Thursday, 29 December 2011

am I give up ?

Tolonglahhhhh
macam nak mati buat assignment ni
Kenapalahhhhh lecturer ni macam tak reti pikir gaknya
Aku bukan amek subjek kau sorang je tau
Aku amek 10 subjek
Entah akal pendek siapa lah yang cadangkan 10subjek tu
sedangkan batch last sem 3, 4 subjek je
Haishhhh !
Bagi kerja tak boleh consider langsung
Kelas lain buat sikit je untuk subjek ni
Submit je, tak payah presentation pulak tu
Tapi dengan kau ?
Dah lah susah nak proceed kerja student
Lokek markah
Aku ada banyak lagi kerja lain tau tak nak submit
Pleaselahh...
sumpah aku menyesal tak masuk class lain untuk subjek ni!
Kenapa kena dapat lecturer macam kau?
Aku dah letih sangat dah ni
Penat tau tak..PENAT !
Dah lah duit dah habis
Print assigment , pergi photoshoot
Arghhhhhh
Stress aku !
STRESS !!
Nak nangis.....
:'(

 Aku dah serabut

Wednesday, 28 December 2011

Ramai Ex - Playboy atau Loser?

Assalamualaikum and hi readers. Okay aku nak cerita sket ni :0
Kita selalu dengar cerita yang minah ni ramai ex, mamat tu ramai
ex, then yang minah kat sana tu pon boleh tahan ramai ex dia,
dan yang mamat sini pon perghh lagi ramai ex dia. Haa, awak..awak
yg tengah baca ni pon, ramai tak ex awak? Haha..so, kita dengar
dan tahu dia ramai ex. So, tanggapan kita selalunya akan camni :

"Ex dia ramai, mesti playboy ni !"

or kalau untuk pempuan :

"Ramainya ex dia, bajet hot ler tuu~ "

Tapi betul ke, mereka yang ramai ex ni playboy / playgirl / playground ?

Or, maybe they are Loser

Kenapa? Yelah, asyik ditinggalkan pasangan je sebab tu lah ramai ex.

(-_-')

Bukan dia yang tinggalkan ex2 nya tu~

Then ?

Dia akan cerita kan kat orang yang dia ramai ex dengan perasaan
bangga dan megah MACAMLAH kau ramai ex sebab kau playboy
or playgirl. Padahal dia yang asyik ditinggalkan sebab certain of his/her
bad attitude tu.Tapi dia tak perasan pon. Hahaha

That is true Loser
 (n_@)

Errr....korang faham tak apa yang aku cakap ni?
Tak faham tanya ok, nanti tak faham susah nak jawab
exam (mood final exam) cheh, macam lah aku banyak paper,
final aku 1 paper je okay, haha..so, that's all thank Q !
(n_n)

Tuesday, 27 December 2011

Sebab Kenapa Maki Lepas Putus

Assalamualaikum and hi readers. Ini scene biasa dalam kehidupan
kita sebenarnya. Semasa bercouple, amatlah sweet dan romantik,
suara merdu segala, perlakuan sangat lemah-lembut, perkataan
semua yang baik-baik je....

BUT

once bila ter'clash' / ter'break' or terputus dan bermacam-macam
ter lagi included ter'kantoi' something yang kurang enak.....

GULP ! (-_-')

maka kita ni yang sebagai rakan-rakan terdekat akan terasa
bahang kepanasannya~~~~ (bunyi angin bertiup di padang pasir)

KENAPA ??

haishhh...tengok je lah status mereka, sangat memaki-hamun +
mencarut + memburuk-burukkan ex baru mereka tu, dan err....
kadang-kadang yang over tu perempuan selalunya, kan ?
Come on lah chill, shame on you lah,kau dah canang cerita
cinta kau kat satu dunia, dah terserlah kebaikan ex kau tu then
bila putus kau canang pulak keburukan dia supaya orang boleh
tengok dia yang salah, bukan kau. Kalau ye pon kan nak orang
kesiankan kau, better kau diam je weyh, lagi orang sekeliling
akan kesian. Serius !

TAPI, KENAPA KENA MAKI ??

Simple je pada aku, sebab itu bukan cinta, itu hanyalah perasaan
ingin memiliki. Macam budak-budak nak mainan kat shopping
complex, apa yang diorang buat kalau mak ayah diorang tak bagi?
Diorang akan bawak alat mainan tu ke mana saja mereka pergi,
bila parent mereka ambil balik mainan tu dan letak semula kat
tempat asal, budak kecik tu akan berdiri je lama-lama sebelah
rak mainan tu tanpa berganjak, sebagai protes dia nak jugak
mainan tu, kalau parent start pretend macam nak tinggalkan
dia jugak, dia nangis kuat-kuat sampai parent tu finally terpaksa
jugak mengalah dan beli mainan tu. Tapi, bila balik rumah hancur
gak mainan tu. 

Berbanding kalau kakak tengah berebut mainan dengan adiknya,
akhirnya, si kakak akan mengalah dan bagi dekat adiknya tapi
dengan nasihat, adiknya akan jaga baik-baik mainan tu. See the
differences? Budak-budak kecik tu mewakili perasaan ingin
memiliki, seboleh-boleh nak jugak apa yang dia nakkan. Dan,
kes kakak pula umpama perasaan cinta, aku tak cakap pasal
puppy love but this is about real love, true love, yang mana dia
sanggup memberikan haknya kepada orang lain asalkan dia
bahagia. Nampak tak? (-_-')

So, kenapa kau maki?

Sebab kau malu orang sekeliling akan mengata
kau. Yelah before ni kan kau dah cakap yang dia baik macam malaikat,
tapi sekarang ni terputus pulak di tengah jalan. Kenalah pretend kau yang
macam innocent dan supaya orang akan put all the blame on him.

Reaksi Orang Yang Betul-Betul
Sayangkan Pasangannya ?

Kalau nak tahu dia ni ikhlas ke tak dengan korang, bila hubungan
dilanda masalah or terputus, dia tak akan menceritakan keburukan
korang kepada orang lain, dia tak akan cerita kat orang yang hubungan
dia sedang dalam masalah atau pun telah berakhir. Dia tetap menyimpan
segala rahsia korang, pada dia biarlah hanya dia dan korang saja yang
tahu cerita yang sebetulnya, tak perlu diceritakan di facebook, tak
perlu dimaki-maki bekas pasangannya pada rakan-rakan, dan tak
perlu dipersoalkan siapa yang salah dan siapa yang betul kerana jauh
dalam hati, dia masih berharap semuanya dapat diperbetulkan dan
dia dapat bersama dengan anda semula, kerana dia percayakan
jodoh. :) Different people, different thought but for me, this is the
true love !

(n_n)
That's all, thank Q for reading this !

Avril Lavinge Always Understand Those Feelings

Asslamualaikum and hi readers. I've stayed alone in my room now.
But it's okay because I have much time to feel the loneliness feeling
well. It is so empty and quite. The feeling is just like you're got a good
news in an isolated places that has nobody there. You can't share it
with anybody, because you're alone. And right now, i'm sitting while
listening to Avril Lavinge song's. Yeah, i'm her die-hard-fan :) Just
few minutes after that, i'm feeling like to share my feelings during i'm
listening to her songs. 
 Talented girl.....
with her different words about this world

Keep Holding On
Have you meet your soulmates? If the answer is YES, please keep
and save each other. Life means trouble, you have to face all the
troubles, so please keep holding on to your partner to raise your
strength. Danger are everywhere, and you've never can trace it so
please, keep holding on to your loved one. World are absolutely
uneasy, in order of that please defend your precious and always
keep holding on together......till the ends




I Miss You
I wish this song will be at KBox new-list-songs so that I can sing it in
my tears :') This song feels really lonely and desolate. It's about how a
girl could stand up alone facing the world, facing the different world after
she had lose her precious man in her life? About how she's gonna live her
life after her precious now we're dead, leaving her alone forever? And the
sad is she's really can't forget on the day that the man gone for ever. It's
the day that change everything ! She's can't get him back, she's can't hear
him or see him anymore seems he's got too far away from her. This song is
about a girl, who really missed her dead man...




Wish You Were Here
Love separated by times and distance. It will get worse when the
memories keep playing on our mind, and we will keep asking and
wondering when? When....it will happen again.....? Then we will
wish the person to be here with us, to accompany us, to comfort
us and telling us that his/her will staying forever. But, there's no
footsteps on the ground, there's no calls or messages to receive.
Hoping that the person will finally come....




Nobody's Home
Having big crisis in home? Problems with parents? Busy parents
doesn't give you any attention at all, not even more for a love. You
are abandoned in your home, and this is not right and you'll try to fix
it. Trying to make everything as usual without heart-feeling, you pretend
to be happy but you're such lie to yourself. You can't be happy. You can't
find your happiness and that's why you need to be stronger than this.
Do not trying to pretend yourself to be happy if you're still crying in the
midnight or even you're in the big crowd. But girl, be strong enough...



Can you see the sincerely of the lyrics?
It is really fit in our life, Avril trying to show that
This Is The Reality !

...and honestly, I don't like a happy love songs,
it's just too much and it's only a dream.
We're can't get love and fall in love easily.
There are too much challenges and only the
realistic could stand for it. And that is what
I've try to stand for....

Monday, 26 December 2011

Today is not a fairytale..but today is my mom's birthday :D

Assalamualaikum and hi readers. Morning Monday !
(yeah i know it's already in the afternoon) :p
and yup today is my beloved mummy's birthday!
This is my mom and I :

but the sad is now i'm at my hostel, doing my assignment,
which means A LOT OF ASSIGNMENTS, so what can
I do just edited our picture together and post it on Facebook,
and mention my little brother to save it and show it to mom.

But it is okay, later i'll go home with a present for her !
(n_n) i love you mom, wait for me ya :)
sayang mama sangat ! <3

Saturday, 24 December 2011

Artwork Aku Paling Buruk Sem Ni !

Assalamualaikum and hi readers. Seems like lamaaaaa giler aku
tak update blog ni kan. Aku tersangatlahhh busy dengan final work
sekarang ni. And tadi aku ada presentation, kitorang kena pilih satu
tajuk dan buat artwork based on tajuk yang kita pilih tu. Ada banyak
tajuk :

Illustration
E-comic
Visual Narration
Corporate Identity
2D Animation
3D Animation
Interface Design
and many mores.....

So, aku pilih Visual Narration dan bawah tajuk tu ada tajuk kecil :

Photography, Photo Manipulation, dan apa lagi entah...
So, oleh kerana aku minat photo manipulation tapi aku
tak berapa nak reti buat, so aku pilih lah photo manipulation.
Dengan harapan aku dapat cabar diri sendiri untuk buat
yang gempak-gempak sikit kan.

