Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Tuesday, 28 June 2016

Kapsul Peria Plus yang wajib dicuba oleh Pengidap Darah Tinggi & Kencing Manis

Salam (n_n)
Tahukah anda, baby peria atau nama kampungnya peria katak, sangat berkhasiat dan bermanfaat bagi orang yang mengidap sakit kencing manis dan darah tinggi. DAN...dengan adanya Kapsul Peria Plus daripada peria katak ini, maka amat mudah untuk si pesakit mendapatkan khasiat tersebut bagi merawat penyakit kencing manis / darah tinggi mereka :D


So, jom kita kenal lebih dekat lagi dengan Kapsul Peria Plus ni (n_n), dan berikut adalah manfaat kapsul ini :

1. Mengandungi Phyto-nutrient, Poplypeptide-P dan Charatin yang membantu mengawal gula dalam darah. (bagus untuk pesakit Diabetes Type II)

2. Mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan

3. Ia tinggi Vitamin C, Carotene, Leutein dan zea- xanthin.
(Anti-oksida yang bagus untuk anti-penuaan, anti-kanser dan mencegah penyakit kronik )


4. Tinggi Fiber, Mineral & Anti-oksidan

5. Mengandungi
78% small momordica charantia
10% sky fruit
10% Andrographis paniculata
2% low sodium salt


6. Membantu khusus dalam menurunkan kadar gula dan kolestrol dalam darah

7. Mengurangkan gejala / tanda-tanda sakit kencing manis seperti sering haus, luka yang sukar sembuh dan kerap membuang air kecil 

8. Tindak balas seawal 7 hari!

9. Lulus ujian Makmal USM (ref.no : PRN 2015/425)


Bagi aku, Kapsul Peria Plus ni amat sesuai untuk korang hadiahkan kat mak / ayah korang yang mengidap sakit kencing manis atau darah tinggi. Kalau tak pun, untuk diri sendiri yang mungkin dah tunjuk tanda-tanda awal penyakit tersebut. Baik cegah sebelum terlambat (n_n) Tengok testimoni pun ramai yang bagi feedback positive!

 


Ramai yang repeat order dan beli 3,4 botol sekaligus sebab harganya memang berpatutan dan hasilnya memuaskan :)

Harga Kapsul Peria Plus
Sem. Msia: RM 31.90 sahaja
S/Sarawak: RM 33.90 sahaja

Pada sesiapa yang berminat nak order, boleh call / whatsapp:
017 988 3208

Maklumat lanjut:
- Blog Herba Alam4u (klik)
- FB Herba Alam4u (klik)

Kapsul Peria Plus: Kapsul Halal (halagel), Produk Bumiputra Muslim dan buatan Malaysia :)

P/s: InsyaAllah Kapsul Peria Plus selamat dan berkesan (n_n)

Thursday, 2 June 2016

Aku & Bawal Ruffle Qimsani

Salam (n_n)


Aku adalah peminat tudung bawal. Dan hari ni aku nak share sikit kenapa aku suka gila dengan tudung Bawal Ruffle daripada Qimsani ni :D

1. Fabric ringan
Even harga dia Rm10 je, tapi kualiti memang tip-top. Paling best sebab takde lubang sangat bila kita cabut pin brooch daripada kain tudung tu. Lepas tu, bila fabriknya nipis dan ringan, mestilah pakai tak panas kan. So, memang selesa.

2. Tak panas
Sebab fabriknya nipis dan ringan, so amat selesa untuk aku lilitkan ia macam lilit shawl. Tetap rasa sejuk dan entahlah, sangat selesa lah pada aku.

3. Murah
Rm10 je sehelai. Tapi disebabkan owner Qimsani ni pemurah orangnya, kadang-kadang hujung minggu dia akan buat sale sehelai Rm8 je! Gila murah tahu! Design pun best, tepi dia ber-ruffle-ruffle gitu. Orang melayu kata macam ropol-ropol lah sikit gitu :p Hihi~

4. Mudah dibentuk dan digayakan
Yess!! Tersangatlah mudahnya. Sebab tu aku suka pakai tudung ni. Awning mudah bentuk even bukan kain cotton, dan senang pula nak digayakan dengan gaya lain selain selimpang hujung tudung tu kiri dan kanan.

Sekarang ni, aku dah ada 4 helai Bawal Ruffle daripada Qimsani. Dan aku suka pakai camni...


Tudung bawal je pun, tapi hasil lilitan seperti pakai shawl. Dengan tepi dia yang bergelombang-gelombang tu. Suka sangat (n_n) Hahah, ke mata aku sorang je yang nampak cenggitu? Hahahah..fine~ T_T

Ok, untuk orang Johor yang terasa nak jugak beli Bawal Ruffle Qimsani ni, boleh lah pergi Bateri ye, butik dia warna pink comel je. Banyak gila tudung dalam tu tau, segala keknis, instant shawl, halfmoon semua bagailah ada. Harga pulak memang sangat mampu milik punya. Hahah~



P/s: Sebab aku friends dengan owner Qimsani ni kat FB, tetiba rasa macam segan pulak nak pergi butik lepas dah tulis entry ni. Hahaha, saya ni pendiam orangnya, tulis kat blog je kepoh lebih..haha

 

Wednesday, 1 June 2016

Kat Pasar Malam Pun Jadi lahh

Salam (n_n)


Semenjak aku dah berhijrah ke Bangi, jarang dah aku jumpa budak Nia ni. Even sekarang kalau jumpa masa niaga kat sebelah pun, rasa tak terlayan pulak aku. Makin besar, makin aktif. Aje tak boleh layan customer nanti. Hahah...

Macam hari tu, kebetulan aku balik JB dan dapat ikut parent aku niaga. Aku mukadimah sikit je, terus dia asyik nak main je dengan aku. Waduh2~ nasib baiklah ada adik aku tolong mak ayah aku layan customer. So, bolehlah aku lah kena layan si kecik tu main bola kat celah gerai aku dengan gerai mak dia. Dah lah baling kuat gila bolanya, kena kat orang yang lalu-lalang, mampos aku~ Hahah


Tapi nasib baik kalau aku marah dia, dia takut...tapi lepas tu kalau dia nangis, aku lah yang cuak balik. Hahah :p

P/s: Weh, bulan puasa nanti aku maybe ikut tolong suami dengan ayah mertua aku niaga kat bazar. Kat Bangi, jom sape2 yang nak jumpa aku boleh jumpa kat situ. Kot nak mintak autograf ke kan, MUAHAHAHA!!