Tuesday, 26 November 2013

10 Idea Mahal dan Murah Untuk 'Awesome'kan Kediaman Anda !

Salam. Aku teringin nak ada rumah sendiri yang mana aku boleh mofidy supaya menjadi
unik dan dihias dengan 'perhiasan-perhiasan' kreatif yang lain daripada rumah lain. Hehehe...
Berikut adalah antara idea yang mungkin korang boleh cuba, mengikut tahap kemampuan
dan bajet korang. Segala rating yang aku berikan hanyalah mengikut naluri hati aku, hahaha~
Jom tengok idea-ideanya :

1. Tilam Berakuarium


Bajet : RM 1000 ke atas
Sebab : Customized aquarium
Best : Dapat tenangkan fikiran dan minda dengan melihat ikan-ikan berenang
sebelum tidur (owh bestnya!)
Risiko : Takut tetiba pecah, dan dapatlah mandi bersama ikan~ hahaha

2. Lampu Bercorak 'Hutan'


Bajet : Mampu milik
Sebab : Harga mengikut jenama, corak lampu dan kualitinya
Best : Sebab suasana dalam bilik / kediaman mampu bertukar menjadi tempat lain
Risiko : Takut mata anda terlalu kreatif sehingga dapat 'melihat' bayang-bayang
yang tidak dikehendaki, kemudian berasa takut, lalu rasa tak boleh tidur (-_-')

*Contohnya : tengah syok2 menikmati pemandangan, tetiba mcam ternampak
bayang-bayang lembaga yang menakutkan, padahal tu effect corak pada lampu je pun~

3. Indoor-outdoor Pool


Bajet : RM 3000 ke atas
Sebab : Melibatkan 'kerja-kerja pembinaan' kolam
Best : Dapat tenangkan fikiran dan 'suasana berenang' yang unik , dapat berenang
dari dalam ke luar rumah, dan balik semula, dan ulang balik~ memang best lah !
Risiko : Perompak pun mungkin turut berenang-renang dengan mudahnya kalau
anda tak buat grill besi or pintu kat sempadan kolam tu (O_o')


4. Kerusi Meja Makan Yang Berbuai


Bajet : RM 1000 ke atas
Sebab : Customized dining table set
Best : Bestlahhhh sebab sambil makan sambil main buaian macam kat Marrybrown!
Risiko : Dikhuatiri mengambil masa berjam-jam untuk menghabiskan makanan kerana
terlalu asyik berbuai~ (aku lah tu kot, haha)

5. Pasir di bawah meja kerja / meja study


Bajet : Free / RM 50 kot?
Sebab : Ambil pasir kat pantai FREE, beli pasir kena bayar sikit lah :p
Best : Sebab buat kerja sambil kaki main-main kat pasir, lagi best kalau ada
sound effect bunyi ombak-ombak pantai (play dekat PC) wahh~~
Risiko : Amat berisiko tinggi bagi mereka yang membela kucing ! Hahaha

6. Gelongsor untuk tangga 'Spiral'


Bajet : RM 2000 ke atas
Sebab : Customized kotttttt~ gila ke apa, hahaha
Best : Memandangkan aku teringin nak main gelongsor tapi rasa macam dah
dewasa gila utk main di taman permainan kanak-kanak, maka aku rasa harussslah
benda ni best gila ! Dapat main gelongsor kat rumah ! Yahooo !! (>_<)
Risiko : Budak-budak kecik yang datang rumah korang mesti tak nak balik punya
sebab nak main gelongsorrrr je~ Hahaha :p

7. Lantai Kaca Transparent Yang Menakutkan Di Bilik Air~~


Bajet : RM 500 ke atas
Sebab : Cermin tu haruslah yang berkualiti tinggi kan?
Best : Sebab boleh mandi dengan perasaan yang kengerian dan ketakutan~ Erk,
best ke? (-_-')
Risiko : Cermin retak, pecah, jatuh dan MATI !!! (*_*)

8. Buaian atas tangga

Aku selalu berfikir, apa yang boleh dibuat dengan ruang atas bahagian tangga rumah yang
terbiar kosong je sedangkan ruang tu mungkin boleh dibuat bilik or something yang best,
dan ini adalah jawapannya ! Haha style :

 

Bajet : RM 50 ke atas
Sebab : Beli jaring yang berkualiti tinggi
Best : Best sebab boleh bersantai-santai kat atas tu...bestnya !! :D
Risiko : Skru penggantung jaring tiba-tiba tertanggal, jatuh, dan MATI !!
(hahaha mati lagi, cedera je lah kot :p)

9. Kebun Herba di Dinding Dapur


Bajet : Tak tentu (kos rendah kot)
Sebab : Perlu modal yang berterusan untuk bercucuk tanam
(beli baja, tanah, benih herba, dan sebagainya)
Best : Tak perlu beli herba, kebersihan herba lebih terjamin sebab anda yang jaga,
dan boleh 'kenalkan' anak-anak anda dengan herba-herba semulajadi :)
Risiko : Anak-anak yang 'suka membantu' akan merosakkan tanaman herba anda.
Hahaha...:p

10. Cinema di halaman rumah

Aku tak tahu kenapa aku suka sangat idea yang ini, mungkin sebab aku suka tengok movie kot?
Serius santai kot kalau tengok movie macam ni..tapi kalau nak buat kat halaman rumah teres aku ni, kena letak papan-papan penghadang lah supaya takde orang yang berniat jahat masuk..haha
keselamatan wajib dijaga ! hahaha~


Bajet : Mengikut citarasa dan peralatan
Sebab : Yelah kalau nak siap bertilam-tilam empuk macam tu siap dengan lilin
bagai tu, up sikitlah kosnya. Hehe
Best : Rasa santai gila bila menonton movie macam ni ! (n_n)
Risiko : Tetiba hari hujan~ Hahaha :p


Haaa, okay itu je yang aku nak kongsikan dalam entry kali ni. Paling aku suka
adalah swimming pool, gelongsor tangga, kebun herba dan cinema ni. Korang?
Hehe (n_n)


5 comments:

  1. Salam.

    Aku tergelak weh,hahahaha, jatuh, mati, jatuh, mati. Amboi ko punya imaginasi,ahahah

    Aku suka..indoor-outdoor pool..urm,lagi..kebun herba kot, mcm best jugak,hehe.

    Buaian atas tangga tu pun ok..tpi mcm pyh je nak bgun..

    ReplyDelete
  2. Nice weh. Aku suka Home DEcoration. Sebab aku dedulu pernah cita3 jadi arkitek.. haha

    ReplyDelete
  3. cantiknya..yg first dan last..fuh... :)

    ReplyDelete
  4. Akak suka semua. Myb yg meja makan jer yg akak x berapa nak suka .. sebab kompom shinta x nak henti nak membuai.. akibatnya nak suap makanan pun tak lalu.. berantakan..

    ReplyDelete