Monday, 8 September 2014

Review Snowdrop Cloth Pad & Pantyliner


Salam...(n_n) hai korang!
Hoho, mati sekejap blog aku ni haa..takde idea betul nak menulis. Hihi..okay, kali ni aku nak review tentang sejenis pad yang boleh dibasuh dan boleh digunakan semula untuk kegunaan di hari-hari yang mendatang iaitu~~~~~

 Cloth Pad :D

Comelkan (n_n)

Pad ini merupakan alternatif kepada penggunaan pad biasa yang pakai buang tu. Selain corak-corak dan warnanya yang 200x lebih comel dan menarik berbanding pad-pad biasa, Cloth Pad juga dikatakan lebih selamat penggunaannya berbanding dengan pad-pad biasa.

Kalau ikut pemikiran aku pun, memang jauh lebih selamat, sebab Cloth Pad ini, 100% guna bahan-bahan yang memang memiliki ciri-ciri menyerap yang hebat seperti kapas, organik dan sintetik). Lagipun, ramai yang dah DIY sendiri Cloth Pad untuk kegunaan mereka sendiri. So, kalau DIY tu memang langsung takde bahan kimia lah kan, sebab tu aku boleh kata Cloth Pad lebih selamat berbanding pad-pad biasa yang majoritynya dibuat di kilang yang kita tak tahu, entah apa yang diorang campur sampai boleh jadikan darah kotor kita tu kepada bentuk gel. Confirm lah kena guna bahan-bahan kimia tertentu kan?


Untungnya beli Cloth Pad, adalah kita boleh customised kan sendiri corak dan warnanya mengikut citarasa kita. Dah macam boleh buat koleksi pulak kan~ hahah. Comel pun comel kan :D Daripada kekemasan jahitan pun memang kemas lah, sebab yang buat semuanya pro menjahit. :D


Dengan penggunaan Cloth Pad jugak, nyata lebih menjimatkan berbanding kalau kita beli pad jenis yang pakai buang tu kan. Dan bagi korang yang memang guna pantyliners dalam kehidupan seharian korang, better lah beli ni, sebab memang jimat untuk kegunaan jangka panjang :)

Mengikut testimoni tentang Cloth Pad ni, ramai yang cakap senggugut diorang mula berkurangan dan pelbagai masalah lagi seperti keputihan tu semua dapat juga dikurangkan. Lepas tu, kalau pakai, rasa sangat selesa sebab fabrik yang digunakan memang lembut, jadi tak rasalah gatal-gatal ke apa. Yang ni aku setuju jugak, sebab ada certain brand pad yang aku tak boleh pakai sebab permukaan pad tu terasa kasar, dan jadi gatal bila pakai. Sangat tak selesa tau~ terus tak nak guna lagi brand tu :p



Bagi yang memang basuh pad pakai buang yang dah 'kotor' tu sebelum betul-betul buang di tong sampah, mungkin takde masalah lah untuk bertukar kepada Cloth Pad, sebab konsepnya sama je, basuh pad lepas digunakan, cuma yang ini boleh disimpan dan digunakan semula.

Bagi yang lepas pakai terus buang tanpa membasuh pad yang dah ada darah tu, sebenarnya itu bahaya tau. Lagipun, Islam memang dah ajar supaya jaga kebersihan kan, so tak elok biar bekas darah kita tu terbiar tanpa berbasuh macam tu. Sebab itu darah kita, kalau ada orang yang berniat tak jahat, dia boleh gunakan darah tu untuk memudaratkan kita. Ada juga yang aku dengar, kalau hantu hisap darah kita yang dekat pad tu, nanti hantu tu datang cari kita sebab nak hisap darah kita (just incase kalau darah kita tu sedap lahh~ hahaha)

Aku yang ngeri dengar citer-citer camtu memang bersih-bersihlah aku cuci siap letak sabun bebanyak biar hantu tak suka :p haha~ okay melalut sudah :p

Nah, pada korang yang berminat nak beli Cloth Pad ni ataupun berminat nak tahu lebih lanjut tentang Cloth Pad ni, boleh lah terjah Facebook Snowdrop / Blog Snowdrop (Klik). Dekat blog dia lagi banyak info dan penerangan kalau korang still rasa tak yakin dengan Cloth Pad :)

Ini harga promosi kalau korang nak beli yang set punya. Memang agak mahal tapi berbaloi untuk penggunaan jangka masa lama.

Ini pulak harga promosi untuk pantyliner yang beli satu-satu je :


Haa okay sekian review Snowdrop Cloth Pad ya. Harap bermanfaat dan thanx sudi singgah sini :D

p/s : ada sesiapa yang dah pernah cuba? Meh komen sikit ceritakan okay ke tak? Hehe..

*******************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


4 comments:

  1. xpernh beli lg..nanti nak try jugala..

    ReplyDelete
  2. dari hari tu lagi fikir mcm mana nak basuh dan jemur..malu bila anak tanya nanti....

    ReplyDelete
  3. tebal tak ...
    klu time heavy flow bocor tak ?pastu klu heavy flow time office hour cam ne .. nk kena basuh beria kat opis nk bungkus bawa balik ke ... leceh la .... huhu

    ReplyDelete