Ok, untuk hasilkan photo manipulation ni, aku kena gunakan
gambar-gambar lain daripada internet iaitu :


then, aku edit dalam Psd dan ini lah resultnya
(artwork paling buruk !) :
Okay, ini ialah imagination aku di mana aku imagine salah satu sebab
kenapa cuaca mendung dan hujan. Aku bayangkan matahari, guruh
dan kilat, awan mendung semua boleh dilukis untuk cuaca hari ini.
Dan seperti dalam photo manipulation kat atas tu, highlighter bertindak
sebagai dakwat yang melukis sinaran mentari dan keceriaan tersadai
di tepian pantai. Dan jauh sikit tengah laut tu jugak ada sebatang pensel
warna kuning untuk menceriakan suasana tapi oleh kerana ia patah, 
maka cuaca mendung pada waktu itu. Faham tak imaginasi aku ni? (-_-')




Okay then, hari tu aku pening sebab tak tahu nak shoot handbag yang
mana satu, aku bersetuju dengan Fyfy yang Chanel Hanbag tu sesuai
digunakan untuk photoshoot so aku try lah guna handbag tu. :) Ni masa
shooting manually guna available light je (study lamp) haha :p

Even shoot dalam bilik je pon, kena make sure lighting is perfect !
Then baru lah aku buat photo manipulation untuk advertising handbag
ni :) dan ni lah resultnya :

haha, aku rasa artwork aku yang ni cantik (-_-') perasan sendiri, so kena
lah letak besarrr sikit kan. Okay aku perasan lagi..(-_-') So, aku cuba
letak element2 kemewahan dan sophisticated dalam artwork ni. Dan
harap-harap ianya menjadi~ hehe..

Okay, ke'busy'an aku still belum habis sebab aku belom submit kerja
travel photography lagi~~~~~~~~ (-_-') so, sekarang aku nak tidur
sebab esok kena bangun awal nak ergi travel ke KL (kl je) untuk shooting.
Berusahaaaaaaa !!!! (jerit depan cermin sorang-sorang dan buat-buat
tidur bila roomate terjaga) (u_u)~~~
zzzzzz~~
Goodnight readers....goodnight my sweetheart~~

Tuesday, 20 December 2011

Nak Sentap Dengan Aku ?

Assalamualaikum and hi readers. Lama gila aku tak update blog ni.
Bukak-bukak tadi tengok followers aku dah bertambah, tersenyum
aku. Bukan apa, time aku blogwalking dan bertegur sapa dengan
blogger lain, terasa amat lambatnya followers aku nak bertambah,
(yelah, aku tak guna u follow me, i follow u back) tapi ni tiba-tiba
dah bertambah. Terima kasih kepada yang follow aku, tapi aku nak
mintak maaf sebab belum sempat lagi nak jenguk blog-blog new
followers aku ni, nanti aku cuti aku singgah blog korang ye :)

So, okay, untuk entry kali ni, pernah tak korang ada member yang :

Dia mengata dan mengutuk orang boleh,
tapi orang lain kutuk dia tak boleh pulak !

Ada? Menyampah kan? Orang-orang jenis macam ni kalau
dengan aku, memang jangan harap aku nak sentap lah dengan
apa yang kau cakap, aku direct akan terus sentapkan kau balik,
trust me ! Then ada tak yang :

Cakap ikut sedap rasa,
tak jaga hati dan perasaan orang lain !

Orang macam ni jenis cakap main lepas je tak kisah kot-kot
ada yang terasa atau tersinggung. Memang mulut laser ! Owh
lama tak guna word 'mulut laser' tu lah, haha. So, orang jenis
macam ni kalau berbual dengan aku, dan kau cakap je main
lepas, memang aku pon akan pastikan ayat aku lagi laser 
daripada kau. Apa, kau ingat kau sorang je yang boleh
lancarkan laser kau kat aku ? Aku punya laser kau tak tengok
lagi~~~~

Pssst.......
Satu yang aku tak faham pasal orang-orang yang jenis tak reti
dan jaga hati dan perasaan orang lain ni ialah dia yang akan
sentap lebih-lebih bila ada orang kutuk or mengata dia. (-_-')
Motifff~~~ Engkau kutuk aku depan-depan aku boleh, takkan
aku kutuk engkan depan-depan engkau, nak emo? (O.o')

Dan lagi satu, aku tak suka susahkan diri aku untuk jaga hati
dan perasaan orang yang tak berperasaan :)

Saturday, 17 December 2011

Belum Ada Cakap Tak Suka, Dah Dapat Dia Yang Over

Assalamualaikum and hi readers. Banyak pulak aku update entry
hari ni kan? Takpelah, lepas gian dah lama aku tak menaip, banyak
pulak ideanya ni hah, kerja xsiap lagi nih, Takpe kot...hahaha :p

So, apehal tajuk entry aku berbunyi macam tu?

Korang mesti pernah terjumpa dengan orang yang macam ni :

"Weyh kau ni asyik dengan pakwe kau je.
Tak bosan ke?
kalau aku, boring kau tau.
Dah ah study setempat, 
hari-hari jumpa.
Bosan tau tak !"

Selang beberapa minggu, ditakdirkan beliau berjumpa dengan
Mr. Right nya......

Hari-hari jumpa, hari-hari berdating, handphone tak lepas daripada
tangan, asyik dok berbunyik je, selang 1 jam je mesti call, tu tak kira
gayut tengah malam lagi tu. Study setempat gak tu.....

Tak boring pulak ?
Dulu time kau belum dapat lagi memang lah kau banyak bunyi,
dah dapat kau yang over pulak. Jealous cakap jealous dik oii~~~

Okay tu je, thanx read this entry :) !

Perempuan Dan Kesepian Memang Serasi kan?

Assalamualaikum and hi readers. Kali ni aku nak bercakap mengenai
S.E.P.I

 Suatu perasaan yang sering dialami oleh mereka yang suka
menyendiri dan takde aktiviti atau kegiatan luar, terutamanya
kucing perempuan.

Betul ke??

Tak jugak, sebab ramai je yang hidup kat bandar-bandar besar,
macam kat KL yang still rasa kesepian. Kalau dari segi Islam,
mungkin jiwanya kosong. Tapi, kaalu dari segi fakta pulak,apa
yang menyebabkan mereka ni berasa sepi even tengah berada
di tengah-tengah kesibukan kota or di tengah keramaian manusia?

