Friday, 25 January 2013

Kisah Perjalanan Islam Lauren Booth #2

Bersambung daripada Bahagian #1

Lawatan Lauren Booth ke Gaza benar-benar memikat hatinya untuk terus tinggal
lebih lama bersama orang-orang Islam di sana. Tiga hari yang dirancang dirasakan
terlalu sekejap, dan akhirnya Lauren membuat keputusan untuk tinggal selama
beberapa hari di sana, walaupun beliau mempunyai dua orang anak di Perancis
yang padanya lagi penting daripada orang-orang islam di Gaza. Tetapi, dia pun
tak tahu, kenapa dan bagaimana hatinya terdetik untuk buat begitu.

Lauren mengambil masa selama 30 hari untuk meninggalkan Gaza, berikutan beliau
ditahan oleh pihak israel yang tidak membenarkan beliau keluar daripada Gaza,
melalui Mesir. Beliau terperangkap, tetapi sebenarnya, itu merupakan pembuka jalan
daripada Allah untuk Lauren menghayati lebih banyak tentang keindahan Islam,
daripada orang-orang Islam di sana.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Menurut Lauren, selama 30 hari di sana. Banyak penghayatan tentang Islam yang
beliau perolehi. Lebih-lebih lagi, ia pada bulan Ramadhan. Beliau masih ingat, 
kejadian yang berlaku pada suatu hari dalam tempoh itu.

Beliau dijemput masuk ke dalam rumah seorang wanita tua yang miskin. Apabila
Lauren masuk, ternyata rumah itu kelihatannya sangat daif, tiada perabot atau apa-apa
yang berharga, memang hanya tempat untuk berlindung semata-mata. Lauren yang
merasakan Tuhan orang Islam menyusahkan orang-orang Islam dengan berpuasa
kemudiannya bertanya wanita tua itu,

"Kenapa kamu berpuasa, adakah Tuhan kamu sengaja membuatkan kamu lapar dan
dahaga?"

dan wanita tua itu menjawab'

"Saya berpuasa kerana ingin merasakan kesusahan orang-orang yang miskin..."

dan ketika itu, Lauren berasa sungguh tersentuh dengan jawapan wanita tu itu.
Pada pandangan Lauren, wanita tua itu sudah cukup miskin baginya, tetapi dia
tetap bersyukur kepada Allah, selalu saja menyebut 

'Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah....'

sehingga wanita tua itu tidak sedar bahawa dia sendiri juga sebenarnya miskin.
Lauren cukup mengingati kisah itu dan beliau mula melihat apa sebenarnya Islam.


                                       * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Namun, Allah menggelar manusia ini sebagai 'insan' (lupa), apabila Lauren kembali ke
London, namun Allah tidak melupakan Lauren begitu sahaja, dan beliau sangat beruntung
kerana telah memperoleh hidayah dan petunjuk Allah SWT.

Hari demi hari berjalan seperti biasa, dan suatu hari Lauren telah masuk ke dalam masjid,
beliau duduk di dalamnya, dan ketika itu, hanya Tuhan yang tahu betapa tenang dan
indahnya rasa yang menyelubungi dirinya ketka itu. Suatu ketenangan yang tidak pernah
dirasakannya ketika itu. Dan apa yang Lauren pasti adalah, Islam adalah sesuatu yang
benar.

Islam adalah agama yang benar !

Dan, kali kedua beliau masuk ke dalam masjid adalah ketika dia masuk untuk memeluk
Islam, masuk untuk mengucapkan syahadahnya. Dan dari situ, anak-anaknya juga turut
memeluk islam. Dan ketika ditemubual itu, beliau berkata sambil tersenyum, 

'Ini Ramadhan saya buat kali kedua.." :)

                                            * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Itulah kisah Lauren Booth, seorang wartawan penyiaraan Britain yang dahulunya
sentiasa menyediakan cerita-cerita yang lebih menyifatkan Islam itu adalah terrorist,
kini Alhamdulillah, telah memeluk Islam, dan ternyata pengislamannya itu membuktikan
bahawa Islam bukan lah seperti yang beliau dan sebilangan besar masyarakat dunia
bayangkan.

Islam itu indah, islam perlu dihayati. Semoga ramai lagi yang akan dibukakan pintu
hatinya oleh Allah swt untuk memeluk Islam. Amin~~


Sumber : Rancangan 'Lauren Booth - My Journey to Islam' di TV9


No comments:

Post a Comment