Tuesday, 9 September 2014

Cara Orang Bujang Kendalikan Gaji Bulanan Beliau


Salam...(n_n)
Hmm...orang bujang? Eh saya lah tu~ Hahaha...sementara belum kahwin ni, eloklah simpan duit bebanyak sikit kan~ Okay, hari ni aku sebagai seorang manusia yang masih lagi bujang, nak share macam mana aku manage duit gaji bulanan aku yang berkepuk-kepuk tu... (lebih Rm 1000 kira banyak lah tu kan~hahaha)

How do I manage my monthly salary?
(cheh, bajet aku sorang je yang reti manage salary..haha)
Inilah reaksi kita bila dapat gaji kan? Hahaha...

Selalunya, memang aku akan bahagikan gaji aku kepada 4 agenda utama iaitu :

i. Agenda membalas jasa emak dan abah
ii. Agenda membantu meringankan beban emak dan abah
iii. Agenda membayar hutang-piutang
iv. Agenda untuk masa hadapan

Penerangan di sebalik agenda-agenda tersebut (chewah)~ :

1. Agenda Membalas Jasa Emak dan Abah

 

Ini adalah aktiviti yang separuh wajib, iaitu bawak family pergi 'merasa' makan kat tempat orang-orang kaya. Hahaha, selalunya mak abah aku je yang ada, sebab adik aku kerja. Kesian beliau. Ini sebulan sekali je lah, so bawak diorang pergi makan mana-mana yang bajet VIP dan western-western gitu. Aku nak mak abah aku merasa suasana makan kat restoran-restoran yang macam tu. Contoh kalau bulan tu, aku macam terdesak sangat dan takde duit, aku just belanja Marrybrown saje. Haha :p

2. Agenda Membantu Meringankan Beban Emak dan Abah



i. Aku akan restock segala bagai toiletries untuk rumah, ni selalunya sebulan sekali je pun, biasanya tak sampai Rm 100.

ii. Topup biskut-biskut dan kudapan untuk rumah. Kitorang suka makan benda-benda ringan camni kalau kat rumah. Ini pun tak makan sampai Rm 20 pun :D

3. Agenda Membayar Hutang-Piutang



i. Haruslah hutang PTPTN, tiap-tiap bulan bayar Rm 138.oo (jumlah ni yang dah ditetapkan oleh pihak PTPTN, selama berapa tahun entah lupa pulak aku)

ii. Hutang-hutang lain (rahsia~ hahaha)

4. Agenda Untuk Masa Hadapan



So, macam yang korang semua buat, aku pun ada menyimpan sebahagian daripada gaji aku tu untuk tabungan pada masa hadapan iaitu :

i. Kahwin
ii. Lepas kahwin
iii. Kembangkan bisnes pada masa akan datang
iv. Lain-lain hal yang emergency

***********************************************

Jadi, itulah agenda-agenda utama disebalik ke mana menghilangnya gaji bulanan aku kan~ Haha..aku percaya, masing-masing punya tanggungjawab yang berbeza daripada aku, mempunyai masalah kewangan yang berbeza daripada aku, dan juga lain-lain hal yang tak sama antara korang dengan aku. So, pandai-pandailah uruskan gaji bulanan korang tu supaya tak menyesal di kemudian hari. Aku ada spend jugak duit untuk aku beli baju aku, kasut dan lain-lain benda yang aku nak, cuma aku lebih pentingkan mana yang lebih perlu dibeli, berbanding beli barang-barang idaman aku seperti beg Carlo Rino~ Hahaha :P

Photo courtesy of Carlo Rino // The Crystal White Shimmer Collection

Okay, thanx sudi singgah sini (n_n)

p/s : Seriously, tak semua benda yang kita suka, yang kita minat sesangat, dan yang paling kita idamkan, kita kena beli okay~~ada kalanya, minat tu perlu sekadar minat je, tak perlu bersungguh-sungguh nak memiliki.

5 comments:

  1. inshaaAllah b=mudah rezeki dik ... sbb pertama ko ingat kat parent ko ... satu lg masukkan dlm list infaq dan zakat .. inshaaAllah lebih berkat rezeki kita ...

    ReplyDelete
  2. eima : yup2, sedekah pun ade, tp xtulis je..hehe

    ReplyDelete
  3. wah esok dh kawin duit jatuh ke anak2

    ReplyDelete
  4. Saya tengh berkira-kira nak borong novel nie tapi hold dulu takut sampai hujung bulan nanti makan biskut je masa lunch hahahaha... banyaknya awak boleh simpan, sampai 1000.


    nie mesti gaji 2000 - 3000 nie kan? hehehe

    ReplyDelete
  5. bgus cara sis tu.

    moga semakin murah rezeki..

    ReplyDelete