Wednesday, 23 October 2013

Tempahan Bantal Kraf Dibuka Semula ! :D

Salam.


Tempahan apa jadahkah ini??? Hahahaha...owh jangan lupa sila tangkap orang yang
aku marked tu ya, ganjaran sila claim pada diri sendiri. Hahahaha okay gurau je :p

Aku nak maklumkan yang aku dah boleh terima tempahan untuk bantal handmade
semula, bermula esok (Khamis, 24 Oct 2013).

Jadi, pada yang berhajat nak membuat tempahan, boleh terbang ke HUMMY LOVEY
dengan pesawat anda sendiri~~

tapi, sebelum nak order tu, kena check out ni dulu ya :


Pada link itu, adalah 'laporan eksperimen' jahitan aku pada kain felt dan kain cotton.
So, before korang order, boleh nilai dan tengok mana yang korang rasa okay, dan
lepas tu PM aku di link FB Hummy Lovey tadi, untuk buat tempahan bantal :)

So, korang boleh pilih, nak felt ke atau cotton ya (n_n)

Okay terima kasih (n_n)


Wednesday, 16 October 2013

Cerita Tentang Tudung


Salam. Sebagai seorang Muslim, tak payah aku terangkan lagi lah ye, faham-faham sudah ;)
Setelah berzaman-zaman ni, cara pemakaian tudung dan tudung itu sendiri telah direvolusikan
supaya sesuai mengikut gaya hidup masyarakat sekarang. Lihat illustrasi di atas nih, itu semua
antara fesyen dan cara pemakaian tudung yang pada aku rasa agak famous lah dalam kalangan
kita kaum hawa ni. Hehe ;)

Dan berikut merupakan gelaran yang aku sendiri bagi untuk tudung-tudung nih :

1. Free Hair
Okay ini aku saja je nak lukis,haha...aku pun pernah free hair, maklum lah zaman baru nak up.
Tapi aku still ingat lagi macam mana aku leh start nak pakai tudung. Masa tu mak aku ajak aku
jalan-jalan. Aku baru bangun tidur masa tu, dan tetiba je aku cakap kat mak aku, aku nak pakai
tudung. So, start situ lah aku pun Alhamdulillah pakai tudung, tapi still belum lah sempurna :)

2. Tudung Mengaji (tudung ikat belakang)
Tudung ikat belakang macam ni memang selalu aku buat masa pergi mengaji kecik-kecik dulu.
Konon rimas kalau ikat depan, so ikat belakang, sejuk sikit rasa angin kann..haha korang pernah
tak pakai tudung camni ?

3. Tudung Asrama (tudung bawal 3 segi / 4 segi)
Haha tau tak cara pemakaian tudung macam ni adalah memang wajib bila korang duk asrama.
Masa aku kat asrama dulu, tudung tak boleh nak silang-silang ke belakang, kena biar labuh ke
depan. Dan untuk itu, dua brooches diperlukan, satu untuk pin dekat bahagian leher, dan satu
lagi untuk dipinkan dekat bahagian depan tudung, konon supaya juntaian tudung tu tak
terselak-selak dan nampak kemas.. hahah..skema gila kalau pakai tudung macam ni, tapi tak
dinafikan memang dapat tutup aurat sebab cover depan :)

4. Tudung Wardina

Haaa ni lah yang dikategorikan tudung paling bergaya zaman-zaman aku sekolah menengah
dulu. Bila tengok Wardina gayakan tudung macam nih, semua dok pakat naaak jugeekkk
pakai style tudung macam ni, daripada kanak-kanak sampailah ke makcik-makcik pon nak
jugak. Haha, masa tu aku rasa orang yang jual brooches agak laris jualannya sebab fesyen
tudung Wardina ni memerlukan banyak gila pin, sampai 4 kalau tak silap. Hahaha...aku pon
pernah buat style tudung nih..hahaha~

5. Fasa Tudung Moden (tudung Yuna, Hana Tajima, dll)

Okayyy, ini sudah sampai fasa kedua dalam peng-revolusi-san tudung nih (apakahhh), di mana
tudung dan cara pemakaiannya diolah se-vogue yang mungkin sampai muncul lah beberapa
fesyen yang sangat fashionista dan dapat diterima oleh hampir majority kaum gadis dan wanita
di negara kita nih !