Ada 3 faktor yang menyebabkan seseorang berasa sepi:

 1. Bebanan kerja yang melampau hingga menimbulkan stress
yang cukup berat. Rasa stress yang berpanjangan membuatkan
mental dan perasaan seseorang semakin kecewa dan sunyi.
(owhh memang pon, sekarang rasa sunyi sebab stress sangat :(  )



 2. Putus cinta. (ini biasa kot) Seseorang itu mula berasa kehilangan
sesuatu yang selama ini dijadikan tempat bermanja dan berkasih.
Setiap kali teringat detik-detik bersama si dia, hati akan rasa sebak
dan sunyinyaaaaa tanpa ada dia di sisi. Kan?



3. Gagal mendapat apa yang diimpikan, contoh tak dapat masuk U,
tak dapat result baik macam yang parent harapkan, so kegagalan
ni mampu membuatkan seseorang itu berasa tersisih. Lebih-lebih
lagi kalau semua orang kat sekeliling lebih berjaya, lagilah rasa
sedih dan tersisih, lalu seseorang itu bertindak menyepikan diri.

Owh btw, aku suka movie Sepi arahan Khabir Bhatia tu.
Ternangis aku tengok cerita tu. Sepi sangat..hehe :)
that's all thank Q for reading this entry ya ! (n_n)

Bila Ibu Bapa Yang Membenarkan........

Assalamualaikum and hi readers. Okay, hari ni aku nak buat entry
yang serius sikit (muka serius) Sekarang ni, kita dihidangkan dengan
baaanyak isu-isu gejala sosial dan jenayah kan? Memang salah
mereka lah, siapa suruh tak jaga diri, or ikut kawan, kan dah jahanam.
Tapi, bila kita tengok lebih dalam lagi, basically apa yang aku
nampak ialah kesilapan itu datangnya daripada pihak ibu bapa
sendiri. Okay, untuk entry ni, aku akan bincangkan tentang
certain ibu bapa yang tidak kisah dan membenarkan. Macam mana?

1. Membenarkan anak-anak mencari hiburan di luar

Sering kali kita dengar, ibu bapa berjaya di luar, berjaya dalam kerjaya,
berjaya naik pangkat dan memegang jawatan tinggi dalam syarikat, ada
saham besar, kereta besar, rumah besar, mereka ada segala-galanya tapi
di rumah, mereka gagal menjadi pembimbing dan teman kepada anak-anak
mereka. Mereka lebih rela 
cancel untuk dinner bersama family, cancel 
plan untuk ambil report card anak-anak, cancel holiday plan yang dah
bertahun dirancang, cancel semua aktiviti dengan family semata-mata
untuk kejar meeting dengan clients untuk dapatkan projek berjuta-juta.
Akhirnya, akibat tidak cukup masa untuk diluangkan kepada anak-anak,
maka not RM1000 sewenang-wenangnya diberikan kepada mereka
yang kadang-kadang baru je berumur belasan tahun. Di sini, walaupun
takde sebarang ayat yang mereka membenarkan, tapi tindakan ibu bapa
itu seolah-olah membenarkan anak-anaknya buat apa saja dengan duit
itu asalkan tidak mengganggu masa kerja plus masa rehat mereka. :)
So, anak-anak terpaksalah pergi melepak dengan mat rempit, melepak
sambil men'drug' kan diri, men'clubbing'kan diri then mabuk dan
check in kat hotel-hotel untuk dapatkan secebis kasih sayang... :)



2. Membenarkan anak-anak berbogel

Siapa tak tahu rancangan Akademi Fantasia, GangStarz, Mentor, Idola
Kecil ? Semua itu mungkin dilihat hanya sebagai satu hiburan, untuk
suka-suka aje. Tapi bila bercakap tentang hiburan, ianya pasti akan
membawa banyak kesan negatif daripada positif. Aku sangat tak faham
macam mana ada 
ibu bapa yang sangat teruja menyokong anaknya ketika
sedang beraksi di atas stage sambil memakai pakaian yang
seksi-meksi dan terdedah sana-sini, 
sedangkan mereka (ibu bapa) menutup aurat. Err...tak malu ke?
Aku tau ibu bapa sangat bersikap supportive, tapi fikir-fikirlah sikit. 
Ibu bapa seolah-olah memberi galakan untuk anak-anaknya berpakaian
seksi, bergelek menari depan orang ramai, bersorak macam orang
kena histeria, dan kalau untung pon jadi artis, akan merosakkan
industri tanah air sendiri watpe? Bila dah kantoi kena tangkap khalwat,
kantoi gambar anak bogel tersebar, baru nak tau malu ke? Baru nak
rasa sedih ke?



3. Membenarkan anak-anak merasai kemewahan pada usia terlalu awal

Kecil-kecil lagi dah belikan anak-anak handphone, yang canggih-canggih
pulak tu, aku dulu nak handphone punyalah susah tau, kena beli sendiri,
budak-budak sekarang pergh mintak kat daddy, nak blackberry...Boom
terus dapat sebijik! Dulu mintak kat parent ayah nak blackberry, dapat
memang dapat lah, dapat blackcurrant (-_-') kann~~ So, aku ada dengar
roomate aku merungut, adik sedara dia yang baru umur 6 tahun dah pandai
nak main Ipad,..so abiz tu mak bapak dia bagi main tak? Roomate aku
jawab bagi lah, sebab tak nak anak dia ketinggalan zaman..................
(-_-')
So, apa pendapat korang? Mak bapak yang exposekan anak-anak
dengan teknologi-teknologi canggih macam tu awal-awal kan, so bila
diorang dah besar umur 8, 9 tahun (besar sangatlah pada kanak-kanak tu)
diorang minatk Iphone sebijik, Ipad sebijik, Blackberry sebijik, haa jangan
nak membebel pulak kat budak tu. Tak ingat ke korang yang dedahkan
mereka dengan gadget-gadget canggih tu dan galakkan budak-budak tu
guna dengan alasan taknak mereka ketinggalan zaman pada usia 6 TAHUN?

