Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 5 April 2016

Review Produk Kecantikan PUREbySO (100% Handmade Tanpa Bahan Kimia)

Salam (n_n)
Ya, tahukah anda bahawa kulit kita ni akan jadi lebih cantik secara natural sekiranya kita menggunakan produk skincare yang tidak mengandungi bahan kimia? Tapi, produk tanpa bahan kimia selalunya mahal kan? Jadi, sebab tu lah aku nak review produk PUREbySO ni kat korang :D


100% Handmade Tanpa Bahan Kimia
Produk ini sangat organik sebab memang pure diperbuat daripada ekstrak dan minyak yang bagus dan berkhasiat semata-mata, seperti ekstrak orange, pati delima, gula tebu, madu asli, minyak zaitun dan banyak lagi. Semuanya adalah asli dan tanpa bahan kimia.

Antara Produk-produk PUREbySO


1. Powerful Hair Mist
Hair mist yang bukan saja berfungsi untuk merapikan rambut di saat-saat 'emergency', tapi juga mampu membuatkan rambut kita kurang berminyak, jadi lebih kuat dan bersinar serta mengurangkan kelemumur. Aku suka spray ni kat rambut sebab bau orange dia tu. Terasa segar dan wangi je kepala lepas tu~ Haha :p

Bahan: Organic argan oil, orange extract, sweet orange oil, vitamin E,  Coconut oil, grapefruit
Harga: Rm 35.oo (SM)

2. Lip Scrub

Okay, lip scrub ni sangat moist dan terasa nyum~nyum~nyum kat bibir. Cara pakai dia, kita ambil sikit sapukan kat bibir dan disebabkan ia ni bebas bahan kimia, so kita just ratakan dengan cara menjilat bibir kita je. Dah siap! Scrub ni berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan bibir yang gelap akibat pemakaian lipstick / merokok.

Bahan: Pati delima,  gula tebu, Madu Asli dan minyak zaitun.
Harga: Rm 15.oo

3. HOTlips

Lip balm HOTlips ni aku suka tagline dia iaitu "Made For Kissing". Aww~ soo hot kan? Hahaha yang ni pun aku suka guna. Bila pakai, rasa bibir moist gila dan rasa dia unik. Ala-ala macam rasa madu gitu. Sedap! Lama jugaklah tahap kelembapan dia tu, so takdelah sekejap-sekejap dah nak kena pakai lagi kan. Hehe :D

Bahan: Madu Asli,  Sweet Almond Oil, Stevia, Vitamin E dan Shea Butter
Harga: Rm 15.oo

4. BeetRED Cheek & Lip Tint
Okay seriously, ini one of my favourite product. It's like a magic. Dia macam liquid lipstick, tapi tersangatlah cairnya, macam air je gitu, tapi merah dia pekat. Bila pakai lipstick BeetRED ni, tak rasa macam tengah pakai lipstick pun, tapi bibir time tu dah merah dah. Dia rasa tak melekit langsung okay. Hahaha~ owh btw, ia juga berfungsi sebagai pemerah pipi. Cara pakai dia just sapu je, then ratakan guna tangan. Mudah dan merah~ haha :D

Bahan: Stevia, beetroot extract, aloe vera, castor oil, vit E oil
Harga: Rm 20.oo

5. Face Mask Heroin & Pure (Chocolate)

Haa, marilah kita menyapu coklat di muka masing-masing. Kenapa coklat? Sebab coklat ni mengandungi flavonoid dan bahan anti-oksida yang tinggi tau di mana ia sangat penting untuk mencegah penuaan di wajah kita. So, awet muda lah gitu. Hihi (n_n) pakai ni confirm tenang, sebab bau coklat dia tu sedapp dan nyaman. Hehe :D Mampu menanggalkan blackhead dan whitehead yang jahat!!

Bahan: Clay, serbuk cocoa,  rolled oat organic dan minyak asli.
Harga: Rm 25.oo

Actually ada banyak lagi rangkaian produk yang best daripada PUREbySO ni. Semuanya best dan rasa nak review je semua tapi nanti panjang pulak entry ni kan, haha. Apapun, produk ni mendapat tempat di hati pengguna sebab ianya bebas bahan kimia, 100% handmade dan tentulah berkesan. Lagi pulak yang buat produk ni memang orang kita, nama dia Sofiyyah Osman, so lagi ramai lah yang percaya nak cuba dan repeat order, weh~~

Testimoni Pengguna 
1. Eczema kanak-kanak
 


2. Bibir tak kering dan mengelupas lagi






3. Jerawat kecut dan semakin flawless



So itulah dia kehebatan produk natural tanpa bahan kimia ini bertindak membersihkan wajah anda. Tak cuba maka tak tahu, harga pun memang murah dan berbaloi dengan kesan dia :) Ada banyak lagi produk, boleh tengok di sini:

FB Page: AE Qeffaviame
Insta: @ae_qeffaviame
Blog: AE Qeffaviame 
No H/P: 012-3814511

Nak lagi diskaun untuk produk PUREbySO ni?? Just cakap korang pembaca blog Lynndamya je, dan boOM!! Korang akan dapat diskaun (n_n) Serius, tak tipu! Hehe :)

Akhir kata.....


