Salam!
Dah lama rasanya aku tak update entry makan-makan kat blog ni kan? Hahah, sebenarnya ada je aku try cafe-cafe baru cumanya tak sempat pula nak review kat sini. Tapi cafe yang ni, aku cuba jugak untuk review secepat mungkin sebab ianya sangat menarik dengan konsep yang sama ala-ala Boat Noodles! Di mana??
Kafe Eat & Repeat, Bandar Baru Bangi
Ya! Inilah rupa kafenya daripada luar. Simple macam kedai biasa-biasa je kan, tapi harga sangat best dan menunya saaaangatlah sedap sangat-sangat!
Ini pulak menu dia. Owh ya, tadi aku ada mention yang konsep kafe ni ala-ala macam Boat Noodles kan? Sebabnya di Kafe Eat & Repeat ni, menunya dihidangkan dalam small portion yang mana harganya cuma Rm1.90 sahaja setiap satu. So, boleh lah makan sikit-sikit dan raaaaasa semua menu yang ada dengan senang hati tanpa rasa takut tak habis makan/ rasa tak mampu nak bayar. Dan disebabkan air dia pun sama je harga dengan menu-menu dia, maka di belakang menu tersebut dah siap sedia dah dengan sifir RM1.90 supaya senang nak kira. Memang best!!
So, jom tengok apa yang kami order malam tu :)
Dari atas kiri:
Macaroni Goreng, Pulut Mangga, Lontong, Nasi Lemak, Nasi Putih Ayam Cincang.
Dari bawah kiri:
Mi kari, Nasi Impit Rendang Ayam, Nasi Putih Ayam Kunyit dan Nasi Putih Ayam Cincang.
Haa...ni makan 4 orang je pun, tapi setiap sorang order 2 mangkuk gitu sebab size hidangan dia sikit-sikit kan. Untuk 1st round aku order mi kari, nasi putih ayam cincang dan pulut mangga.
Perghhh! Sedap tak hingat~ Kahkahkah :D Nasi Putih Ayam Cincang dengan Pulut Mangga tu is very highly recommended!!! Sedap ya amat... nyampah tau! Sedap gila... hahaha mi kari kureng sikit sebab aku pernah rasa yang lagi sedap, tapi lagi dua menu tu memang best!! Air bandung dia pun manis dan just nice :D
Suami aku dia ada order nasi lemak untuk 1st round, dia kata sedap gila! So, untuk second round aku pun oder lah nasi lemak jugak. Kah! Dia oder jugak nasi lemak tu weh untuk 2nd round. Sedap bebenor lah tu :p
Ni lah rupa nasi lemak tersebut. Dan rasanya, ya Allah sedap jugak! Sambal dia memang terbaik. Telur dia pun even telur dadar yang dipotong-potong tapi ia tebal. Takdelah nipis seperti sehelai kain yang biasa kita dapat kalau beli nasi lemak singgit kan? Hahaha... memang sedap! Nyum~nyum~
Dan inilah hasilnya daripada kami berempat malam tu. Kalau adik aku ikut sekali malam tu confirm lagi tinggi mangkuknya tu bersusun. Hahaha~ so overall makan di sini sangatlah berbaloi, sangat berpuas hati, servis dan layanan tip-top, makanan dan minuman sedap dan harga yang berpatutan. Aku memang sangat rekomenkan korang untuk melantak habis-habisan di sini! Hahaha :D
So untuk location, korang ada Waze kan? Haaa... waze je lah sonang yo! Zaman teknologi dah canggihkan, pasti tak sesat punya. Jadi, selamat melantak di Kafe Eat & Repeat pada harga yang mampu milik! Haha :D
P/s: Next time kalau dapat pegi lagi aku nak order nasi lemak 1x dengan pulut mangga 2x. Pergh, bersantan semuanya confirm ngantuk lepas tu. Hahah :p
oh ada cawangan baru dah ke,biasa pegi dkt shah alam,tp nampak yg bangi ni mcm lebih byk menu baru ! suka mknsini sbb lagi kenyang dr boat noodle
ReplyDeleteWah..Menarik...Leh try nih.thanks for sharing dear 😁
ReplyDeletewahh sonoknyer makan pakai mangkuk jee., ;p
ReplyDeleteakk mati2 lah igt eat&repeat ni kat belah2 shah alam sana. sbb yg viral tu mmg asal usul surat beranak dia kat shah alam kan? bandar baru bangi rupanya... mmg my territory tu... agus angat neh! hehee. btw hi lynn..lama akk x mai sini, sbb mai2..bersawang je..hehehe.. baby diang pahabaq??
ReplyDelete