Happy Three Friends

Miss Money

Thursday, 24 January 2013

Kisah Perjalanan Islam Lauren Booth #1

Siapa tak kenal Lauren Booth ni? Beliau ialah adik ipar kepada Tony Blair dan merupakan
seorang wartawan peyiaran Britain yang terkenal kerana telah mengejutkan satu dunia
apabila beliau akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan agama Kristian dan
memeluk Islam.

Mungkin semua tertanya-tanya, bagaimana dan apakah yang membuatkan beliau nekad
untuk memeluk Islam. Apa yang menjadi pembuka pintu hatinya untuk memeluk Islam? :)

"Lauren Booth - My Journey to Islam"

(Teruskan pembacaan untuk mengetahui siapa beliau dan bagaimana beliau dibukakan
pintu hati untuk memeluk Islam)

Lauren Booth


Kisah ini bermula pada awal tahun 20-an. Masa tu beliau bekerja sebagai wartawan
penyiaran untuk sebuah akhbar terkenal di Britain. Menurut Lauren, usia remajanya
membuatkan beliau semakin lupa tentang Tuhan. Rasa macam tak relevan untuk
percaya. Tambahan pula, ketika remaja, beliau seorang yang cantik dan berbakat,
jadi beliau agak lupa diri.

Tetapi, semuanya berubah apabila Lauren terlihat sekeping gambar yang berlatarbelakangkan
suasana di Palestin. Gambar itu menunjukkan belakang seorang budak lelaki yang sedang
memegang sebiji batu di tangannya. Manakala beberapa meter sahaja di hadapan budak
lelaki itu adalah sebuah kereta kebal, yang sedang mengacu tepat ke arah budak lelaki itu.
Dan nama budak lelaki itu ialah Faris Odeh, berumur 15 tahun.

Palestinian boy, Faris Odeh, shot and killed by Israeli forces on November 9, 2000
Faris Odeh Photo
 Ketika melihat gambar ini, Lauren seolah-olah terdetik di hatinya, tertanya-tanya,
bagaimana seorang kanak-kanak Islam di Palestin mempunyai keberanian yang sebegitu
kuat, bagaimana kanak-kanak Islam itu seolah-olah tidak takut langsung dengan kuasa
kereta kebal itu yang boleh menghancurkan tubuh badannya hanya dalam sekelip mata
saja ! Dia tertanya-tanya....

Dan tak lama lepas tu, beliau mendapat tahu bahawa kanak-kanak Islam itu telah mati
dibom oleh pihak Israel, dan Lauren berasa terkilan dan kesal dengan hal itu. Beliau mula
melihat siapa yang kejam, dan siapa yang tertindas. Dia sedih kerana budak itu baru
berumur 15 tahun sahaja.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Suatu hari, dia masuk ke bilik penyunting dan memberitahu bahawa dia nak ke Palestin,
untuk mendapatkan berita atau cerita, gambar dan tentang apa yang berlaku kat sana.
Lauren berkata, dia pun tak tahu macam mana dia boleh buat keputusan macam tu dan
yang paling menakjubkan, pengurusnya terus bagi cek, dan berkata, pergilah dan cari
cerita.

Dengan hanya berbekalkan tiga nombor telefon sahaja, beliau pergi ke Palestin. Tanpa
sebarang kenalan, tanpa sebarang hubungan dengan sesiapa, dan tanpa apa-apa, hanya
seorang diri. Ketika itu, beliau takut apabila memikirkan adakah orang-orang Islam itu
benar-benar terroris? Beliau risau akan keselamatan dirinya...

Lawatan pertama beliau ke Palestin dipandu oleh seorang pemandu teksi yang dikenali
sebagai Jamal Jimmy. Seorang yang baik dan sepanjang perjalanan itu, Jimmy menceritakan
kisah penindasan Israel terhadap Palestin selama lebih kurang 63 tahun (ketika itu). Lauren
mendengar dengan perasaan yang ingin tahu.

Sedang dalam perjalanan, Lauren melihat jalan yang Jimmy lalui penuh dengan kesukaran,
banyak halangan, ramai orang, sedangkan terdapat sebuah lagi jalan yang lengang. Lauren
berasa hairan lalu bertanya, kenapa Jimmy tak lalu jalan yang lengang tu? Dan jawapan
Jimmy mudah saja,

"Because i'm Palestin"

Menurut Jimmy, jalan itu hanya untuk orang Yahudi. Dan kalau didapati ada orang
Muslim yang melalui jalan itu, akan di bom, hanya dalam masa 5 minit sahaja. Dan selepas
itu Jimmy bertanya Lauren,

"Kamu masih nak lalu jalan itu?"

"Nope" jawab Lauren.


Perjalanan diteruskan sehingga beliau sampai di suatu tempat. Beliau ketika itu berada di
hadapan sebuah rumah penduduk Palestin. Ketika beliau berada di situ, tiba-tiba pintu
rumah dibuka, dan kelihatna seorang wanita tua tersenyum. Dia melihat Lauren yang tidak
memakai kot, lalu ditarik tangan Lauren masuk ke dalam rumahnya dan diberinya sehelai
kot kepada Lauren.

