Happy Three Friends

Miss Money

Monday, 23 December 2013

Annual Dinner @ Wadihana Islamic Steakhouse, JB


Salam...
Owh rasa malu pula nak update blog, sebab entry aku sejak akhir-akhir ni banyak
merapu saja. Terasa kehilangan pembaca sekejap, even pageview masih stabil
walaupun blog tidak berupdate. Tapi,bila tengok masih ada yg mahu follow blog aku,
dan memberi komen, maka aku pun teruskan juga perjuangan blog aku yang tak
seberapa nih~ Hahaha...Terima kasih pd yg masih sudi singgah blog aku (n_n)

OKAY !!!!!
Aku nak citer pasal annual dinner aku nih, so bersiap sedialah korang
dengan gambar-gambar makanan yang akan ku hidangkan kepadamu sebentar lagi~
Hihihiihihi (MISI MELAPARKAN PEMBACA)

 

Kami melantak di Wadihana Islamic Kitchen, Johor Bahru (area bangunan baru
yang ada Jakel, bertentangan dengan Plaza Angsana). Wadihana menyediakan
pelbagai hidangan makanan daripada Asean, Western, Italian, Mexican yang sedap-
sedap belaka.

Ini antara Appetizer yang kami order, entah apa nama dia pun aku tak tahu, sebab
aku main order je. Hehehe~

Rocky Nachos (Chicken) 
Pizza ape entah..lembu agaknya, hahaha
Pizza tak tahu apa namanya~~~ Hahahaha
Sup dalam roti~~~yeayyyhh !!
Semuaaaaaaa apptizer aku rasa, semuuaaaaaaanyaaaaa sedap! Al-maklumlah,
satu hari kerja tu kot, aku tak makan pape, alas perut dengan biskut je..haha
konon nak simpan perut lah tu untuk dinner malam nanti :p Owh ye, yang
'cantik'nya kat Wadihana ni, pelayan-pelayan restoran tu akan memberi salam
kepada pengunjung semasa kita sampai, dan semasa kita balik nanti. :)

Okay, dah melantak Appetizer, kita pergi pula ke 'main dish' nya ya. Jom tengok,
ini makanan aku :

Sirloin Steak Black Pepper (medium heat) aku order ni dengan nasi, hahaha...
rasa tak kenyang kalau makan takde nasi. Harga steak ni Rm 35.90, nasi Rm 4.90
Dan ini, menu-menu lain yang offizemates, boss & family dia order :

Kiri : Air Asam Kecut Lemonade - Tengah : Apple Juice Lemonade (air aku)
Kanan : Apple Juice
Ini BBQ Spring Chicken (Lupa harga)
Actually, aku nak order ni, tapi aku bersyukur sebab aku ubah pilihan aku kepada
steak, sebab ini dalam gambar nampak kecik je, dan boleh habiskan lah, tapi bila
sampai, makkk oiiii~ besar gedabak. Ayam nya sekor, pastu dia belah dua,
terkangkang je macam tu, hahaha...jenuh kawan aku nak ngabiskan, siap minta
bungkus nak bawak balik~ Hahaha :D
Ini 'main dish' boss aku, entah apa namanya, steak tu kelihatan seperti kambing, tetapi
ia sebenarnya adalah encik lembu..hehehe
Ini menu seafood, cuma aku tak tahu nama dia apa...kalau tak silap ini harganya
Rm 39.90 kot, tapi memang puas hati kalau makan ramai-ramai, semua jenis
'isi laut' ada kat dalam tu, haha
Owh btw, ada kanak-kanak juga terbabit dalam dinner kami ni, ini menu beliau,
hehehe :


Kat Wadihana ni, ada banyak lagi foof untuk kids, so tak susahlah rasanya
kalau nak buat pilihan kan :) Haha, so jom tengok aksi-aksi kejakunan kami
semasa makan. Aku dah macam apa dah, setiap kali makanan sampai je,
kena amek gambar dulu, baru makan  (-_-') 

Jagung tu untuk aku action je, dah tak boleh masuk sebab kenyang makan steak
Okay, dessert time !! Mula-mula macam malu-malu nak order dessert, tapi bila mengenangkan
bayangan bonus akhir tahun tu macam samar-samar je nak dapat, so aku dengan tak malunya
order je dessert. Aku order ice cream, sedapppp gila !! Macam tak pernah makan ice cream je
before nih~ hahaha
 

Okay itu saja entry kali ini, nice lah food nya, selain steak, ada baaaaanyak
lagi menu lain, seperti emmm...seperti apa ya, nak sebut namanya pun aku
tak reti, hahaha...ada lah menu-menu lain yg berasaskan ayam dan ikan salmon.
Untuk menu macam tu, dalam satu set tu siap dengan nasi sekali :D...
dan selain itu, ada juga menu 'burger and sandwich'... nampak sedap jugak! :D
and mostly harga food kat sini bermula daripada belasan ringgit.

Okay, selamat mencuba Wadihana Steak Kitchen ya. Confirm halal sebab ia
adalah islamic steakhouse ! ;) Nyum~nyum~



9 comments:

Unknown said...

assalamualaikum.. sy singgah bls kunjungan..amboiii.. terliur tgk smua menu tu tau.. huhuhu...

Sarah Mohd Saleh said...

situ mmg best makanan die, sesuai lah dgn harga die. food galore dekat bangi gateway pon adek beradik die jugak.

Anonymous said...

Kejam. Ini kejam... sangat kejam.

*air liur sedang meleleh


♥Nong Andy♥

reenapple said...

Menyesal aku terjah sini. Dahlah aku on diet ni. Huwaaa.

Anonymous said...

Fuhyooo bestnya makan sedap. Nak juga! :D

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Misi ko memang berjaya la lynn. Sampai hati ko buat macamni..siap bergaya dgn jagung, memang cari nahas ko kan,hahaha

IntaNBerliaN said...

Ya Allah... nepe semuanya nampak best ni... sup dalam roti tu menarik! :-)

*actually ephyra ni sesuai utk anak2 start dari umur 4 tahun.. Aqilah ni dia bukan direct minum ephyra tapi hanya melalui susu badan... dah makin cerah + kulit dia pun nampak cantikkan....

tu baru minum melalui susu badan dah jadi camtu, kalau minum direct..... xtau la camne.. hihii

Papa-NtiQ said...

Hi ...saya pun baru jer upload pics masa makan kat wadihana steakhouse branch Johor Bahru di www.blogmakanbest.blogspot.com
Senang2 tu singgah le yer....blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe dan kalau bolih follow la yer TQ bebanyak...

Unknown said...

misi melaparkan pembaca berjaya...adoai...laparnya...