Tuesday, 10 June 2014

Daripada Pereka Grafik Tentang Isu Logo Halal


Salam. Isu penggunaan logo halal nampaknya semakin 'membara' dan belum reda lagi selepas kejadian Cadbury hari tu. Terbaru, yang tengah 'panas' dekat Facebook sekarang ni adalah pembongkaran kilang bihun cap Masjid, yang mana pemprosesan dan pembungkusan bihun tu dilakukan dalam keadaan dan persekitaran yang kotor! 

 

 

Keadaan menjadi lebih 'panas' apabila didapati ada logo halal pada plastic packaging bihun tersebut! Jadi, pada rata-rata orang confirm tertanya-tanya apasal kilang dan produk bihun yang sekotor ini diberikan logo halal???

Logo halal dua dari kiri, di sebelah logo Buatan Malaysia

Untuk pengetahuan anda, logo halal itu bukanlah logo yang diiktiraf oleh JAKIM. Untuk pengetahuan anda, logo Halal Malaysia yang diiktiraf oleh JAKIM adalah seperti ini :

  


bukan ini , seperti yang tertera pada plastic packaging :

Logo halal yang macam ni langsung tak boleh pakai okay. Ini namanya logo pandai-pandai je buat sendiri

Jadi dalam hal ini, bukanlah salah JAKIM sebab logo halal tu dah dijelaskan langsung tak diiktiraf oleh JAKIM, dan JAKIM mengesahkan bahawa produk tersebut bukan pemegang sijil halal di Malaysia.

Tapi perasan tak, ada certain case produk yang kantoi, didapati ada je logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM...tapi bila JAKIM periksa, produk ni bukan pemegang sijil Halal yang sah! Jadi macam mana boleh jadi macam tu?? Macam something wrong, sebab apsal produk tu boleh ada logo halal yang diiktiraf sedangkan dia bukan pemegang sijil halal yang sah???


******************************************************************

Bawak bersabar pembaca sekalian, inilah yang aku nak terangkan sebenarnya. Tentang peranan seorang pereka grafik dalam hal ini. Biasanya yang mengalami kejadian seperti ini adalah pereka grafik yang berkerja di kedai-kedai design and printing lah...maksud aku bukan graphic designer yang kerja dekat company besar-besar tu ya..

Sebagai seorang pereka grafik, harus tahu what do's and don'ts sebagai pereka grafik. So, berdasarkan pengalaman aku selama menjadi pereka grafik di kedai design dan printing ni, kebanyakan customer yang datang adalah jenis yang baru nak mula bisnes produk terutamanya makanan. Baru nak membangun kata orang. Dia akan datang, terangkan produk makanan dia, itu ini, dan minta kita designkan lah apa-apa yang patut untuk dia. Item paling perlu adalah design untuk label sticker / packaging produk tersebut, flyers dan bunting.

Dan salah satu permintaan mereka adalah, meminta aku (pereka grafik) meletakkan logo halal dalam design tu nanti...

Okay nampak tak, ke mana aku nak cerita sekarang ni? Bila berlaku hal macam ni, pereka grafik jangan main angguk je, anda kena tahu apa yang boleh, apa yang tidak. Apa yang di bawah kuasa anda, dan apa yang tidak.

Ya..memang kalau kita search google je 'logo halal' sekarang ni, melambak keluar logo Halal yang diiktiraf tu kat internet. Siap ada yang dalam file png lagi, supaya boleh terus copy paste je tepek atas design kita, tak perlu crop-crop lagi. Aku tak tahu ni salah siapa, siapa suruh letak logo halal tu kat internet secara bebas macam tu? Memang orang boleh guna free-free je lah even gagal dapatkan sijil pengesahan daripada pihak JAKIM sekalipun~

Namun, sebagai seorang pereka grafik, anda layak untuk memberi cadangan design, pilihan warna, jenis tulisan dan susunan layout design sebab ia di bawah kuasa anda, tetapi meletakkan logo yang diiktiraf secara sembarangan, bukan di bawah kuasa anda...lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan logo-logo berkaitan halal dan haram seperti logo Halal yang diiktiraf JAKIM.

Kalau customer minta aku letak logo Halal Jakim, aku akan minta dulu mereka tunjukkan sijil dan bukti-bukti yang kukuh bahawa mereka adalah pemegang sijil Logo Halal yang diiktiraf oleh Jakim. Aku tak tahu, tapi aku percaya kalau aku letak sembarangan, aku akan dapat dosa free je, in case kalau produk tu tidak menepati 'halal' seperti dalam syariat Islam.

Jadi, dalam hal macam ni, designer juga bertanggungjawab dan boleh mengelakkan hal ni berlaku. Sekian itu saja, majulah designer untuk negara~ Hahaha~ harap bermanfaat :)

p/s : tapi kalau Cadbury, aku tetap mencurigai JAKIM. Ngahaha :p baca entry lama aku tu kat SINI



3 comments:

  1. betol tu awak. Naseb awak ni clear pasal tu

    ReplyDelete
  2. so cadbury ni halal ke tak ni ... betui tu .. geli betui aku baca entry ni ..nasib baik tak penah beli bihun tu

    ReplyDelete