenapa aku panggil ia racun? Sebab ia adalah berbahaya untuk kulit dan kalau anda nak tahu, bahan-bahan ni bukan je ada dalam syampu / sabun mandian / kecantikan, tetapi juga digunapakai SEBAGAI BAHAN UTAMA dalam ejen pencuci seperti pencuci pinggan mangkuk, pencuci tandas, pencuci baju dan sebagainya.

3. 100% Semulajadi Untuk Wajah & Kulit Kita
Just imagine, dah lah tak guna bahan-bahan kimia yang berbahaya, ramuannya pula cuma guna bahan semulajadi dan ramuan sunnah yang banyak manfaatnya dalam perubatan Islam, jadi memang tak hairanlah jika Sabun Bidara Plus ni dikatakan secara natural dapat merawat...
i. Jerawat / Jeragat
ii. Kegatalan / Ruam
iii. Ekzema / Psoriasis
iv. Masalah Kulit Kering


4. Khasiat Khas Pati Daun Bidara
Dalam perubatan Islam, daun bidara memang mujarab untuk merawat penyakit yang berkaitan gangguan jin / mahkluk halus / sihir. Kalau tak percaya, cubalah google. Sejak zaman nabi dulu memang dah disarankan berikhtiar dengan daun bidara untuk merawat kes-kes macam ni. InsyaAllah~ Jadi, apa salahnya mencuba kan? Sabun Bidara Plus ni kira macam solution mudah dan cepat untuk kita dapatkan khasiat daun bidara tersebut :D

***********************************
Dan patutlah ramai sangat yang dah jadi regular customer Sabun Bidara Plus ni! Sebab memang berkesan! Tak caya boleh tengok testimoni ni...




So, apa lagi? Jom cuba sebab harga Sabun Bidara Plus ni sangat mampu milik! :D

Produk: Sabun Bidara Plus
Pengasas: Ustaz Farhan Syah
Tempahan: 019 263 5500
Harga & Saiz Produk:
100g, 50g, 25g (Rm35, Rm20, Rm10)


PENGEDAR DIPERLUKAN...

P/s: Aku pun macam nak cuba sebijik lah! Boleh guna untuk muka dan badan sekali. Harga pun murah, jimat nyaaaa!!! :D

Friday 5 February 2016

Throwback Gambar Kahwin Belah Aku

Salam and hi (n_n)


Okay sebab dah lama tak update blog, cerita yang dikumpul pun semakin banyak sampai aku berhari-hari duk fikir camne nak tulis ni. Hahaha! So, takpelah...meh aku bawak korang 'pergi' ke majlis wedding aku hari tu ye. Aku tau ramai yang tak dapat pergi kan, so inilah masanya untuk masuk ke dalam mesin masa Lynndamya~~ Muahahaha!! Okay, jemput lah masuk ye semuanya... (n_n)

Aku pilih untuk sewa medan selera ni sebab aku suka konsep dia macam open-air gitu, plus banyak bunga hidup. Aku kan pencinta alam semulajadi~ Hahaha! Dan disebabkan dah banyak bunga tu lah aku hias majlis aku ni ala kadar je. Sebab aku rasa bunga hidup tu dah macam best dah, tak yah nak letak artificial flower lagi dah! Bagus dan jimat! #akusuka


Tu masa mekap, dah siap mekap duk dalam bilik mekap tunggu rombongan belah lelaki sampai. Dengar je bunyi kompang, terus nervous aku sebab aku kena duduk kat pelamin, al-maklumlah, orang Johor kan kalau kahwin ade tol~~ hahaha so mari kita kenakan mereka!! Muahaha ;D

Korang nak tahu tak, aku sebenarnye kannn~ terlupaaaaaaaaa nak bagi beliau payunggggggg...wuwahhhhh kesian betul suami aku :'( Sadis rasanya pengantin jalan tanpa payung. Adoyai, camne lah boleh terlupa pasal tu. Tapi takpe, kalau pasal tol aku tak lupa. Hahah!

Eheh, terajin pulak ngeditnya. Haha, apapun memang meriah masa kejadian tol ni berlaku even tak ramai yang participate. Semua dasar pemalu nak mintak duit, kecuali pengapit aku tu. Beliau ibarat 'kepala' tol, so dia dapat 3 sampul duit. Tak tau lah kalau dia betul-betul dapat sampulnye saje. Hahahaha ;D

Okay, itulah dia moment-moment kahwin aku. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan terima kasih kepada sedara-mara dan kawan-kawan yang datang untuk memeriahkan majlis. Paling aku puas hati adalah dapat DIY pelamin dan dekorasi majlis dengan tema putih pelangi, macam yang aku impikan. Yeayyyy!! Nanti aku cerita details pasal tema tu okay! Thanx sudi bace! :D

P/s: Gambar majlis bertandang belum update lagi ni. Waduh2..banyaknyeeeee T_T