Thursday, 26 December 2013

Kimbap Malaysia daripada Baker's Oben :D


Salam. Hahahahaha...nampaknya entry aku yang ini telah berjaya membuatkan
pembaca aku kelaparan. Itu bermakna misi melaparkan pembaca aku berjaya !

Deqla Manjew sampai terliur, Nong Andy cakap aku sangat kejam, kejam dan
kejam, Reenapple cakap dia nyesal baca entry tu, sbb dia erkk....on diet katenye~
Fyfy liew nampaknya mampu mengawal selera, Lana pulak dah macam gengster
terlepas daripada KL Gengster, sebab dia kata aku cari nahas dengan dia sebab
entry tersebut. Hahahaha.....tapi, ada sorang minah ni kental habis, selamber
je dia tak rasa terliur, siap bagitau aku lokasi cawangan restoran tu kat mana..
siapa lagi yang kalau bukan si penyu rock ni; Sarah Mohd Saleh.. Hahahaha :p

Dan kali ni, misi aku bukan lah untuk membuatkan pembaca sekalian kelaparan,
cuma aku nak kenalkan sejenis makanan yang memang popular di Korea, iaitu
Gimbap / Kimbap (panggilan di Malaysia)

Berkas:Korean.food-Kimbap-03.jpg
Wuuuu sedap weh kimbap nih !!!
Serius, aku bukanlah KPOP sangat untuk mengenali makanan-makanan tradisional
daripada Korea, tapi setelah aku dapat tahu kawan sekolah aku dulu, kini berjinak-jinak
dengan bisnes kimbap ni, maka aku pun tertarik nak cuba rasa.

Maka, aku pon order lah daripada dia, dia jual by roll....satu roll potong-potong
boleh dapat dalam 10 - 13 bahagian, berbaloi lah dengan harganya yang cuma
RM 4 saja !! (tak tahu kalau next year naik harga)

Mula-mula rasa, aku beli 3 roll je, sebab aku ngeri nak makan. Aku takut cam
pelik tentang rasa dia, hahaha...tapi, bila dah try rasa sekali..perghhhh~
sedapppppp rupanya ! So that, second time, i bought theseeeee :

Terus beli 6 roll untuk tempahan kali kedua, tengok yang dalam pinggan tu, itu adalah
daripada 2 roll sahaja, banyak kan?
and someone said to me,
"Masa kita kesuntukan dari segi kewangan, sedekahlah kat orang,
tak kira lah sedekah duit, ataupun belanja orang makan, dengan ikhlas
dan insyaAllah, murah rezeki kita :)"

Dan 3 roll daripada 6 roll tu aku bagi budak-budak tempat kerja aku makan.
InsyaAllah lah, murah rezekil aku lepas tu, hehehe...Haa jom tengok gambar
lagi :)

Ini kimbap biasa, 1 roll : RM 4 (sedap!)
Ini Cheezy Kimbap, 1 roll hanya tambah RM 1 daripada harga biasa : RM 5 (pun sedap !)
Owh ya, ada juga Family Pack macam ni :

Kalau Family Pack macam ni, ada tambahan sos pekat, tapi yang ni aku tak pernah
rasa lagi, hehe..kalau tak silap aku, ini Rm 25 kot?
Haaa okay lah, itu je aku nak review tentang Kimbap ni, dan sedikit sebanyak
tentang bisnes kawan aku, Nabiha. Owh ye, setakat ni untuk penghantaran
tempahan, hanyalah di area Johor Bahru, dan di UTM Johor sahaja. Siapa2
area johor yang berminat nak rasa kimbap ni, boleh lah pergi ke Baker's Oben.

Baker's Oben pun ada menerima tempahan pelbagai jenis kek dan cookies
tau. Silalah cuci mata kat sana. Okay itu je, terima kasih sudi singgah sini
(n_n)

 


13 comments:

  1. Aku tak suka keluarga Sushi. Haha

    ReplyDelete
  2. nampak sedap tp x sure la tekak sy ni bleh terima ke tak..hehe *thanks singgah kt my blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bende yg dlm tu mistly bende yg mkn normal je pon. Klu tak letak jeruk dorng. Timun. Tuna. Daging. Carrot.

      Delete
  3. arghhhh, stress! hahaha
    sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  4. Nasib baik tadi dah makan,tak rasa 'sakit' sangat haha. Tapi tetap rasa macam nak makan lagi. Uwaaaaaa T_T

    ReplyDelete
  5. Adoiya... makanan lagi? Saja nak gemuk kan akak ke ni lynnn.. haha..

    Kecur air liur tgk lynnn... agak berbaloi juga harganya


    Nong andy

    ReplyDelete
  6. i love sushi..semua jenis saya makan! haha :D

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Eh, aku bukan macam gangster..wa memang gangster tahu? hahahah

    Dah tahu ak mcm gangster, saja letak lagi gambar2 mcmni kan..ko memang kawan yg palingggg aku saayaannnggggg, hahaha, tulun baca dalam nada ak bengis,hahaha

    Btw..aku duk putrajaya.. T__T jauhnya nak tempah..huk

    ReplyDelete
  8. kek kat bawah tu sangat menyelerakan.. omaigaddd.. lapar pulak.. hehehe

    ReplyDelete
  9. huu...lynn...terharu sangat!!!!sangat!!!sangat!!!tq very very very much..:)

    ReplyDelete