 
Penggayaan shawl dengan anak tudung yang lebih kemas dan 'bebas bergerak', Tudung syria,
tudung 3 layers, tudung indon dan sebagainya. Haha aku panggil tudung yang jenis tinggal
sarung tu je sebagai tudung indon :p Dan sekarang, sampai dah banyak gila tudung dah haa~
rambang mata nak pilih :D

Hehehe, aku ni bukan jenis yang 'fashionistaaa~~' sangat, so cukup lah dengan tudung indon
yang senang pakai tu. Senang nak pakai semula lepas solat kat mana-mana or kat tempat
kerja kan, sarungggg je haa~ Hahah

Owh ye, 10 tahun akan datang, macam mana agaknya rupa tudung yang anak-anak kita pakai
nanti ya? Adakah ianya serupa tudung saji? Aku pun tak tahu, tapi aku rasa kalau sekarang,
perkembangan fesyen tudung ni begitu diterima masyarakat sampaikan ramai kenalan aku
yang dulu free hair kini da bertudung, why not pereka-pereka fesyen fikirkan satu fesyen yang
juga 'fenomena' seperti Hana Tajima or siapa-siapa tu, create tudung yang bertutup muka tu
sesuai dengan lifestyle kita yang akif sekarang ni :)

Aku tak tahu guna material apa or designnya camne, sebab aku bukan fashion designer, hehe..
So maybe one day, semua gadis dan wanita-wanita bekerjaya atau pun surirumah sepenuh
masa akan bergaya macam ni pulak :

InsyaAllah. Okay itu je, rasanya belum terlambat lagi kalau aku nak wish
Selamat Hari Raya Aidiladha

(n_n)

p/s : btw, kalau dah tahu anda seorang yang bertudung, pakaian anda juga haruslah seimbang,
       jangan harap pakai tudung je, tapi baju ketat nak mampos. Sepak nanti baru tahu !! Kau
       ingat besttt sangat pakai camtu ?!! Grr~

Friday, 11 October 2013

BIG Cara & Ayam Penyet mak saya ! :D

Salam and hi all. Harap semuanya sihat walafiat lah ye~ (n_n)

Aku dah lama tak update entry kisah aku berniaga kat pasar malam, sebab semuanya
biasa je. Hehe, tapi hari rabu lepas, mak aku dengan rajinnnnn nya dia nak masak
segala jenis makanan untuk dijual. (-_-') Maka, aku pun dengan rajinnya ambil lah
gambar~ hahahaha...

Owh ye, kalau dulu kami jual makanan dalam polisterin je, tapi sekarang mak aku dah
up to date, guna tupperware you alls~~ Puncanya adalah sebab bila ramai sangat
customer datang sekaligus, kami tak cukup kaki tangan nak 'kipas' makanan untuk
halau lalat. Kami sangat mementingkan kebersihan makanan, so solutionnya adalah isi
makanan terus dalam tupperware dan tutup. Sekarang, tak perlu halau lalat lagi~ Yess !

Ini adalah lempeng kelapa. Lempeng kelapa pun nak duk dalam tupperware tau~
3 gulung + sambal tumis : Rm 1.50
Haaa, ni aku nak citer nih..hari Rabu lepas, mak aku buat dua menu baru iaitu Nasi Ayam
Penyet dan kuih BIG cara daging ! Hahaha...syabas mak! syabas~~~

My Mom's Nasi Ayam Penyet~~~~Ayam tu besar gila okay, siap dengan bergedil sejibik,
tahu besar, timun panjang, kacang panjang macam chopstick..tapi nasi ayam penyet ni mak
aku jual 2 bungkus je hari tu, hahah..
Tak lupa juga, sambal belacannya :D
Haa, dan lagi satu menunya ialah kuih BIG Cara Daging !!


