Hoho ! Seronok betul time adik sedara aku ni cuti sem. Dia ada banyak siri buku FIXI dan buku-buku lain yang underground keluaran Dubook Press dan lain-lain. Aku panggil dia, perpustakaan bergerak. Hahaha...
Lepas habis baca buku Fixi, Gantung by Nadia Khan, aku pinjam yang ini pulak :
Buku ni masa mak aku tengok, dia kata 'owh ni buku doa-doa ni'...hahah terguling-guling aku gelak, aku cakap, tu FOA lah mak, bukan buku doa-doa..haha..tapi aku mengaku yang cover design dia nampak ala-ala kitab gitu~
So, apa jadahnya isi kandungan FOA ini???
Mengikut sedikit penerangan yang ada pada buku ni, isi kandungannya adalah beberapa entry daripada blog seorang blogger. Blog ni katanya dah lama mati (tak aktif lagi lah). Dan kini, si penulis blog tu dapat idea nak hidupkan semula blog dia dengan cara meng-kopi beberapa entrynya sendiri dan dijadikan sebuah buku. (buku ni lah)
Blog ni bukan sekadar blog biasa, terdapat 1,115 buah entry, dan karya-karya penulisan tersebut telah menghasilkan sebanyak 29,955 komen!! So, aku dah baca hampir separuh pada satu malam saja. Kalau tak mengenangkan hari ni aku kerja, memang malam tadi gak habis satu buku ni. Hehe..
Antara entry-entry yang terpilih untuk dimuatkan dalam buku ni, adalah perkara-perkara yang pada beliau, menjengkelkan. Dan ada juga entry tentang persoalan dunia dan sains yang memeningkan kepala otak aku dan membuatkan aku tak setuju dengan pendapat mamat ni. But it's okay, at least aku tahu lagi banyak pandangan dari orang lain, dan at least aku tahu..ada jugak orang yang fikir macam ni. Hahaha...
But then, aku still rasa FOA ini menarik :D Nah, sila hafal cover buku dia ni, dan carik kat kedai...
Penulis tu cakap, kalau buku ni tak laku, dia akan kembali menulis entry bangang di blog dia sambil memadam komen "Royi dan Bisjut"....sadis tol beliau ni.. Haha btw, anyone knows apakah Royi dan Bisjut itu???
Oh. Rupanya Ada kisah begini. Ingatkan blogger cantik saja Ada buku. Tp idea dia bole dpuji. Kreatif. Dan ongkos juga la kena Ada serta keberanian. Kalau x berani mana bole terbitkan
ReplyDeleteMomoy x jmpa lg kat kedai buku area sini