Saturday, 16 November 2013

10 Kucing Yang Popular Kerana Corak Bulunya ! :D

Corak pada bulu kucing, sama macam kita tengok awan. Kadang-kadang bila tengok awan
lama-lama, kita dapat lihat ia seolah-olah menyerupai sesuatu yang dah sedia ada kat dunia
ni kan? Jadi, samalah macam bulu kucing, dan ini antara contoh kucing-kucing yang
popular kerana corak bulunya yang menyerupai sesuatu seperti ini :

Sam, The Cat With Eyebrows


Venus, The Two-Faced Kitten

Unik betul, bukan setakat warna je lain, mata dia pun sebelah lain, sebelah lain :D
Cat with a Permanent Hat


Kitten with a Heartshaped Marking

Tak tahu ini original atau pun sengaja dibuat, sebab dalam entry ini ada sumber mengatakan
kat Barat memang trend buat bentuk love kat kucing diorang..hehe
Snowball, The 'Kitler' Cat

Haha aku rasa KITLER lebih ganas daripada HITLER :p
Cat with Grandma Hair

Haha, hari tu aku dengan abah aku ada nampak kucing macam ni tapi, dia warna
putih, atas kepala dia macam ada rambut nenek-nenek macam ni, tapi kitorang
panggil kucing tu, 'kucing rambut belah tengah'. Hahah...lepas tu, esok-esoknya
terus dah tak nampak lagi kucing tu..aku rasa dia segan or dah terbang ke Korea
untuk 'set rambut' ala-ala KPOP.

Monkey's Best Friend Forever Cat

Erkk....kalau lah itu betul-betul monyet, rimas betul asyik nak peluk je! Hahah
Inception - Cat within a cat

Aku rasa tu saka dia lah....haha

dan last but not least aku nak perkenalkan kat korang.....


WAK DOYOK VERSI KUCINGGGGG !!!





Hahahaha same kann...aku tak tahu lah apesal bila first tengok gambar kucing
bermisai tu, terus je automatik aku teringat si Wak Doyok ni..hahah, mungkin
pada misainya tu lah kan..begitu ketara sekali..hahah :p

Eh jap, korang kenal tak siapa Wak Doyok ni sebenarnya? Haa, meh aku bagi
pencerahan sikit siapakah beliau ini :

Wak Doyok nama glamour, nama penuhnya ialah :

Tengku Muhammad Azwan Shah

996570_229013077247403_747081036_n
Beliau yang tengah memakai seluar hijau.
Sumber Gambar : Masses
Beliau ni bukanlah artis, selebriti, atau pun ahli-ahli politik yang terkenal, sebab
tu tak ramai yang mengenali beliau ni, TAPI....kalau sebut je nama dia dalam
kalangan pencinta fesyen dan fashion-fashion designer, semua kenal ! Hahah..

sebab beliau adalah seorang pereka fesyen yang hebat !

Foto
Inilah fesyen ataupun gaya yang diketengahkan oleh Wak Doyok.
Sumber gambar : Harian Metro
(btw, yang dua dari kiri tu kawan aku, haha nak mention gak ke?)
Nak tahu lebih lanjut pasal beliau, boleh baca kat SINI

Eh, entry aku ni awal-awal kucing, akhir-akhir fashion-fashion pulak...haha
Btw, harap Wak Doyok tak saman aku samakan kucing, macam dia...:p Hahah


11 comments:

  1. Wahh sungguh menakjubkan semuanya .. Ciptaan allah , subhanallah

    ReplyDelete
  2. ahaha....geram betul tgk meow2 ni.. :)

    ReplyDelete
  3. uniknya kucing yang muka & mata dia lain sebelah tu.. kalau jumpa sure bawak lari.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. hahaha! comel2 lah kucing ni.

    ReplyDelete
  5. aowww... kiutnyer kucing2 nieee. paling suke dengan heartshape tu ;)

    ReplyDelete
  6. terbaik betui la entry ni aku i love cat ... tp sbb aku ade amanah Allah ... aku kuburkan minat aku ..demi mereka ....

    tak penah pun aku belek2 corak2 bdn cats sblm ni ...

    ReplyDelete