Happy Three Friends

Miss Money

Wednesday 28 May 2014

Isu Cadbury



Kadang-kadang aku tak faham dengan kita ni...

Kita ni sebenarnya terlalu taksub untuk menghukum...

...

ataupun kita ni sebenarnya terlalu jahil tentang agama...?


...


Aku pun bukanlah reti mana dalam undang-undang mahupun agama, tapi aku masih ingat lagi ustazah aku dulu cakap...kalau kita termakan atau terminum sesuatu yang pada waktu itu kita percaya takde unsur-unsur yang haram seperti dna khinzir / arak / sebagainya (iaitu dalam erti kata lain, kita tak tahu pun ada benda-benda haram dalam tu), akan jadi 'tidak mengapa' sebab tidak sengaja. Sebaiknya jika kita dapat tahu tu, jangan makan atau minum lagi benda tu dan menginsafi diri sendiri supaya lepas ni, akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan atau minuman.

Yang silapnya tentang Cadbury ni adalah, macam mana logo halal boleh diberikan kepada produknya yang mengandungi DNA encik khinzir? Adakah salah Cadbury semata-mata, bila produk mereka telah pun diberikan halal walaupun produk mereka ada DNA khinzir? Perlu fikir pula, siapa yang luluskan 'logo halal' untuk mereka? Terlepas pandang ke?

Perlu diingat, majority mana-mana orang Islam yang pernah termakan Cadbury yang ada DNA khinzir ni, termasuk aku sendiri suatu ketika dulu...pilih dan beli coklat ni hanya selepas memeriksa ada ke tak logo halal kat packaging coklat tu. Bila ada logo halal, kita percaya JAKIM buat kerja dan kita percaya produk ini boleh dimakan.

Sebagai pengeluar bahan makanan / minuman atau produk, mereka mempunyai hak sendiri untuk letak segala benda dalam tu termasuklah yang haram mahupun bahaya demi mengaut keuntungan. Sebab itu tertubuhnya badan-badan khas untuk memeriksa benda-benda macam ni. Dalam isu halal haram macam ni pulak, kita percaya pada JAKIM. 

Satu je aku nak cakap, kalau betul JAKIM terlepas pandang takpelah, kira macam tak sengaja. Mungkin teknologi masa tu belum canggih lagi sampai tak kenal DNA khinzir macam mana. Tapi kalau disebabkan hal-hal lain yang disengajakan, itu jawablah dengan Allah sendiri. Wallahuallam.

Cadbury pun katanya akan tarik balik produk-produk yang ada DNA khinzir tu. So, dah lah, tak payah nak besarkan cerita. Terjerit-jerit minta Cadbury bertanggungjawab. Kadang-kadang orang yang tak makan khinzir ni pun perangai dia ala-ala b**i jugak...padahal dia bukan gemar makan coklat pun~ Haii~~

p/s : Islam itu mudah, tak perlu tukar darah kerana darah anda tercemar dengan DNA khinzir. Duit kopi, duit tepi, duit bawah meja, rezeki yang anda rasa halal itu belum tentu lagi 'dihalalkan' oleh Allah. Dan...bukan Cadbury saja yang haram :)



2 comments:

msredcheesecake said...

nice words...

eima said...

terbaik dik .....