Friday, 28 July 2017

4 Perkara Yang Biasa Dialami Oleh Newbie Mom Yang Jarang Diceritakan

Salam (n_n)
Semua pasangan yang dah berkahwin amatlah tertunggu-tunggu detik isteri disahkan mengandung dan amatlah gembira untuk menunggu cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak. Kita memang tahu anak-anak adalah rezeki kurniaan daripada Tuhan, tetapi apa yang kita tak tahu adalah alam keibubapaan yang bakal kita hadapi nanti adalah seperti kapal yang terumbang-ambing mengikut arus laut. Ada masanya tenang, ada masanya bergelora. Yang tenang ini selalu kita dapat lihat dikongsikan di laman-laman sosial, tetapi yang bergelora itu pula selalu ibu-ibu sembunyikan. Kenapa ya?
Sebab semua ibu yang sudah 'berjaya' akan mengatakan itulah motherhood thrill, itulah motherhood yang perlu dinikmati, itulah ini...dan itulah itu. Ia memang dorongan yang positif tapi dalam masa yang sama ia turut memberi aura negatif terhadap ibu-ibu yang masih mentah dalam alam keibubapaan ini, lagi-lagi yang baru dapat anak pertama. Mereka akan rasa diri mereka seperti ibu yang jahat, mereka rasa rendah diri kerana menganggap diri mereka gagal untuk jadi seperti ibu-ibu yang dah berjaya. Justeru, untuk mengelakkan rasa-rasa negatif tersebut, saya kongsikan sikit 4 perkara normal yang akan dirasai oleh Newbie Mom:

1. "Alangkah bagusnya kalau saya belum ada anak..."

Semua orang nak anak, tapi buat Newbie Mom, pasti akan terdetik perasaan seperti ini kerana mereka membandingkan kehidupan mereka semasa sebelum dengan sesudah mendapat anak. Ianya adalah normal, semua ibu macam ni dan ianya bukan mudah untuk sesuaikan diri dengan segalanya yang berkaitan dengan alam keibubapaan.

Contohnya Newbie Mom akan terdetik, bestnya dulu boleh travel ke sana ke mari, tapi semenjak ada baby nak berjalan dekat pun risau baby meragam. Bestnya dulu balik kerja je, boleh terus tidur tapi sekarang nak kena jaga dan tidurkan baby dulu dan sebagainya.


2. Stress dan hilang sabar bila anak asyik meragam
Walaupun dah tukar pampers, walaupun dah bagi susu, walaupun dah pastikan dia terlalu sejuk atau panas, baby tetap nak merengek-rengek. Paling teruk bila dia menangis nak tidur, tapi bila kita dodoi baby tetap nak melalak juga. 24 jam mahu berdukung tetapi tak mahu tidur jugak. Walaupun seorang ibu penuh kasih dan sayang, tetapi rasa marah dan penat itu juga ada menyebabkan kita meninggikan suara, terpukul, tergoncang dan tertepuk punggung anak dengan kuat agar baby dapat tidur cepat.

Kewarasan tidak akan menjamin ketika kita sedang marah. Inilah yang perlu dikawal dan Newbie Mom pasti akan pernah mengalami situasi ini. Redakanlah marah dahulu, dan sesetengah orang tidak cukup hanya dengan beristighfar untuk bersabar sebab mereka perlu mengekspressikannya. Jadi, kalau dengan cara menumbuk dinding boleh tenangkan anda, tumbuklah. Kalau dengan menghempas-hempas barang boleh tenangkan anda, hempas lah asalkan tidak mencederakan baby. Btw, kalau ada punch bag pun lagi bagus, kan?

3. Rasa bersalah yang meluap-luap

Ini adalah kesinambungan daripada tindakan Newbie Mom yang termarah, tergoncang, terpukul dan tertepuk baby dengan kuat akibat rasa marah dan stress. Rasa bersalah terhadap anak. Inilah yang membuatkan ibu-ibu selalu menangis tak kiralah daripada anak tu kecil hinggalah mereka besar. Ibu akan menangis kerana rasa bersalah akibat termarah anak. Ia adalah suatu perasaan yang tak boleh digambarkan betapa bersalahnya seorang ibu, lagi-lagi jika terhadap seorang bayi.

Marah, tapi lepas tu kesian, sedih, rasa bersalah sampai menangis-nangis minta maaf kat baby. Baby pun senyum sebab memang mereka tak faham apa-apa. Hati dan minda mereka tidak menyimpan sebarang dendam walaupun baru lepas kena marah atau tepuk dengan ibunya. Inilah dilema seorang ibu yang sangat meruntun jiwa dan raga seseorang yang bergelar ibu. Yelah, sebab ibu je yang banyak marah anak berbanding ayahnya, kan?

4. Nak dengan suami saje...

Ini biasa terjadi bila dapat anak pertama. Fasa-fasa permulaan ketika baby masih kecil amatlah terasa memenatkan. Ketika ini Newbie Mom akan rindu detik-detik bersama suami yang mana hanya dia dan suami saja, berdua. Tiada orang lain yang perlu difikirkan, dan tiada orang lain yang perlu diberikan perhatian yang banyak. Hanya suami. Ini adalah normal kerana ia termasuk dalam proses penyesuaian diri.

*********************
Apapun, perlu diingat. Ianya adalah normal jika Newbie Mom berperasaan macam ni di peringkat permulaan dan anda tidak perlu rasa bersalah atau rasa diri anda adalah seorang ibu yang jahat. Masih terlalu awal untuk merasa diri anda gagal menjadi ibu yang baik, dan masih terlalu awal untuk para suami merasa pasangan anda seorang ibu yang gagal.


Dealing with baby is not easy and the struggle is real. Keep going, mommies! And no matter what, don't give up :)

P/s: aku tulis ni sebab tengah stress baby nak beralih bulan. Dia punya melalak kalau kita tak dukung, aduhaiiii.... boleh kena darah tinggi kalau hari-hari dia macam ni... hmmm


1 comment:

  1. Hmm..Toi ...Kita pun dilema nih. Boleh tak baby belum lahir dah fikir boleh ke aku jaga ank nih...Boleh ke Pegi berbulan madu ngan suami berdua jer...Boleh ke boleh ke..Mmm memang xboleh lah kot huhu

    ReplyDelete