Tuesday, 13 May 2014

Koleksi Baju Raya Jovian Mandagie 2014


Salam, okay tahun lepas aku meroyan bila tengok koleksi baju raya rekaan Jovian Mandagie saiz aku semuanya sold out (sebab aku ushar pun time lepas raya, manelah tak sold out kan~) So, aku ingat tahun ni nak ushar lebih awal, kot-kot ada yang cantik dan harga murah (berharap)..hahaha...so, jom kita tengok siri COCO daripada beliau, rekaan terbaru nih...tapi kalau nak kena pre-order :(



Okay aku suka yang ni, tapi aku tak suka peplum dress..
boleh beli kain dia je tak? Hehe



Ini dah ala-ala pramugari dah ni...

Kain bunga-bunga tu macam comel !




Okay ini sweet sebab pastel color, but then kalau aku beli mesti aku tak nak pakai, sebab terlalu sweet nanti~ huahaha

Okay, semua gambar daripada SINI (KLIK). Aku pun tak berapa faham entah macam mana nak order, maybe pre-order dekat store dia sendiri kot? Entah, motif aku just nak share design baju raya Jovian yang terbaru, tu je :D

Sebenarnya aku macam kecewa, sebab design tahun ni banyak yang macam glamour-glamour gitu. Sangat lain daripada design tahun 2013 tu..ni antara design 2013 yang sangat-sangat memikat hati aku...wuwuwu :

 

Ini hari tu aku check ada lagi saiz aku, cantik tapi agak
bajet artis sangatlah kalau pakai baju ni, siap dengan
sayap-sayap bagai..aje tersangkut kat mana-mana nanti..haha
ahh tapi regenye sangatlah aku tak mampu..rasa membazir je
beli mahal-mahal, pakai sekali-sekala je pun :P

Haaa ni palinglah aku suka, simple gila tapi macam elegan dan
jarang jumpa. Aku siap dah bajet-bajet nak beli baju ni untuk
wedding aku nanti, TAPIIIII....size aku dah habis...chehh siapa
yang kaya sangat pergi beli ni...kecewa hamba tau~

(Sumber gambar : ZALORA)

Owh btw, ada satu siri baru lagi daripada Jovian Mandagie, iaitu
The New J LUXE :

 

 

Haaa untuk siri J LUXE ni dah memang boleh order...harga sejibik RM 480 ya...siapa yang ada duit terlebih tu bolehlah belikan aku sekali~ hahaha

KLIK SINI untuk beli siri J Luxe !

Terbaru! Klik SINI untuk lihat Koleksi Baju Raya Jovian Mandagie 2014 untuk ZALORA !

Okay tu je, selamat mencuci mata..baju mahal kena booking awal, tu sebab aku buat entry ni awal gila..takut nanti korang melepas macam aku last year..apa pun, jangan beli kalau korang takde duit! Sila jangan gunakan pepatah, 'biar papa, asal bergaya'..ish3...



1 comment:

  1. Cube tgk kat robinson , the garden. Rase der lg size kecik2 jovian ni

    ReplyDelete