Hai korang...(n_n)
Korang ingat tak masa kita kecik-kecik dulu?
Kita suka main masak-masak, main doktor-doktor,
main cikgu-cikgu, main jual-jual, main nyanyi-nyanyi...
Seronok tak?
Masa tu main dengan ramai kawan !
Meriah sangat kan?
Hihi (n_n)
Tapi, budak-budak sekarang tak sempat nak main semua tu.
Tengok je lah kalau kita balik kampung masa hari raya,
anak-anak dan adik-adik sedara kita yang kecik-kecik tu,
dah pandai main game Angry Bird~ aku ni pon tak pernah
main lagi game tu (ok, kesian)
...............................................................................................................
Dulu, kalau dapat balik kampung masa sedara-mara balik
jugak, rasa seronok sangat. Macam-macam benda nak main.
Paling selalu ialah main doktor-doktor. Korang pernah main?
Main doktor-doktor sangat best. Dulu kalau aku mai, aku mesti
nak jadi nurse yang selalu jaga kat kaunter. Sebab dapat bagi ubat
dan akan cakap...
"haa ubat ni kamu kena makan 3 kali sehari...yang ni
pulak macam ni macam tu dan bla bla bla..."
sambil menyerahkan daun-daun dan bunga yang konon-kononnya
ubat.
Kecoh gila masa nak tentukan orang tu sakit apa, orang
ni sakit apa..tak boleh sama ! Masa tu kalau siapa yang
sakit dia sama, rasa macam harammm sangat (-_-')
Owh btw, masa kitorang main dulu, siap ada pesakit yang
nak bersalin tau. Gempak kan? Then bila dah bersalin, akan
ada sorang lagi yang konon-konon jadi baby...baby sama
besar dengan mak dia je pon, tapi masa tu semuanya okay !
hahaha >_<
-------------------------------------------------------------------
Main nyanyi-nyanyi, ni pon aku suka. Dulu, kat rumah nenek aku
tangga belah depan dia nampak macam 'grand'. Jadi, amat lahh
sesuai dijadikan stage untuk kami si bintang-bintang kecil yang tak
cukup popular ni menyanyi. Hahaha....
Siap ada pengacara okay~~ dan selalunya kalau main nyanyi2 ni
aku mesti nak jadi penyanyi gak, tak nak jadi pengacara. Haha~
untuk memalukan diri sendiri, aku bagitau jugaklah lagu apa yang
aku nyanyi masa kecik-kecik dulu....err
Lagu siti nurhalija kot~~~~ kahkahkah >_<
Macam haram aku duk atas tangga batu tu sambil pegang batang
kayu yang dirembat dari pokok bunga kertas nenek aku untuk
dijadikan mic.Hihihi :p
--------------------------------------------------------------------
Okay,ni lagi satu feveret aku. Main mengembara-mengembara !!
Korang tau je lah kat kampung tu kan rumahnya sebijik-sebijik,
tanah halaman pulak luas, lagi berbukit-bukau, ada pokok-pokok
renek dan sebagainya.
Maka, aku dan sedara-mara aku akan packing barang-barang
seperti daun, bunga, daun, bunga daun dan bunga lagi ke dalam
beg sebagai persiapan untuk mengembara ke sekeliling rumah
nenek ! Yeaaayyyy !! >_<
Semasa mengembara, owhh sangatlah mencabar. Sebab kami
masa tu kecik dan pendek lagi, maka longkang yang kecik pon
rasa macam sungai yang besar dan ada buaya !
Sungguh mengerikan~
Tapi, semangat kami yang tak pernah luntur, meneruskan
perjalanan hinggalah kami jumpa satu tempat yang sesuai untuk
tidur iaitu di tangga nenek aku yang 'grand' tadi tu. Huhuhu~
Kena selitkan peristiwa-peristiwa seram contohnya, masa
tengah tidur tu ada sorang yang mengigau ataupun sorang
menjerit sebab nampak hantu. Hahahaha !
Owh ye, permainan mengembara ni di main pada waktu
tengah hari buta (-_-')
------------------------------------------------------------------------
Nak lagi? takut korang boring je baca. Okay lah ada banyak
lagi, tapi aku cerita lagi satu ni je. Main buat rumah !
Dulu rumah-rumah kampung biasanya belum guna kerusi
sofa, mereka guna kerusi kayu yang guna kusyen yang bentuk
4 segi tu. So, ada banyaaaaaak kusyen kan. Hehehe !
Masa untuk menyepahkan rumah nenek aku lagi !! >_<
Cop 4, 5, 6 kusyen then dirikan jadi bentuk kotak, kalau nak
lebih luas lagi, haaa amek semua kusyen yang ada, berebutlahh
kau dengan sedara-sedara ketot yang lain. Hahaha
Untuk hias kusyen tu pulak, kita guna tudung bawal sape-sape
punya lah tak kira, then pin kan kat kusyen yang kita jadikan
sebagai pintu masuk ke 'rumah' kita tu. Best !!! Sekali main
ajak 2, 3 orang sedara, lepas dah siap semua, kita robohkan
pulak rumah orang lain, yaaaa maka jadi huru-hara lah kat
ruang tamu dan lepas tu akan dengar suara emak-emak kami
menjerit suruh diam !
Hahahaha.....sungguh best memori aku masa kecik dulu.
Korang ada?? (n_@)
BTW, terima kasih lah kepada rumah nenek aku yang sangat
'grand' sebagai tempat kami bermain. Hihihihi
okay guys, terima kasih ye sudi baca (n_n)
yela damya..zaza pun..main dktr2,masak,mcm2 zaman kecik.main masak2 pula guna api betul..hehe..cilok mancis ayh..zmn skg budak2 xdh..semua main game hp xpun kmputer..
ReplyDeletezaza : hihi comel kann kita mase kecik2 dulu (n_n) haha tau xpe, diorg pyne phone pun lg canggih dari haku..hadoi~~ jellybies betul :p
ReplyDeleteaduh.. manisnya!
ReplyDeleteaku pernah main semua tu! masak2? doktor2? kawin2? mengembara? siap ada mak tiri lagi. kena dera mak tiri pastu kami gi membawa diri dgn rakit(tilam sebenarnya) pastu ada ribut taufan. ada ikan jerung lagi wahahaha.. sonoknya! Terima kasih dgn n3 sweet ini. aku rasa mcm dah balik ke 'masa' itu seketika..
nong andy : haha besttttnye kannn !!! hihi lawaknye siap ade mak tiri, haha...seronoknye dulu2, haha (n_n)
ReplyDeletekanak2 imaginasi die mmg dasat...dlu maen ank ptung kertas.[astu tuka2 baju die..bestt plak maen cenggitu.xyah bli patung barbie.
ReplyDeleteSarah : hahaha haaa maen benda alah tu pon best tauu dulu, senang je dan murah gila bbanding barbie..actually xpenah pon maen barbie mse kecik dulu, haha :p
ReplyDeletemai jual-jual paling saya suka dulu..hii jantung pisang boleh jadikan sotong dengan udang..hii
ReplyDelete