Salam.
Yuhuuuu~~kali ni celebrate birthday abah, kami decide nak try makan di sebuah cafe baru area bangunan belakang Jakel yang baru berdekatan Angsana Mall, JB iaitu :
Lokasi: 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre Johor Bahru
Kami sampai jam 6 lebih, tapi dah ramai orang dah masa tu. Nasib dalam ada table kosong lagi.
Setiap meja ada 'order chit' ni yang menempatkan kertas tempahan dengan pensel kayu. Paling best siap tertera harga lagi tu, selalu mana peniaga nak letak rege kat situ kan..
Ni minuman kami, dari kiri Bandung Special (Rm4.50), Teh Tarik (Rm 3.50), Bandung Cincau (Rm 4.00) dan Teh (Rm2.50). Cafe-cafe macam ni biasa air dia mahal sikit.. T_T
Kami cuma order dua food saja iaitu Kacang Pool untuk aku, mak dan adik...
Customer yang dah penah rasa kacang pool Cupchai cakap kacang pool ni lagi sedap daripada 'kacang pool Balai Bomba'. Tapi bila aku rasa, dua-dua pun sangat sedap. Hahaha..cuma yang balai bomba punya lebih pekat dan kacang dia besar-besar berbanding Cupchai punya, but dua-dua tak mengecewakan :D
Dan juga roti titab, abah aku yang punya. Abah order sebab nak tahu camne rupabentuk dan rasanya, rupanya macam ni. Atas roti tu sapu kaya dengan telur. Aku tak tahu apa rasanya bila dicampurkan dua bahan tu. Dan aku still wonder kenapa namanya roti TITAB??
Kat Cupchai ni ada jugak menu 'Makan Berjemaah' tau, ni haa nasi kukus ayam berempah dia dalam dulang..sunnah Nabi ni..satu dulang 3 set nasi semua hanya Rm20 saja!! Best kan :D
Sumber Gambar |
Okay itulah dia sedikit sebanyak review tentang Cupchai Cafe & Resto ini. Bagi aku, kalau korang nak makan dengan harga yang murah tapi nak makan dalam sebuah kedai yang berkonsep unik macam ni, Cupchai lah tempatnya. Tapi kalau korang nak tempat yang cozy dan boleh nikmati hidangan dengan aman, bukan di Cupchai sebab suasananya agak 'hangat' dan sesak sikit. Hehehe..
Okay tu saje, thanx sudi singgah sini (n_n)
p/s : harga memang berbaloi, nanti nak pergi lagi nak 'makan berjemaah' pulak~ hihi :D
menarik ...mmg plan nk pi jb lagi ni ... nanti ai pi cari kedai ni ....
ReplyDeleteyeahhh ade tempat baru nak makan kacang pool! great! kt balai bomba tu mcm susah nak park
ReplyDelete