Aku tak faham kenapa dan mengapa kalau di Malaysia ni, orang tak boleh terima kalau kita nak berubah secara perlahan-lahan. Paling ketara dalam isu nak menutup aurat, dan yang paling tak puas hati adalah dari kaum hawa sendiri. Mengapakah?
Adakah mereka dah terlalu bagus untuk memaki orang yang baru terkedek-kedek nak pakai tudung mahupun hijab? Adakah mereka terlupa yang mereka dulu bertudung pun sebab kena paksa pakai dekat sekolah? Adakah mereka lupa yang mereka dulu belajar mengaji pun asyik tersasul je? Bukan terus pandai...slow-slow lah beb...
Paling susah jika kau bergelar seorang artis...sorry selebriti. Artis dengan selebriti tak sama ya. Selalu berlaku apabila ada selebriti wanita yang dulunya seksi dan free hair, kini mula dengan memakai shawl dan baju-baju yang sopan sikit daripada dulu. Pasti ada je komen yang cakap macam ni...
"Nak pakai tudung, pakai lah betul-betul..macam ni baik tak payah pakai tudung..."
"Kata nak berubah, tapi pakai tudung masih nampak rambut lagi..macam mana ni?"
Kat Malaysia, rakyatnya memang begitu. Tak boleh separuh-separuh, kena tepat terus. Tak boleh kata 'sedang mencuba', mesti kena terus berjaya, hah. Macam tu. Langsung tak beri ruang pada mereka yang baru diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah secara perlahan-lahan.
Ada pula yang lagi lantang berkata,
"Jangan tunggu lambat-lambat kalau nak pakai tudung tu, pakai je elok-elok terus, takut mati kang tak sempat pulak..."
Damn! Begitu sinis sekali bahasanya. Itu daripada ustazah wannabe kah? Ini pun masalah orang kita jugak, suka tentukan orang tu masuk neraka, orang ni masuk neraka, dia je lah yang masuk syurga~
Lupakah anda tentang satu kisah sepasang sahabat, yang mana ada seorang yang baik dan seorang yang jahat ni, yang mana orang jahat itu telah banyak gila melakukan kejahatan, semasa hidupnya. Begitu juga yang baik itu, telah berganda-ganda melakukan kebaikan semasa hidupnya. Tiba suatu hari, masing-masing mula bosan, dan si jahat ingin berubah menjadi baik seperti kawannya itu. Dia ingin solat, sedekah, tak mahu jadi kaki botol lagi, tak mahu jadi kaki perempuan lagi, dan mahu beribadat kepada Allah. Yang baik pula, bosan dengan berbuat baik, dan berniat untuk melakukan kejahatan seperti kawannya itu, fikirnya..untuk satu malam je tak apa kot? Dan ditakdirkan, malam tu dua-dua mati. Dan dikisahkan, yang jahat itu bakal ditempatkan di dalam syurga dan yang baik itu bakal ditempatkan di dalam neraka. Dengan kuasa Allah, terhapus terus segala kejahatan orang jahat itu dek kerana niatnya yang bersungguh mahu menjadi baik. Dan malang pula bagi orang yang baik, yang berniat untuk menjadi jahat, akhirnya dengan kehendak Allah, segala amalan kebaikannya terhapus dan ditempatkan di neraka.
Jadi,sebenarnya kita-kita ni tak de kuasa dan kemahiran ataupun skill langsung nak tentukan tempat diorang kat neraka ke kat syurga.
Tentang artis dan kawan-kawan kita yang baru nak berjinak-jinak dengan memakai tudung, hijab dan berubah ke arah yang lebih baik, bagilah diorang masa untuk sesuaikan diri. Jangan kejam sangat.
Kadang aku terfikir, kalau lah kawan tu memang dah ikhlas dan niat nak jadi muslimah sejati, tapi dek kerana kita yang suka men-down kan dia kata itu kata ini, langsung tak memberi dorongan dan kata-kata semangat, sampai dia tawar hati nak berubah...
adakah kita akan 'didakwa' oleh Allah, kelak?
p/s : dah lama aku tak buat entry sarcastic mcm ni...
Tentang artis dan kawan-kawan kita yang baru nak berjinak-jinak dengan memakai tudung, hijab dan berubah ke arah yang lebih baik, bagilah diorang masa untuk sesuaikan diri. Jangan kejam sangat.
Kadang aku terfikir, kalau lah kawan tu memang dah ikhlas dan niat nak jadi muslimah sejati, tapi dek kerana kita yang suka men-down kan dia kata itu kata ini, langsung tak memberi dorongan dan kata-kata semangat, sampai dia tawar hati nak berubah...
adakah kita akan 'didakwa' oleh Allah, kelak?
p/s : dah lama aku tak buat entry sarcastic mcm ni...
mcm setuju..ye setuju sgt! kita ni kdg2 terlalu rakus nak menjatuhkan hukuman..org tu nak berubah menjadi lebih baik..harusnya disokong..ni tak..silap sikit habis kena sembur..siap aibkan org lagi..mcm la perfect sgt diri tu..
ReplyDeleteaiyak.. sape le punya mulut rupa tu?
ReplyDelete