Wednesday, 21 November 2018

8 Idea Doorgift Makanan Sihat & Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Assalamualaikum semua (n_n)
Ya Allah rindunya kat blog, lama nya tunggu mood datang nak menulis tu. Hihi.. so kali ni saja nak share pasal idea doorgift.

Dulu-dulu masa sebelum kahwin duk sibuk share idea pasal doorgift kahwin kan, so skang dah jadik mak-mak ni mulah lah terfikir segala benda yg berkaitan pasal anak-anak dan kekanak sekalian alam. Hahah, so... berikut adalah:



10 IDEA DOORGIFT YANG SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

1. SANDWICH
Tak kira lah sama ada telur / ayam atau buah-buahan sekalipun sebagai inti, memang ia akan jadi snek yang menyihatkan dan sesuai untuk dijadikan doorgift untuk kanak-kanak!


2. Buah-buahan Potong
Ini memang semulajadi sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak. Tapi, jangan letak bahan perasa seperti serbuk asam tu pulak ye~ hihi



3. Salad Buah / Sayur-sayuran
Kalau campurkan kedua-duanya pun sedap jugak kan?



4. Homemade Cookies & Sekotak Susu
Kenapa homemade cookies? Sebab anda boleh kawal kandungan gula dan garam dalam cookies tu :) Buat sebesar saiz tapak tangan untuk seorang pun dah cukup. Packkan cookies tu bersama dgn sekotak air susu Full Cream yang memang berkhasiat untuk kanak-kanak :D confirm mereka suka!



5. Pizza Roti Gardenia Yg Simple
Kan pernah viral ada orang buat pizza guna roti gardenia je kan? Haa, korang pun boleh buat dan jadikan ia sebagai doorgift untuk kanak-kanak. Tapi, nak jadikan pizza anda tu sihat, gantikan lah makanan proses seperti sosej tu kepada ayam atau daging segar ya :)

6. Puding Buah
Kanak-kanak mesti suka ini sebab sejuk dan menyegarkan!


7. Kekacang yang dipanggang
Kacang banyak khasiatnya ya. Terutamanya yang dipanggang. Ia lebih berkhasiat dan sihat berbanding kacang yang digoreng sebab panggang tak menggunakan minyak. Rasa nya pun lebih sedap dan rangup.. cubalah!


8. Jus Buah-buahan Homemade
Kalau anda seorang mak yang pentingkan kawalan gula dalam minuman untuk anak-anak, mesti anda berat hati nak beri anak anda minum jus buah yang ada jual di pasaran kan? Sebab majority branded jus buah yang dijual tu mempunyai kandungan gula yang tinggi gila~

So, kalau nak beri jus buah sebagai doorgift, anda harus rajin untuk buat sendiri jus buah-buahan itu daripada 100% buah sebenar, dan tanpa penambah perasa atau perwarna tiruan, kemudian packed kan ke dalam botol kaca yang ada sticker comel :) Barulah betul-betul yakin dengan khasiatnya :)



Jadi, tu lah sedikit sebanyak idea makanan / minuman yang bersesuaian dan berkhasiat untuk diberikan kepada kanak-kanak mungkin pada majlis hari jadi, perkahwinan dan sebagainya :)


Owh by the way, bila sebut pasal doorgift ni, aku teringat ada company ni buat doorgift yang murah tau. Doorgift dia pulak bukan biasa-biasa, hampir kesemuanya unik dan berguna jika dijadikan pemberian buat tetamu. Kalau untuk kanak2 ni, diorang ada sediakan pen comel kapsul ni sebagai doorgift, best kan?? Usharlah LINK INI untuk tengok sendiri produk doorgift mereka yg best :D

Semoga dengan menjaga apa yang kita beri kepada anak-anak orang lain, akan membuatkan orang turut menjaga apa yang mereka beri makan kepada anak kita. Hihi :)

P/s: i'olls adalah seorang mak yang pantang dalam pemberian snek dan junk food kepada anak2 aku. Nak makan tunggu dah besar nanti baru ko makan, nak. Haha~


2 comments: