Happy Three Friends

.

.
.

Miss Money

Friday, 29 July 2016

Tiada lagi 'salji' di belakang rumah

Salam :(
Belakang rumah aku dulu, ade baaaanyak kucing! Dah beberapa generasi jugaklah yang mintak makan dengan kitorang. Sampailah ke generasi 3 ekor kucing putih ni. Sangat putih dan bersih sampai aku gelar diorang salji...


Entah anak siapa pun aku tak tahu lah, kat belakang rumah aku tu ada sekor kucing betina, tapi laki dia pelbagai. So, aku syak kali ni bapak dia jenis kucing putih, tu yang keluar anak 3 ketol sepesen cam bapak dia~ Sangat manje! Selalu jugak aku bawak masuk dalam rumah sebab nak bagi makan and main2..hehe (n_n)

Makan diorang ni biasanya aku gunting-gunting roti keping jadi bentuk dadu, pastu gaulkan dengan sardin. Memang selalunya dekat 20 minit jugaklah nak prepare makanan diorang ni sebab sambil gunting, sambil tengok TV~ :p Pastu, bagi susu sekali...

Gigihlah berebut camtu, diorang memang suka persaingan (-_-') Kalau sekor tak mula minum, semua buat dek je, start sekor je minum haa mula lah yang lain join sesak2 camtu...then dah lepas makan free, barulah boleh buat aktiviti bebas, seperti...

 Investigating...

dan err... berebut kotak.... (-_-')


Memang daripada kecik budak 3 ekor ni wujud kat belakang rumah aku, dengan mak dia, dan adik-beradik dia yang terhasil daripada bapak yang lain. Semua hidup bermasyarakat dan berharmoni di sana...comel gila diorang masa kecik!


Sampailahh aku dah nak kahwin awal tahun 2016 yang lalu, diorang nilah yang teman aku main spray-spray lidi kat belakang rumah tu. Terhibur betul gua masa tu~ hahaha

Ni paling manja, aku bagi dia nama Anissah, sama macam kucing aku yang hilang dulu, sebijik putih camni. Kalau kita duk kat belakang tu, mesti dia nak panjat belakang kita sampai ke kepala~ Punyalah nakal! Hahah :p


Tapi tu lah...diorang dah hilang. Dah takde lagi kat belakang tu. Langsung takde kelibat lagi lepas ada dua orang budak cina tu panggil-panggil diorang. Pergi depan rumah bebudak tu pun, takde nampak langsung. Tu dah ibarat macam kucing aku, so aku marah kalau diorang amek dan bela! Kalau bela takpe lah, buatnye diorang aniaya...sian kucing2 salji aku tu :'(


Skang, belakang rumah aku dah sunyi sepi tanpa bebudak ni semua. Ibu dia pulak entahlah dah nak monopaus agaknya, lahir sekor je anak kucing baru. HAHAHAH! Btw, aku rindu nak bukak pintu belakang pastu nampak si putih-putih ni semua.. T_T

P/s: anak kucing baru tu aku bagi nama Sang Wira, sebab muka dia sebijik macam kartun sang wira yang warna biru tu. Siapa tahu sang wira, kita geng!

Wednesday, 27 July 2016

Pengalaman Balik Kampung Naik Ketapi (Part2)

Salam!
Hahaha, nampak tak dia punya malas nak update blog tu macam mana. Lepas seminggu, baru ade entry baru. Then ber-heaven2 lagi sampai seminggu, baru update entry baru. Ish3, dasar kemalasan melanda-landa! So, ni sambungan untuk entry INI.


Daripada Ipoh nak ke Johor mesti kena transit di stesen Gemas, yang mana kami guna perkhidmatan ETS yang selesa dpd Ipoh sampai ke Gemas, then tukar naik KTM untuk terus sampai ke Kulai, Johor.

Kau tau lah kan, dah lah first time naik ketapi, lepas tu mula-mula naik je terus naik ketapi moden yang best dan selesa, tetiba bertukar pulak naik ketapi yang lama tu, berhuhu-huhu lah jawabnya aku dengan suami aku. Hahah!

