Sunday, 11 March 2012

Bercakap dengan budak kecik


Assalamualaikum and hi readers. Korang mesti pernah
layan budak-budak kecik kan? Bersembang dengan mereka
ni kadang-kadang boleh buat aku gelak guling-guling. Hihihi
(n_n) Seronok betul !

 

Budak kecik pertama : Iman


Iman : kak Lyn, jom tolong Iman kalerkan buku ni...

Aku : Ha meh sini.....

Kitorang pun kaler lah page tu, ada gambar dua ekor
kucing tengah duduk. Aku amek pensel warna oren,
nak warnakan kucing tu. Tiba-tiba,

Iman : Eh..tak leh..tak leh...nah....

Dia bagi warna biru, suruh aku warnakan kucing tu warna
biru.

Aku : Iman, mana ada kucing warna biru...

Iman : Takpe, takpe colour je...cikgu Iman cakap ada
kucing warna biru...
(muka confident)

------------------------------------------------------------------


Budak kecik kedua : Pikah


Masa tu aku tengah ajar budak ni mengeja.

Aku : B..a...ba

Pikah : B...a...ba

Aku : S...i....si

Pikah : S...i...si

Aku : K...a....l..... kal

Pikah : K....a....l.....kal

Aku : Baaa...siiii....kaaal....

Pikah : Baaa ....bisss......kaal..

Aku : Apa babiskal pulak bunyinye pikah, haha lagi sekali...

Second time, bunyinye tetap babiskal...
Third time, pun bunyinye babiskal....

Last-last dia sound aku,

"alaa, susah lah...dah lah kita nak pergi main basikal lah..."

(-_-') Boleh pulak sebut, hadoi~~
Babiskal sungguh ! :p


-----------------------------------------------------------------


Budak kecik ketiga : Rina (adik pikah)


Hah, budak ni memang suka menyanyi. Satu hari tu dia suruh
sedara aku bukak lagu Tinggal Kenangan nyanyian Caramel
(Saleem pon ada bawak gak lagu ni)

Nak dengar sila klik Sini

Sampai past korus, lirik sebenarnya berbunyi macam ni :

Jauh kau pergi~
Meninggalkan diriku~
Di sini aku~
Merindukan dirimu~
Kini ku cuba mencari penggantimu~
Namun, tak lagi..kan seperti
dirimu~
Oh kekasih~~~

(sedap kan, tapi Rina nyanyi)

 
Jauh kau pergi~
Meninggalkan diriku~
Di sini aku~
Merindukan dirimu~
Kini ku cuba mencari penggantimu~
Namun, tak lagi..kan seperti
dirimu~
Oh gergasi~~~

 -----------------------------------------------------------

 Ada banyak lagi, tapi aku dah lupa :p
 

6 comments:

  1. Gergasi..? ohohohoho! aku gelak guling2 :)

    comel2 belaka bebudak tu!! udah besar nanti mesti cantik semuanya :)

    My dotter pong suka lagu caramel/salem tu. Dulu tiap pagi on the way gi taska kami se-geng nyanyi lagu tu sesama hehehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha, parent cantik, anak2nye pon cantik2 semua, hihi..wahh bagus2, lagu ni mmg diminati kanak-kanak ke? hahaha :p

    ReplyDelete
  3. Memang seronok lyn budak kan.
    Innocent + naive = dorang sgt comel. ^^

    ReplyDelete
  4. haha comel dak2 tu..mmg boleh gelak guling2 kalau layan diorang =)

    ReplyDelete
  5. melayan kerenah diorang yg mcm2 ragam..hehe...comel

    ReplyDelete
  6. kechikuma : yes, naive ! right word for children ! haha :D

    Iqa : haha kann :D

    Zaza : hihik tawuu xpe ! (n_n)

    ReplyDelete