So, bila ibu bapa sendiri yang membenarkan......jangan salahkan
anak-anak. Ibu bapa sepatutnya menjadi pembimbing dan pelindung
kepada mereka sejak mereka kecil lagi.

Ingat beri kasih sayang, bukan duit !

Yeah I'm Hot, That's Why Aku Remove Kau !

Assalamualaikum and hi readers. Korang log in facebook dan tengok
kat home news feed. Tengok-tengok ada yang update status macam ni:

"Malam ni shisha jom ?"

"Relax sambil meniup kepulan-kepulan asap..."

"Malam ni Drag on street ladies !"

"Having party at blablabla..."

"Me men and i love men, so what?"

"Babi betul (nama), kau pehal tak puas hati dengan aku ke,
meh ahh turun sini kasi aku hentam muka lu !"

"Owhh my vertical stick really turn on when you smiling at me!"

"titew cedih :(..."
after one minute
"titew ace dier ta chayunk titew ag loorh..."
after one minute
"titew na je mintha putus, tapi titew chayunk dier..."
after one minute
"eeeee....menci, titew ta tau na wat pew ni.......:'("





(-_-')

All these kind of status will get me sick more and more.
I'm hot, yes very hot cause it's so damn annoying so thanx
to the 'unfriend' button. Jangan semakkan kepala otak aku.

Friday, 16 December 2011

Berita Gila Hari Ini : Khawin Lelaki Dan Rogol di Bilik Bedah !

Assalamualaikum and hi readers. Hari ni terkejut-terkejut aku, sebab
dua berita gila ni ! Straight to the point, okay.

Korang kenal Ariff Alfian Rosli? Dia ni seorang lelaki yang gila
babi gempak sebab melangsungkan perkhawinan dekat luar negara,
dekat Dublin weyhhh, mampu ? (O.o')

Nak tau lagi ? Lelaki ini amat menganjing menghormati adat resam
Melayu sebab di kala semua pasangan Melayu di Malaysia ini sibuk
memilih untuk mengenakan dress dan tuxedo semasa berkhawin, lelaki
ini telah mengangkat memalukan martabat Melayu dengan memakai
pakaian lengkap baju Melayu, satu set siap dengan samping dan tanjak !
Bayangkanlah khawin dekat luar negara, pakai pulak baju melayu lengkap
macam tu, confirm2 lah warganegara tau yang lelaki ni bukan berasal
daripada Dublin kan, terang-terang lah lelaki ini Melayu + Islam kan.
Malu tak? Tak ada yang memalukan sebab ok what khawin pakai baju
melayu, kecuali bila lelaki itu.....
Lelaki Melayu, rakyat Malaysia dan
beragama Islam, buat majlis besar-besaran dekat Dublin dan sebar pulak
gambar-gambar perkhawinan dia dekat internet yang menyebabkan semua
rakyat Malaysia, Melayu dan beragama Islam dari seluruh dunia malu dengan
kejahilan lelaki ini !

YES, He's a gay, and YES, he already married his man !
Nak tau lebih lanjut pasal ni, sila klik Ariff Khawin Lelaki Di Dublin ?
ada gambar diorang 'bermesra' tapi aku geli nak cemarkan blog aku ni.
Tak habis lagi aku terkejut dengan berita si Ariff ni, aku tergamam pulak
dengan kejadian rogol di sebuah hospital swasta di Malaysia !
Seorang doktor bertindak mencium, meraba dan merogol pesakitnya
yang tidak sedarkan diri selepas diberi suntikan bius di ruang bilik bedah.
Hospital swasta okay, sebelum ni aku rasa better pergi hospital swasta
sebab management diorang selalunya bagus, tak macam hospital kerajaan
sebab mostly nurse dia kurang ajar, berlagak + sombong dan tak berbudi
bahasa. These based on my experience okayy. So, bila jadi kes macam ni
aku jadi takut dan risau. Bayangkan lau kalau doktor tu sepatutnya bedah
pesakit tu on that time jugak before terlambat, let's say kalau lambat mungkin
wanita tu mati ke apa, then doktor sial tu boleh pulak bius dan rogol pulak
wanita tu? Tak ke macam.........wanita itu dibunuh? Nyawa dia sikit lagi
nak habis, harapan untuk selamat dan sembuh terletak pada operation itu
tapi kena rogol....eyyyy macam sial !!
(sumber daripada rakaman CCTV operation room hospital itu sendiri)

So, how? Terkejut ??

DILARANG ping link korang kat ruang komen aku

Assalamualaikum and hi readers.
Before ni aku rasa dah ramai yang buat tajuk pasal blogger yang mengejar
follower kan? Termasuklah aku. Ni masuk kali ketiga aku buat entry pasal ni.
Sebab apa, bila aku ping je entry aku, kat bahagian komen akan dikomen.
Automatik naik notification kan. Excited nak tengok komen apa lah agaknya tu,
kita akan mengharap komen yang dibagi tu berkaitan dengan entry kita kan. Then
bila bukak je tengok komen :

"(bagi link diorang), follow my blog okay, like fanpage sekali,
komen dan sebagainya"

Owhh What the fUCK Fish & Chips ??

Aku tau lah kalau korang follower baru, nak orang support tapi bukan macam tu
caranya, bukan sekadar promotion macam tu. Atlist hargai apa yang orang tu
tulis, aku rasa kalau korang komen something yang relate dengan entry dorang
tu, lagi dorang senang nak start conversation dengan korang, diorang sendiri yang
mungkin minatk link anda tanpa anda perlu bertindak phathetic dengan ping your
link dekat semua ruang komen orang. Ni aku bagi tips ni, sebab dulu aku buat
macam ni, Alhamdulillah selain dapat tambah followers, korang akan ada loyal
readers yang baca setiap entry korang, bukan setakat follow je. lepas tu harraam
tak singgah lagi.. :)

Aku saja buat tajuk camni, nak tengok ada gak tak yang tegar jugak ping link
dorang kat komen aku jap g. Ada yang marah ke? It's okay, korang boleh pergi
blog lain sebab aku menulis bukan untuk sedapkan hati sesiapa or gembirakan
hidup orang, tapi aku menulis apa yang aku nampak dan rasa.
That's all thank Q for reading this entry :)

Thursday, 15 December 2011

Lagu Menangis

Assalamualaikum and hi readers. Korang nak tau tak, aku ni jenis yang
senang sangat menangis masa dengar lagu. Lagu yang sedih-sedih lah,
takkan dengar lagu Lady Gaga boleh menangis kan. Lagu yang paling
buat aku menangis setiap kali aku dengar ialah lagu Hijjaz yang tajuk

'Kau Sahabat Kau Teman Sejati'

Owh serius lagu tu sangat sedihhh.
Sampai sekarang kalau aku dengar lagu tu, still bergenang air mata ni.
Sangat sedih, aku terbayang kalau aku hilang teman yang merangkap
soulmate aku untuk selamanya. Aku tak mintak yang buruk-buruk, tak
pernah sekalipun, tapi kita manusia dan kita tahu yang hidup tetap akan
pergi, so aku kena bersedia. Sebab itu, bila dengar lagu ni, kadang2
boleh mencurah jugak air mata aku. Hehe..

Dan sekarang ni, lagu baru yang buat aku menangis tiap kali aku dengar
ialah OST Ombak Rindu nyanyian Hafiz dengan Adira tu. Aku tak tahu
kenapa, mungkin sebab aku tertarik dengan lirik pertama dia yang berbunyi'

"Tuhan Tolong, lembutkan hati dia...untuk terimaku seadanya"

sangat bermakna buat aku kot. Yup, aku ni perempuan biasa je, aku
nampak je kasar, tapi hati aku sama je macam perempuan lain, lembut.
Sikit je kalau dia tegur pasal kelemahan aku, aku akan sedih, terus down.
Memang tak nampak tapi, entahlah korang pon maybe pernah rasa kan,
perasaan bila korang dah berusaha tapi still tak boleh ubah, dan kelemahan
tu terus diungkit sampai lah sekarang. Sedih kan? Sebab tu lagu ni boleh
buat aku menangis kot. Hehe..

Korang ada tak lagu yang boleh buat korang rasa sebak or rasa nak
menangis? Jom share kat komen :) Thank You (n_n)
Jangan sedih-sedih okay.

Wednesday, 14 December 2011

Berani Dia Reject Aku ??!

Assalamualaikum and hi readers. Korang pernah tak kena reject
dengan orang yang korang minat? Pernah tak? Pernah takkk? It's
okay, mengaku je lah kalau pernah, i'm not gonna call you with L
words. Hari ni aku bengang gila bila seseorang telah merejeck aku
dengan kejamnya ! Arghhhh !

Kalau korang pernah mengalami situasi begini, pasti korang tahukan
betapa hancur dan luluhnya hati dan perasaan korang. Macam tu lah
yang aku rasa. Macam-macam kot aku buat semata-mata nak menawan
akal dan fikiran dia supaya dia bersetuju dengan aku.Tapi, akhirnya tadi,
tepat pada jam berapa entah, setelah aku bertungkus-lumus berusaha
menawan hati, akal dan mindanya, semuanya gagal ! Semuanya musnah !
Segala-galanya hancur bila semua itu tak dihargai, aku telah direject
tanpa sepatah bicara. Sedih kan?

Macam tu lah perasaan aku bila artwork aku telah direject oleh lecturer
aku tadi :p Aku rasa semua graphic student akan berasa sangat-sangat
menderita bila artwork diorang kena reject, termasuklah aku. Aku rasa
perasaan kena reject artwork tu maybe lagi sakit dan lagi tragik daripada
cinta yang kena reject. Ehh, betul ke?? Entah, aku tak pernah lah rasa cinta
aku kena reject. Bukan sebab semua cinta aku diterima, tetapi kerana aku
tak pernah nak luahkan perasaan aku sebarangan, so tak lah kena reject kan :p

Hmm, explain panjang korang maybe bukan faham pon kan, so nak
tengok design aku yang dah kena reject tu? group kitorang buat event
SARAWAK REGATTA,
kami kena rebranding event itu daripada event water sport kepada event
yang terkenal dengan culture orang Sarawak.

Ni research aku secara overall tentang masyarakat Sarawak :

From the research, I can conclude that :
From that, I've finally came out with this new corporate identity design
for Sarawak Regatta :


Sedih tau bila kena reject, before ni memang dah lali dah kena reject
idea bagai, setiap kali tu lah sedih. Haha..dan sekarang ni, aku tengah blur
nak buat apa untuk kerja environmental graphic esok. (-_-') Okay itu je,
thanx for reading this nonsense entry. :p


Tuesday, 13 December 2011

Remember

Assalamualaikum and hi readers.
Pernah baca komik ni ?



Tajuk : Remember
Karya : Benjamin
 Mengisahkan hidup seorang pelukis komik yang sangat ego dan
hanya fikirkan tentang komiknya. Sehinggakan akhirnya dia kehilangan
gadis yang begitu mencintainya, kerana dia baru tersedar yang selama ini,
gadis itulah yang berada di sampingnya untuk mengemas rumahnya, untuk
teman dia buat kerja siang dan malam, namun semuanya dah terlambat bila
pelukis komik itu tersedar. Gadis itu telah nekad meninggalkannya setelah
bertahun-tahun lamanya cuba mendekati pelukis komik itu. Kini, gadis itu
telah berkhawin dan pelukis komik itu masih sendiri di dalam rumahnya yang
bersepah, mengenang setiap detik tentang gadis itu.




So, bercakap pasal Remember, apa yag terus terlintas atau
ter'flash back' kat otak korang?








Teringat tak yang korang pernah bagi harapan kat orang, then
lepas tu korang hampakan orang tu?

Or maybe korang yang dikecewakan, sampai berbulan-bulan
korang merana, ingat tak?







Betul ke manusia ni akan lebih mengingat sesuatu perkara yang
buruk dan sedih daripada mengingat perkara-perkara gembira
yang pernah berlaku dalam hidup mereka?










Remember. Bila ada  kenangan dan memori, barulah berlaku proses
mengingati ini. Ingatan terhadap ibu bapa, keluarga, kekasih dan rakan-rakan.
Bersediakah korang andainya ingatan itu dihilangkan dan menyebabkan
korang seperti tidak pernah mengenali mereka langsung?









Atau mungkin bukan anda yang kehilangan memori ini, tetapi mereka.
Dan anda bersusah-payah cuba mengingatkan mereka, siapa mereka?
siapa anda? Berapa lama korang telah berkawan atau berkasih?
Apa yang telah dilakukan bersama sebelum ini? Korang cuba segala-galanya
tapi keadaan masih tetap sama, mereka masih gagal mengenali atau mengingati
siapa anda...











"Remember"
The most important process to appreciate someone that you know
:)



Nostalgia Budak Hostel : Permainan Secret Admirer

Assalamualaikum and hi readrers. Pernah tak main permainan

Secret Admirer ?

Kepada yang tak pernah main atau tak pernah tahu langsung wujudnya
permainan ini, sila teruskan bacaan korang okay sebab permainan ini
sangat menarik dan sangat berkesan untuk korang saling mengenali dan
merapatkan hubungan silaturahim antara korang dengan rakan-rakan.

Berapa ramai diperlukan ?
Lagi ramai lagi seronok ! Sebab ini permainan beramai-ramai.

Tempoh masa ?
Masa untuk permainan ini berlaku korang boleh tetapkan sendiri,
paling okay aku rasa 1 - 2 bulan.

Syarat-syarat Bermain ? 
Dalam permainan ini, terdapat 2 'majlis' besar iaitu cabut undi
untuk siapa yang anda minat dan 'majlis pengkantoian' atau pun
Majlis Declaration

'Majlis Cabut Undi'

1. Berkumpul dengan mereka yang nak join game ni
2. Pilih sepasang nama gelaran, contohnya : 
Romeo & Juliet
Nobita & Sizuka
Coklat & Strawberry

(nama yang first adalah yang menjadi Secret Admirer, manakala
nama yang akhir adalah orang yang diminati. Contohnya : 
Coklat : Gelaran untuk si Secret Admirer,
Strawberry : Gelaran untuk yang diminati)

2. Tulis nama semua peserta dan masukkan dalam bekas untuk dicabut undi.
3. Semua peserta wajib mencabut undi dan ada warning kat sini :

- JANGAN bagitau nama yang anda dapat kepada sesiapa pun dalam
kalangan peserta
- Kalau nama yang anda dapat tu, kawan baik anda sendiri, haruslah
pandai cover muka supaya kawan baik anda takkan dapat syak
anda adalah secret admirer dia.

4. Permainan bermula selepas undian selesai dilakukan dan tamat pada
tarikh yang ditentukan.

Kena buat apa dalam tempoh masa permainan ?

- Secret Admirer (Coklat) akan berhubung dengan orang yang dia dapat
(strawberry) melalui surat, hadiah dan sebagainya TANPA
membenarkan dia syak siapa Secret Admirernya.
 (korang boleh lantik kawan-kawan lain yang tak join game ni dan yang
boleh dipercayai untuk jadi posmen korang bagi pesanan kat Strawberry
korang)

- Secret Admirer (Coklat) dan Strawberry-nya akan berhubung macam tu
selama temph masa yang diberikan. Kekerapan berhubung terpulang pada
masing-masing. 

Majlis Declaration /
PengKantoian Secret Admirer

- Semua peserta akan berkumpul lagi sekali dengan membawa
dua hadiah : 1 untuk secret admirernya, 1 lagi untuk Strawberrynya.

- Terpulang pada korang macam mana nak start kantoikan tu, 
yang penting masa majlis pengkantoian ni, semua peserta tahu siapa
secret admirernya, dan bagitau nama siapa yang dia dapat masa cabut
undi dulu (strawberry) tu.

Okay, faham tak? Harap-harap faham lah ye, thank Q for read this
entry. (n_n)

Nostalgia Karangan Aku Sepasang Kasut

Assalamualaikum and hi readers. Haa, siapa dulu suka pilih tajuk
ni masa jawab paper Bahasa Melayu dulu angkat jari-jemari korang?
Hehe, tajuk karangan Aku Sepasang Kasut ni aku rasa sangat
nostalgia sebab hampir semua yang aku tanya pernah buat karangan
pasal ni, termasuklah aku. Hehehe...

Permulaan cerita mesti nak bagitau macam mana kita dihasilkan, 
kat kilang mana, masuk kotak itu, kotak ini last-last sampai lah kat
kedai kasut. Yelah, kita kan tengah imagine kita jadi kasut kan. Tapi,
selalu kalau aku buat karangan pasal kasut ni, yang terbayang kat otak
aku hanyalah kasut sekolah (-_-'). Ala yang warna putih tu~~~


Yelah, masa tu kan kanak-kanak lagi, jadi aku belum lagi mengenali
high heels atau pon sneakers apatah lagi wedges. Wedges KFC pon
tak reti sebut lagi (-_-')

So, mula-mula cerita dah ada sedih sikit sebab apa? Sebab orang ramai
datang kedai tapi tak pilih kita pon, tak beli kita pon. Yelah, sapa je lah
kita ni, kasut sekolah je~~ Akan timbul rasa jealous dengan rakan-rakan
kasut kita yang dibuat daripada emas ke apa entah, dapat duduk dalam
balang kaca, kita duduk dekat rak je.. Haha sadis gila cerita. :D

(cantik kan heels nih !)

Lepas tu, datanglah seseorang ke kedai tu yang membawa sinar harapan
dan kegembiraan kepada kita sebab dia membeli kita dan bawa kita balik
ke rumah. Mestilah gembira, kita dapat tuan kot. Kita kan kasut (-_-')
Hari-hari kita dipakai. Then, akan ada ayat-ayat pujian kepada tuan kita
tu,dia sayang kita lah, jaga kita baik-baik lah sebab dia selalu bersihkan
dan cuci kita tiap-tiap minggu. Hehehe...

Tapi, aku hanyalah sepasang kasut. Sampai masa aku akan buruk, dan
koyak, tuan aku pon beli kasut baru. Nak lagi menyayat hati, tulis lah
kita dibuang dan hanyut dalam longkang. Begitulah nasib sepasang kasut.
Hahaha, tak caye pergi carik balik karangan korang then baca. Cliche
je kan, yelah cikgu ajar. Hehehe :p

Ada lagi tak soalan karangan tajuk Aku Sepasang Kasut sekarang ni ea?
Manalah tahu kot2 zaman dah berubah ni, tajuk soalan karangan pon jadi :

Aku Sebuah Iphone...............
Aku Sebuah Macbook..............
Aku Sebuah Ipad............

(-_-') kan?

Monday, 12 December 2011

Coklat Adalah Pe'Release' Tension Yang Terbaik Dari Ladang !

Assalamualaikum and hi readers. Hah, seharian aku buat kerja
hari ini. Rasa dah macam lifeless dah duk kat meja, ngadap laptop
je. Haish, tapi okay lah lifeless sekarang daripada lifeless pada
masa akan datang kan. Susah-susah dulu, senang-senang kemudian~

Hahhhh tapi aku bukan lah robot yang boleh concentrate buat
kerja sampai berjam-jam, stress woO ! Nak2 kalau tengah takde
idea, boleh koma otak aku ni.(-_-') Hadoi, nasib baik tadi idea
cepat je datang, alhamdulillah lah,tapi sadis betul sebab tengah aku
dok design tu, tiba-tiba entah macam mana aku tertarik laptop aku
ke depan sikit, wayar charger tercabut dan..................O.O'







......................



Okay fine, aku tak sempat save kerja2 aku tadi. Laptop aku
termati. Bateri aku memang dah lama rosak, nak beli mahal, so
memang kena lah guna charger 24/7. So, dengan tabah aku on 
laptop kesayangan aku tu dan design laaa semula. Kesian aku~

So, aku siap kerja aku dalam jam 9 tadi, itu pon lama sebab ada
tertidur kejap, (-_-'), lunch, solat, dan bergolek-golek kat koridor
dengan harapan dapat idea....xpercaya? Bagus sebab aku memang
tak tergamak pon buat cam tu. (-_-')

 So, malam ni aku beli coklat banyak-banyak banyak untuk relaxkan
sikit otak dan minda aku ni. Serius woO aku sangat suka makan
coklat masa aku stress atau pon penat. Aku akan rasa lebih relax,
relax dan relax (-_-') 

Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang.
Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat,
15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan
oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi
golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g)
menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam
sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan
gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai
pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesteol kerana lemak koko
mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan
paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan
neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina
yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan
membantu meningkatkan daya ingatan.
 Nak
Nak tengok tak coklat yang aku beli tu? Ni dia, homemade tau~~~~
Sedap ! (n_n)

Comel kan? Ada muka-muka~~ (n_n)

Ni nak bagi my sweetheart esok (n_n)

Okay itu je,thanx for read this entry. :)





Sunday, 11 December 2011

Jom Buat Hadiah Kreatif Untuk Yg Tersayang :D

Assalamualaikum and hi readers. Okay, I wanna teach you on how
to make a little surprise for your special boyfriend or girlfriend by
using small budget only ! :D Let's see how am I doing this :

1. U need a pieces of polysterine (sorry don't know how to
spell) or formboard

2. Then cut it into cute heart-shape like this

3. Tied the heart-shape on the top with thread, i use white colour
of thread so that it doesn't look contrast with the formboard.

4. Cut another pieces of formboard, until you get it like this :

5. Tied the heart-shape on the middle of the 'frame' gently like this:

 and for the final finishing, you can added any pattern or motives
to make it more interesting. But, don't make it too fancy or too
cute because most of men/boy refuse cute thing !I've choose
white and simple for it :)


It is easy right? So, what are you waiting anymore, grab some
chances to attrack his or her heart without big money,
and you can show your creativity too. :)
That's all thank you, for those yang dah try buat sweet-craft ni
digalakkan meninggalkan komen kat sini, boleh share creativity
kan?