Masuk-masuk gerabak je, gua terus selfie seketul dua, seat dia best sebab macam seat dalam bas express kan. Hahaha, even seat dia best, persekitaran dia sangatlah berbezanya pun adoi. Dalam gerabak aku tu riuh-rendah dengan suara-suara manusia, tambah pula ketapi lama kan bunyi dia bising sebab besi langgar-langgar kan. Hahaha, suasana nya tu dah macam dalam kelas bebudak sekolah yang takde cikgu masuk mengajar :p

Semua orang macam tak reti duduk diam, hahaha...pastu ketapi tu bergegar-gegar memanjang. Tapi aku takde hal sebenarnya, sebab seronok dan excited first time naik ketapi, cuma ada certain lah yang kurang sebab ia ketapi lama, kan :D Contohnya adalah:

1. Pintu antara gerabak
Ni paling stress sekali, sebab ia berkaitan dengan manners manusia. Tak seperti dalam ETS, pintu antara gerabaknya adalah automatik tertutup sendiri lepas seseorang melepasinya. Tapi dalam ketapi lama ni, manual. Konduktor dalam ketapi tu dah elok dah tutup pintu tu untuk kurangkan rasa bising, tetiba datang seekor manusia yang tak reti bahasa bukak pastu jalan je terus dan biar pintu tu tak bertutup. 

Pastu lalu pulak lagi 2 ekor manusia, yang depan dah elok dah tolong tutup pintu, sekali yang belakang dia bukak, pastu jalan terus tak tutup pintu tu. Aku dengan suami aku asyiklah tergeleng-geleng kepala tengok perangai2 manusia yang tak alert ni. Dah terang-terang kat pintu tu ada tulis;

 'Sila Tutup Pintu Ini Semula'

...pon kebebalan mereka melanda-landa~ Haih~ Then, jangan bagi anak-anak korang main-main kat ruang antara gerabak tu, sebab kat situ ada ruang penyambung yang kalau tak berhati-hati, kaki anak korang boleh terjatuh ke bawah dan tersepit di situ. Scary kan? Aku pun suspen masa lintas ke gerabak depan sebab boleh nampak rel dengan batu-batu kelikir kat bawah tu haa~

2. Toilet
Toilet dia kalau nak bandingkan dengan ETS, of course lah ETS lagi 5 bintang. Aku nak jalan daripada gerabak aku ke toilet kat gerabak hujung tu punyalah bersusah-payah sebab train asyik bergegar ke kiri-kanan. Pening pale gua~ Hahaha! Dah lah aku tak stabil masa nak bukak pintu besi antara gerabak tu, agak berat jugaklah. Sian aku tak kuat! Nasib ada sorang cina tu tolong bukakkan.. Hahaha


3. Facilities


Haa dia punya meja best, sebab besar...muatlah kalau korang nak letak kepala dan tidur atas tu macam yang korang selalu buat masa dalam kelas dulu kan~ Hahah tapi dalam ketapi lama ni takde kafeteria. Kalau korang berani, korang lompatlah keluar jap masa dia tengah stop kat mana-mana stesen, silap-silap boleh tertinggal sebab dia berhenti kejap je...rela berlapar daripada turun beli makanan pastu tertinggal train..hihi :p

4. Pemberitahuan Stesen Secara Manual
Ini serius lah, paling gigih yang jadi konduktor dalam ketapi tu. Sebab ketapi lama takde TV yang memaparkan kita tengah kat stesen mana dan apa stesen yang seterusnya. So, konduktor tu lah yang duk ulang-alik ke hulu-ke hilir inform sendiri kat para penumpang kalau stesen yang diorang tuju tu dah nak sampai.

So, korang boleh je bantaiii tidur sebab konduktor tu pasti akan kejutkan korang masa dah nak sampai stesen yang korang nak turun :)

Okay, tu je...tak banyak gambar entry ni sebab dah pulun habis masa dalam ETS tu, betry fon pun dah tinggal sikit. Hahaha, terima kasih sudi singgah sini (n_n)

P/s: pengalaman berharga, tinggal naik kapal terbang je ni yang aku masih seram nak naik. Hahah

Tuesday, 19 July 2016

Pengalaman Balik Kampung Naik ETS Train (Part1)

Salam (n_n)


Haa...best ke balik kampung naik ketapi ni? Jawapannya adalah, sangat best sebab first time kan. Hahah..so, pagi raya kedua tu, kami naik daripada stesen ketapi Ipoh kat bawah ni, vintage gila~


Awal-awal puasa lagi aku dengan suami aku dah setelkan pasal tiket, sebab takut habis pulak kang, tak beraya di Johor aku jawabnye, hihi~

FYI, kami kena naik dua buah ketapi sebab perjalanan ketapi daripada Ipoh ke Johor, memang akan kena transit di stesen Gemas. So, camnilah rupa tiket kami...ada 2 keping untuk setiap sorang.


ETS ni dia macam komuter jugak, dia jenis ketapi yang moden, guna elektrik dan lebih selesa berbanding KTM. Kalau ikut jadualkan, perjalanan kami ni take time lebih kurang 9 jam! Lama gila, aku siap beli buku cari perkataan tersembunyi, beberapa bijik komik Ikhtiar Hidup, dan juga seketul Brick Game ni sebagai persiapan untuk mengelak keboringan melampau dalam tu...


Sekali rupanya, tak boring pun. Sebab boleh jalan-jalan, plus aku sendiri tak dapat nak tidur sangat sebab excited naik ketapi, hihihi~ Dalam ETS ni ada mini kafeteria, so haruslah di-explore juga kan...hahah

Menu dia ada bihun goreng, nasi lemak dan nasi himpit dengan rendang, tu sempena hari raye aku rasa. Pastu, air 3 in 1...aku dengan suami aku beli air Nescafe 3 In 1 je...

Then sampai kat stesen mana entah, area Negeri Sembilan lah, bahagian gerabak aku dah tak ramai orang. So, time ni lah masa untuk....SELFIE!!!

Seat-seat belakang tu semua mengadap ke depan, seat kitorang pulak mengadap ke belakang...so memang bebas untuk bergambar tanpa segan silu, siap tukar-tukar seat hoi~ :p


Pintu yang menghubungkan setiap gerabak pun canggih tau, korang kena touch dekat bahagian bulatan yang ada dekat pintu tu haa..nanti dia automatik terbuka, dan lepas tu automatik tertutup sendiri.

Part toilet dialah yang paling best, sebab luas, bersih dan mesra OKU...memang selesa! So, lepas beberapa stesen lepas tu, kami pun sampai ke Gemas, dan tunggu untuk tukar ke ketapi yang seterusnya iaitu ketapi jenis KTM...ala, yang jenis besi-besi tu..agak old school jugaklah... masa kat Gemas tu, ada lah KTM tu lalu...suami aku siap cakap apa,

"Nasib baiklah kita bukan naik ketapi yang tu..."

Aku pun macam, Eh, dia tak tau ke itulahhh yang dia akan naik sekejap lagi~ Hahahah! So, nak tau best ke tak naik KTM tu, sila lah tunggu next entry ea..haha :p

P/s: KTM tu gegau-gegau sikit, senoneng kepala aku masa jalan nak pegi toilet T_T

Sindrom Takut Nak Bukak Almari Memalam Buta...

Salam,
nak dengar satu cerita?


Di suatu malam yang murni, aku masuk ke dalam bilik yang gelap-geliter~

Lepas lampu dibuka, aku pun terus ke arah almari baju aku.

Niat di hati nak salin baju, 

...so tanpa berfikir apa-apa yang buruk,

aku pun bukak ler almari tersebut,

lalu jantung hampir terhenti kerana melihat ini...














"Penampakan mambang tengkotak apakah ini?!!!"

*tengkotak adalah geng penjahat dalam filem Boboiboy The Movie

Cucur kodok punya baju! Ni sweater husband aku lah ni yang telah menakutkan aku malam tu! Chisdale betul lah...ingat tengkorak makmal mana lah yang tersesat dalam almari baju aku tu..isk2 T_T

Btw, masa aku asrama dulu kan, aku pernah jugaklah mengalami sindrom ketakutan nak bukak wardrobe memalam buta. Perasaan tu datang macam tetiba rasa cam suspennn je nak bukak pintu almari, takut kot-kot ada something kat dalam tu..hahaha~ Kena pulak masa dah lights off (lepas lights off biasanya HARAM bukak lampu bilik)... 

Tambah pulak baru lepas dengar cerita seram senior yang ehem-ehem muncul bila bukak almari kan, lagilah serammm segan nak bukak almari dalam gelap-gelap camtu. Hahah~ Korang pernah tak rasa sindrom yang sama macam ni? :p

Apapun, aku dah alih dah baju tu kat celah baju-baju lain supaya aku tidak merasa segan lagi untuk membuka almari tersebut. Tamat... (n_n)

P/s: seram pulak tengok gambar yang aku letak paling atas tadi tu, dah iras-iras Valak dah aku tengok.. Hahah!

Saturday, 9 July 2016

Happening Raya di Gopeng

Salam (n_n)


Hoho~ tahun ni first time aku beraya kat kampung suami di Gopeng, Ipoh. Meriah dan happening tak terkata tau! Aku pun tetiba hilang rasa segan, entah camana boleh blend dengan sedara-mara belah suami dengan cemerlang sekali! Hahahaha~

Banyak gila aktiviti masa raye kat sana, sampai-sampai je, kena kemas rumah lah dulu...

Malam pulak, ada macam berbuka ramai-ramai kat rumah Uci (nenek/opah). Sekali dengan sambut birthday sorang anak buah ni ha...berderet diorang makan sesama dengan pakai topi memasing..dah macam ahli sihir kenit dah aku tengok~ Hahah

Esok malam iaitu last berbuka puasa pun kami berbuka kat rumah uci, tu yang malam raya tu meriah temankan anak-anak buah dan anak sedara main bunga api...seronok betul ramai bebudak kat belah Gopeng ni, hihi (n_n)

Memang penat gila~ budak baju pink yang bulat tu beria nak naik beskal tapi tak reti kayuh. Tak nak 'merangkak' pulak aku tolakkan beliau ke hulu- ke hilir. Tak nak berhenti main pulak tu, nak tercabut tulang sebab penat gila, hahah (T_T)

Dah penat main dengan diorang, aku lari pergi umah kak sedara sorang ni, saje nak tolong dia buat brownies kedut. Datang jugak si kenit-kenit tu mengacau, hahadoi :D

Sampai je dapur, masing-masing dah 'wahh, coklat! wahh coklat!'. Pastu memasing nak tengok aku kacau periuk macam nak masuk sekali dalam periuk tu. Lawak betul bebudak ni :p

Dan tibalah keesokan harinya, iaitu HARI RAYE!! Yeayyyy!!!

Dan kami sedondon berwarna sehijau warna daun!!!



Sangat meriah dan seronok dapat beraya di Gopeng belah suami. Dan esoknya iaitu raya kedua, aku dan suami bertolak pulak pergi ke Jb, balik kampung aku pulak lah kan~ 


Hahaha...ni rombongan cik kiah yang hantar kitorang kat stesen ketapi. Naik ketapi dowh, first time in my life. Memang best! Haha nanti aku cerita ye...so tu saje cerita hari raya aku di Gopeng, Ipoh. Thanx sudi baca dan selamat hari raya untuk korang, maaf zahir dan batin ya.. (n_n)

P/s: baju aku dengan suami ala-ala warna kusyen kat rumah Uci. So penyamaran kitorang berjaya bila duduk berdua di kusyen tersebut :p

Friday, 1 July 2016

Tutorial RAYA Bawal Ruffle Qisamni by Lynndamya

Salam (n_n)


Hohoi poyonye lah aku nak buat tutorial-tutorial bagai ni kan. Tapi, bila mengenangkan owner Qisamni ni dah bersusah-payah pos untuk hadiahkan bawal ruffle ni kat aku, jadi rasanya tak salah kalau aku balas balik dengan menge-share cara-cara aku pakai bawal ruffle beliau ni. Boleh lah geng-geng Qisamni buat untuk raye nanti!

So, let's take a look on the step :D


Details corak & pandangan belakang:

Tapikan, bahagian depan tu, aku lagi suka kemaskan sikit yang terjuntai-juntai kat bawah tu. So, aku pun bawak hujung yang terlebih tu ke bahagian dada dan sembunyikan ia di situ (pin kan), dan jadilah hasilnya begini...


Tadaaa! Dah siap!! :D

Actually tutorial ni dah pernah ada orang buat pun, aku cuma remake semula dengan menggunakan bawal ruffle dpd Qisamni yang best ini (n_n) So, geng Qisamni yang dah cuba tutorial ni, meh share sikit gambar korang dengan saya, hihi ;D

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semua :)
Hati-hati pulang ke kampung, aku mintak maaf zahir batin dengan semua rakan-rakan netizen ya :)

P/s: Owner Qisamni ada beri sample Dyas Scrub jugak sekali dalam parcel bawal ruffle ni, nanti aku review okay! TQ Qisamni (n_n)