Ala, korang mesti tahu kan kuih cara daging / cara berlauk tu? Cuma ini, mak aku buat
size gergasi punya, cheh gergasi lah sangat. Haha.. (n_n)


Haaa okay itu lah citer baru tentang 'cerita berniaga' keluarga aku kat pasar malam :D
Harap terhibur dan harap korang terliur lah ye, hahahahaha ! Okay lah, tu je, bye~~ ;)



Friday, 4 October 2013

Inilah Sengkuang Calit ! :D

Salam. Inilah sengkuang calit :



Haaa...korang dah pernah rasa tak sengkuang calit ni?? Kalau tak pernah try lagi, better
korang try. Serius sedap, boleh kata ala-ala snek yang sihat lah. Chewahh~ Makanan ni
simple je, menggunakan sengkuang sebagai bahan utama, letak kuah rojak yang macam
rojak petis tu, then tabur kacang macam kat dalam gambar tu. Cuma ramuan kuah rojak
tu agak istimewa sikit rasanya. Nyum~nyum~

Setakat yang aku nampak sekarang ni, perniagaan sengkuang calit ni beroperasi secara
'franchise' (kiosk-kiosk), dan dijual pada harga serendah RM 2.00 sahaja ! Berbaloi sangat :D

Berikut merupakan 'brand-brand' sengkuang calit yang tengah tip-top di pasaran ya :

Sengkuang Lagenda
Old Time Sengkuang


Dengan pengenalan produk Sengkuang Calit ni, ia dapat memberi peluang kepada mereka
yang mungkin sedang terfikir-fikir untuk menjadi usahawan makanan, dengan menjual
Sengkuang Calit ini ! Makanan senang disediakan + rasa yang sedap sangat + insyaAllah
boleh jual punya, so why not try kan?

Untuk tahu lebih lanjut berapa modal yang diperlukan dan bagaimana nak
bukak Kiosk Sengkuang Calit nih, Boleh klik SINI
(aku tak dibayar pun untuk iklankan benda ni)

Haaa, okay...korang-korang yang suka cucuk sengkuang je time makan rojak petis tu, memang
sesuai sangat lah...ni memang makanan untuk korang. Semuuuaaanya sengkuang, tak payah
pilih-pilih lagi. Hahaha...

p/s : ada org cakap, diorang selalu makan benda ni masa kecik2 dulu, kenapa aku tak
       pernah? wuwu...



Thursday, 3 October 2013

Kenapa Jatuh Peranakan Sebelum Kahwin ??

Salam. (sambungan dari entry ini)


Ringkasan tentang entry tersebut : Aku mengalami kencing tak lawas baru-baru ni dan keadaan tu membuatkan rutin seharian aku terganggu dan rasa stress gila sebab rasa kerap nak buang air kecil, tapi bila buang tetap rasa tak puas sebab yang keluar hanyalah beberapa titis sahaja. Urghhh !



Lepas aku minum jus Cranberry seperti yang disarankan oleh few bloggers, masih tak berkesan pada aku. So, that's why mak aku sarankan aku supaya berurut, kot-kot peranakan aku terturun.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


(Gambar hiasan je ni, takde maknenya aku nak urut2 kat spa~hahah)

Okay, ni aku nak citer pasal peranakan yang terturun / jatuh ni. Bagi mereka yang dah kahwin dan yang dah pernah melahirkan baby-baby comel, pasti tahu pasal hal ni. Tapi bagi anak-anak dara macam aku yang belum berkahwin ni, kurang terdedah sikit dengan hal2 ni..haha


Organ Peranakan Jatuh Sebelum Kahwin ??



Mangikut rata-rata orang yang berpengalaman termasuklah makcik yang mengurut aku hari tu, berikut adalah punca-punca apesal peranakan kita-kita yang belum kahwin ni boleh jatuh :-



i)   Angkat benda berat-berat

ii)  Tolak benda berat guna kaki, terutamanya menggunakan ibu jari kaki
iii) Jatuh terhentak pada punggung / jatuh terduduk
iv) Gaya hidup yang lasak, terutamanya ahli-ahli sukan
v)  Saiz / berat badan yang terlebih-lebih

Okay, refer kepada kes aku ni, angkat benda-benda berat memang selalu, lagi-lagi waktu duk asrama dan hostel (10 tahun). Serius aku tak suka ulang alik naik turun angkat barang waktu cuti panjang / cuti sem, so aku sumbat semua barang dlm 1 kotak, then angkat sekaligus. Masa tu rasa macam superman~ Hahah :P


Then, tolak benda berat guna kaki pun selalunye punnnnn~ ala, mana aku tahu boleh efek sampai macam tu :( kalau berat sangat memang aku tolak je, lagi-lagi baldi yang penuh dengan air kat toilet tu. Hahaha :p


Jatuh pun pernah, terduduk. Then tak berurut. Terhentak belakang badan pun pernah masa excident kereta kena sondol bulan puasa hari tu. Hahaha


Gaya hidup lasak, emmm lasak gak lah, aku suka lompat-lompat, panjat-panjat bukit, panjat pokok, lari-lari, tendang-tendang, cumanya aku bukan seorang ahli sukan. Hahah :p



Jatuh Peranakan ini ada 3 Peringkat, boleh rujuk sini



Cara Menaikkan Peranakan Yang Jatuh ??


Cara urutan untuk naikkan peranakan yang jatuh adalah dengan 'menyengkak' naik ke atas. (PERLU DILAKUKAN OLEH ORANG YANG BERPENGALAMAN OKAY !)


Anda akan disuruh berbaring, dan tukang urut tu akan lakukan untuk korang. Dan AMARAN :



UNTUK ANAK DARA YANG BELUM BERKAHWIN, KORANG TAK BOLEH DISENGKAK DARI HADAPAN BETUL-BETUL ATAS MISS V KORANG. BERHATI-HATI SEBAB SESETENGAH MAKCIK URUT MAIN URUT JE, SO NANTI AKAN ADA MASALAH LEPAS KAHWIN, SUSAH DAPAT ANAK DAN SEBAGAINYA AKIBAT PERANAKAN DAH 'JAUH' (tapi rezeki anak urusan Allah SWT, aku hanya sampaikan pantang larangnya saja :)





Aku pun nasib baik lah, Alhamdulillah dapat makcik urut yang kepoh sikit mulutnya. Haha..dia 'sengkak' aku daripada belakang (tak rasa apa) then sengkak depan..bila sengkak depan ni rasa adoi sakitnya! Tak best gila kena sengkak..senak perut..haha


Then before dia sengkak aku tu, dia periksa peranakan aku okay ke tak. Alhamdulillah dia cakap peranakan aku kuat. Sesetengah anak dara yang dia urut, peranakannya dah 'jauh' Aku tak faham apakah, tapi yang pasti..mungkin ia tak bagus. Oh by the way korang pon boleh check sendiri peranakan korang tu macam mana. Caranya :



Letak ibu jari pada pusat / dalam pusat perut anda dan rasa. Kalau ada rasa macam denyutan, maknanya peranakan korang okay, dan tak 'jauh'.


Menurut makcik tu, peranakan 'jauh' ni sebab before kahwin dah ada urut-urut perut bagai. Makcik tu memang tegaskan dia takkan urut perut pempuan2 yg belum kahwin mcam aku. owh, nasib baik makcik ni berpengetahuan luas. Hahah :p


Okay panjang lebau dah aku citer ni. Harap bermanfaat lah ya. Terima kasih :) Saya doktor Lynn Damya~~hahah :p



                                                      

UPDATE
Ramai yang tanya nombor fon makcik urut ni, tapi maafkan sayeee...sebab nombor dia dalam fon ayah saya yang simkad dan fon nya telah pun rosak. Jadi memang hilang semua. Maaf sesangat ya.. :(