Salam.
Alhamdulillah sepanjang aku berjalan kaki untuk ke mana-mana sebab aku takde kereta, tidak ada kejadian yang tak diingini seperti kejadian ragut berlaku terhadap aku. Minta dijauhkanlah. Kejadian ragut ni memang kalau dah nak jadi, memang akan jadi. Nak elak 100% mungkin susah, jadi apa yang dapat kita buat adalah dengan mengurangkan risiko diri kita daripada menjadi sasaran para peragut sekalian.
Tips Kurangkan Risiko Dari Jadi Mangsa Ragut
Jika anda membawa handbag (terutamanya kaum wanita)...
1. Jangan berjalan dengan mata yang asyiklah tertumpu pada smartphone! Ini akan menyebabkan anda tidak peka pada keadaan sekeliling dan memudahkan kerja peragut. Tau-tau je dah kena ragut dengan smartphone-smartphone sekali haa~
2. Jangan berjalan sambil dengar lagu guna headphone / earphone! Ini juga membuatkan anda langsung tak dengar jika ada motor yang cuba menghampiri dari belakang yang mungkin cuba untuk meragut beg anda.
3. Berjalan pada arah yang bertentangan! Supaya anda boleh nampak setiap kenderaan yang datang, dan boleh bertindak lebih cepat sekiranya ada kenderaan yang kelihatan mencurigakan.
4. Sekiranya terpaksa juga berjalan pada arah yang sehala dengan arah kereta yang datang seperti gambar di bawah, pastikan beg anda dialih kepada sisi yang tidak bersebelahan dengan kenderaan yang lalu-lalang. Perempuan ini sepatutnya mengalihkan beg nya ke sisi belah kirinya supaya begnya lebih terlindung dan sukar diragut.
5. Jika anda seorang pejalan kaki yang tegar, maksud aku memang pergi mana-mana naik bas, dan selalunya perlu berjalan kaki seorang diri, seeloknya gunalah handbag yang bewarna gelap (lagi gelap, lagi bagus) dan perincian beg tu tidak terlalu mewah. Handbag berwarna gelap, tiada ber-blink2, tiada emas2 dan sebagainya dapat mengurangkan daya penarik untuk diragut.
6. Cara berjalan - Jangan berjalan dengan terlenggok sana-sini macam model / Jangan berjalan dengan tertunduk je macam takde keyakinan diri! Cara berjalan yang seperti ini hanya akan menunjukkan anda sangat bersifat perempuan yang lemah-lembut dan lemah, yang menyebabkan peragut merasakan andalah sasaran yang tepat! Jangan biarkan peragut berfikiran macam tu terhadap anda.
Jika mereka samseng, anda juga perlu berjalan seperti samseng. Jalanlah dengan penuh keyakinan, tegak dan renunglah dengan tajam anak mata orang-orang sekeliling yang dirasakan mencurigakan. Biar kita 'cari' dulu muka-muka yang mungkin tengah merenung kita dengan niat jahat. Bak kata pepatah yang aku cipta; 'Biar mereka dulu yang takut dengan kita, bukan kita yang takut dengan dia!' Hahaha~mana anda nak? Biarlah dipandang macam kasar gila pempuan ni, janji peragut fikir 2,3 kali nak ragut kita.
7. Sekiranya terpaksa berjalan seorang diri dan rasa macam risiko tinggi gila untuk diragut di situ, sila sumbat barang yang terpenting saja seperti phone dan purse anda terus dalam poket yang ada. Means kalaulah ditakdirkan kena ragut, takdelah meratap sangat. Boleh lepas je beg tu kan sebab takde pape yang penting kat dalam.
8. Tapi, kalau memang dah ditakdirkan nak kena ragut tanpa anda sempat melakukan sebarang persediaan-persediaan di atas ni, aku mohon lepaskan je lah handbeg tu. Jangan cuba tarik atau melawan sebab ragut ni boleh ragut nyawa sekali. (sebab tu aku tak bagi tips bawak payung ke apa untuk pukul peragut). Kalau kata dalam tu ada duit untuk sekolah anak, takpelah redhakan je lah daripada nyawa kita pun diragut, terus tak dapat jaga anak lagi untuk selama-lamanya. Kita ni kena terus bertahan hidup demi orang-orang yang kita sayang. Duit tu insyaAllah boleh dicari.
**********************************************
Sekian, harap bermanfaat. Certain memang daripada pengalaman aku sendiri. Siapa yang tak takut kalau berjalan sorang-sorang? Sekarang ni kat mana-mana je orang dah berani meragut. Sebab tu aku dah terbiasa jalan macam orang nak g perang dengan muka bengis macam gorila. Bila kita sendiri, kita yang kena defend diri kita sendiri, so do whatever to save yours.
P/s: sementara belum kawin ni, aku masih belum berminat nak beli kereta. Dapat save banyak kot untuk kawin. Hahaha!
tak yah beli la klu dah kawen pun suruh hubby je anto lagi selamat ......
ReplyDelete