P/s: korang try lah semua produk yang aku review tu, lagi2 yg BeetRed tu, sangat best tau~ Haha 

 

Saturday, 2 April 2016

Tempahan Wedding Handbouquet April - Jun Dibuka (Rm85 include Postage)

Salam (n_n)


Dengan rasa rendah dirinya, saya nak buka tempahan untuk bunga tangan yang super cute and sweet macam dalam gambar tu kepada semua. Ia sangat unik dan lain daripada mana-mana bunga tangan yang anda pernah lihat mungkin, so this time, inilah peluang untuk anda dapatkan design yang sebijik macam ni untuk hari wedding anda! :D



Hand Bouquet Lynndamya's Signature

Rm85.oo
(harga sudah termasuk postage dan kotak packaging)

Apa yang boleh diubah?
1. Warna bunga geometri
2. Warna biji-biji

(warna bunga putih adalah kekal, manakala warna ribbon pengikat bunga tangan akan disesuaikan oleh saya bila ia siap nanti)

Sesuai untuk?
1. Majlis Tunang
2. Majlis Nikah
3. Majlis Bersanding / Bertandang
4. Hadiah Hari Jadi
5. Hadiah Anniversary
6. Saje-saje nak kasi pasangan ;)

(bagi sesiapa yang nak bagi hand bouquet ni kepada orang yang tersayang, boleh request untuk letak wishes card ye)


Tempahan Set DIY Bunga Besar Untuk Backdrop


Owh ya, dah alang-alang tu kan...saya nak mention yang saya ada jual sekali set bunga besar macam yang saya buat untuk backdrop pelamin saya hari tu. Boleh request nak warna apa :) Then, ada dua jenis bunga iaitu:
i. Bunga besar plain
ii. Bunga besar belang putih

Jadi, pada sesiapa yang berminat nak tempah bunga tangan or Set DIY bunga besar tu, boleh PM saya di SINI / email pada hummylovey@gmail.com. Terima kasih (n_n)



Friday, 1 April 2016

FREE Breakfast @ Halia Inc. Cafe, Melaka

Salam (n_n)
Okay ini sambungan daripada entry lepas, entry yang aku tidur kat Quayside Hotel tu, lepas tu dapat Free Breakfast kat cafe ni. So, this is the review about the cafe. Jom! (n_n)


Aku boleh cakap yang Halia Inc. Cafe ni adalah antara salah satu cafe hipster yang ada di bandar Melaka. Lokasi strategik, interior dan deco dia menarik dengan ada side bar yang river-view lagi, memang santai (n_n)!

The Interior & Deco
Cafe ni luas gila dan banyak bahagian. Tu belum masuk bahagian meja yang outdoor lagi. Memang besar betul tau, tengok ni...





That Free Breakfast
Free breakfast ni khas untuk guest yang menginap di Quayside Hotel sahaja. Dan yang bestnya tu, untuk breakfast tu dia bagi kita option, sama ada nak Western atau Malay Food. So, aku ni sebagai seorang mahkluk yang suka makan nasik, memang gembira lah bila ada menu nasik untuk sarapan! Hahaha (n_n)

Kitorang stay Quayside Hotel tu 2 malam, so dapat breakfast Free kat Halia Inc. Cafe ni pun 2x lah kan :D First day, kitorang pilih seat yang tepi dia real bricks ni. Second day duduk kat side bar yang mengadap Sungai Melaka. Duk situ best sebab dapat tengok gelagat tourists yang excited. Hahaha~

Ada satu group tourist yang entah daripada China ke Taiwan ntah, masing-masing pakai kemeja macam uniform gitu. Masalahnya, ade gambar KLCC kat kemeja tu. Dan masalahnya bukan sebijik KLCC, tetapi berbijik-bijik KLCC di kemeja mereka itu okay. Aku macam, doubleUTheeH!! Tergamak mereka pakai design baju macam tu?? I mean, kami ni adalah designer. So, design apakah itu??? Sangat menyakitkan hati tengok design kemeja ada KLCC bersepah-sepah macam tu. Urghhh terus stress jap. Hahaha~


Okay melalut pulak dah, so ini menunya. Dua hari Breakfast sini, dua-dua hari aku mintak nasi goreng kampung. Suami aku dia amek Western sesaje~ Hahah

Nasi goreng dia sedappppppp dan banyak! Western Food tu pun portion dia banyak! Puas hati lah, memang sedap. Nyum~nyum~ Then, untuk air dan roti-roti kita boleh amek sendiri. Aku ni kan orang kampung, so agak awkward lah nak pergi sapu-sapu roti dengan strawberry jam bagai. Jarang kot breakfast camtu, sebab tak kenyang! Tapi sebab dah free, maka aku amek jugak lah. Hahaha~


Ini dia syurga roti~ Sapu planta banyak-banyak, sapu jem banyak-banyak. Owh ye, kat situ pun ada Honeystar, Coco Crunch dan biskut-biskutan untuk diminum atau dicelup dengan susu / coklat sesuai untuk anak-anak korang makan :D


Cakes and Pretty Sweets Food

Semua nampak menarik, tapi aku tak amek pun. Sebab bukan FREE~ Hahaha :p



Harga Makanan Halia Inc. Cafe


So itulah dia sedikit review tentang Halia Inc. Cafe, Melaka ni. Dah nama cafe hipster kan, so rege dia pun boleh tahan lah jugak. Hipstaaaa lah katekan~~ Terima kasih sudi baca (n_n)

P/s: Kat Melaka memang kalau time hari biasa, lepas pukul 10 malam je memang susah gila dah nak cari makanan ek? Gua jalan jauh kot semata-mata nak cari sebutir nasi di tengah malam. Wuwuwu :'(