Kemudian, Lauren melihat wanita itu membuka almarinya, mengambil beberapa helai
pakaian, dan membuka pula sebuah beg, mengisi pakaian-pakaian itu ke dalamnya.
Dan diserahkan kepada Lauren. Wanita itu memberi beg berisi pakaian itu kepada
Lauren, menghantar Lauren ke pintu semula, dan mengucapkan,

"Assalamualaikum..." dengan mesra.

Disitu, menurut Lauren, hatinya mula tersentuh dan tersedar dengan kebaikan orang-
orang Islam Palestin. Beliau kagum dengan betapa baiknya wanita tua ini, padahal
beliau hanyalah orang luar, yang entah atau memang tidak akan berjumpa lagi dengan
wanita tua itu langsung selepas ini. Wanita tua itu tidak mengenalinya tetapi tetap menjaga
orang luar yang berada di hadapan pintu rumahnya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Lawatan-lawatan seterusnya juga memperlihatkan kebaikan orang-orang Islam Palestin
terhadap dirinya. Sekembalinya Lauren di London, beliau berkata pelajaran tentang
Islam pertama yang dia perolehi adalah daripada pemandu teksi yang berbangsa Somalia.
Menurut Lauren, di London, kebanyakan pemandu teksi adalah orang Somalia.

Bayangkan beribu-ribu, berjuta-juta manusia dari pelbagai bangsa akan menaiki teksi
yang dibawa oleh orang Islam Somalia, yang akan memberi sepotong hadith atau ayat
al-Quran kepada mereka, sekurang-kurangnya akan ada segelintir yang mungkin
berminat dan akhirnya tertarik untuk memeluk Islam.

Lauren membayangkan pemandu-pemandu teksi ini ibarat tentera rahsia Allah! :)
Dan keadaan itu juga lah membuatkan beliau tidak sabar untuk menaiki teksi bagi
mendalami dan mengetahui tentang Islam.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

 Hari demi hari berlalu seperti biasa. Apa yang mengejutkan adalah tiba-tiba, dia
mendapat sebuah email. Ada dua perkara dalam email itu.

i. Anda mahu ke Gaza dengan menaiki kapal?
ii. Hubungi nombor ini jika berminat.

Menurut Lauren, hal itu sangat pelik kerana tiada lagi kapal yang berlayar ke Gaza
selepas Israel mengebom sebuah kapal untuk ke Gaza pada tahun 70-an dahulu. Dan
penganjur yang membuat lawatan ke Gaza itu pula dibunuh ketika itu. Dan kini,
sekumpulan wanita Amerika menganjurkan lawatan itu, dan mereka telah menghantar
email itu ke seluruh dunia dan..Lauren adalah salah seorang yang turut serta.

"I did called the number" kata Lauren sambil tersenyum.

Beliau dan rakan-rakan yang berada di atas kapal memang sudah menulis surat wasiat
kerana khuatir akan keselamatan mereka, takut terjadi apa-apa dalam perjalanan nanti.
Tetapi, Alhamdulillah.

Apabila mereka menyaksikan Gaza semakin muncul daripada kabus-kabus, mereka
berasa sangat gembira. Terdapat perasaan yang sungguh indah menyaksikan suasana
ketika itu. Dan apabila semakin dekat, titik-titik yang dari tadinya jauh kini semakin dekat
dan jelas rupa-rupanya adalah berjuta-juta rakyat Palestin yang sedang menyambut, dan
menurut Lauren, mereka tidak henti-henti menyebut satu perkataan yang ketika itu tidau
difahami olehnya iaitu;

"Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !!"

Seolah-olah bersyukur dan mengetahui, ramai manusia di seluruh dunia yang mengambil
berat tentang mereka.

Mengikut perancangan, lawatan itu hanyalah untuk tiga hari sahaja, tetapi apa yang berlaku,
pada hari ketiga beliau tidak berada di atas kapal, tetapi beliau berada dalam kalangan
orang-orang Islam di Gaza, bersama melambai-lambai kapal yang akan memulakan
pelayarannya. Beliau ada dua orang anak di Perancis, tetapi beliau tidak tahu mengapa,
beliau boleh membuat keputusan untuk tinggal di situ selama beberapa hari lagi.

Apa yang menarik adalah, ketika itu adalah bulan Ramadhan, di mana Lauren sekali lagi
berpeluang meyaksikan keindahan Islam dan umatnya ketika itu...

(bersambung di Bahagian #2 )

Sumber : Rancangan 'Lauren Booth - My Journey to Islam' di TV9

(sebenarnya, tadi aku dan nak tutup TV, tapi aku tertengok siaran ini, dan aku dengar dia
cakap sangat lembut, lancar dan tenang. Dia bercerita dengan senyuman, dan entahlah,
macam indah je aku dengar, tu yang aku tengok sampai habis, dan aku memang tersentuh
dengar cerita dia. Aku ada catat-catat jugak untuk aku share dalam blog aku ni untuk
orang baca.)

Salam Maulidur Rasul (n_n)













No comments: