Salam.
Sebenarnya, satu minggu yang lalu aku asyiklah research tentang emas. Bukan setakat research tentang harga emas semata, tapi turut fahamkan emas mana yang elok, jenis emas yang bagaimana paling berbaloi untuk dibeli, kat mana nak beli emas, kat mana nak jual semula emas, adakah semua jenis emas diterima untuk dijual/pajak di bank, penipuan skim beli emas, termasuklah yang halal haram daripada urusan jual beli emas.
Semua ni aku research sebab aku serius nak beli emas. So, memang lah kena research dan study betul-betul kan. Jadi, ilmu yang aku dapat tu even sikit je, aku rasa tak salah kalau nak dikongsikan dengan semua. At least aku tak lupa ilmu ni sebab aku dah catatkan dalam blog ni. So, pada yang berminat nak beli emas, tapi still rasa blank tak tau mana nak mula, meh baca ni...
Term-term yang perlu kita faham dalam urusniaga emas:
i. % Spread : % susut nilai / % nilai yang merosot (semakin tinggi % spread bila kita jual balik emas kita, semakin rugi kita)
ii. Sell Price : Ramai orang confuse Sell Price dengan Buy Price. Sell Price adalah harga syarikat itu jual emas kepada kita.
iii. Buy Price : Harga syarikat itu beli emas daripada kita.
iv. Emas Pelaburan : Seperti jongkong emas dan syiling emas / dinar emas
v. Emas Perhiasan : Barang kemas seperti rantai emas, cincin emas dll.
1. Emas Pelaburan VS Emas Perhiasan
Kalau kita beli emas, untuk jual semula bila harga emas naik, kita disarankan agar membeli emas pelaburan yg berbentuk jongkong emas, kepingan emas atau syiling emas sebab harganya lebih murah, dan bila dijual, % spreadnya lebih rendah iaitu sekitar 4% - 10% sahaja, berbanding emas perhiasan, % spreadnya tinggi gila kalau jual balik! Rugi!
Pulak tu, kalau kita beli barang kemas, harganya lebih mahal sebab termasuk upah tukang emas + harganya ikut persatuan kedai emas, so agak rugi di situ sebab diorang mestilah nak untung sikitkan bila kita beli daripada diorang. Pastu bila jual, % spreadnya lebih tinggi iaitu sekitar 20% - 25% sebab barang kemas korang dikira sebagai used gold / second hand gitu!! Merosot banyak gila daripada harga beli kalau korang nak jual kat kedai emas kan? So, kesimpulannya...
Beli untuk jual masa harga emas naik : emas pelaburan
Beli untuk cantikkan diri, untuk pakai : emas perhiasan
2. Kat mana nak beli emas pelaburan??
Actually banyak tempat boleh beli, antaranya adalah bank, kedai emas, Bank Negara Malaysia (syiling kijang emas BNM), Dinar Kelantan dll.
i. Kalau beli dekat bank, untuk barang kemas boleh dapat murah sikit sebab most of emas diorang adalah emas kepunyaan penggadai yang tak mampu tebus balik emas diorang, so that's why pihak bank lelong murah. Tapi kena ingat, emas yang murah, jual balik nanti pun mestilah murah kan? Dalam pelaburan emas, yang murah tidak semestinya dapat beri keuntungan yang banyak.
ii. Emas pelaburan pun ada jual di bank, tapi dah siap plastik seal kekal. Seal tu kalau terbukak, % spread memang terus kena dalam 25% camtu. Memanglah kita simpan elok-elok emas tu, tak bagi seal terbukak, tapi cuba fikir...if kita nak jual / pajak, seal tu memang confirm kena bukak untuk disahihkan ketulenan emas dalam tu. So, once seal dah bukak, kena spread 25%. Pendek kata, beli emas kat bank, siap sedialah kena spread tinggi camtu.
ii. Kalau beli dekat kedai emas, diorang caj lebih sikit daripada harga emas semasa sebab kena ikut harga persatuan kedai emas. Tapi, leceh kalau nak jual balik. Emas diorang ni memang siap-siap dalam plastik seal kekal. Seal tu kalau dibukak, emas tu terus susut nilai sebanyak 25% (sama macam bank), sebab dikira macam used gold. Then, if nak jual balik, kena ada resit asal pembelian tu. Kot korang simpan 10 tahun emas tu, agak2 ingat lagi tak mana korang simpan resit asal ye? Tak pun tulisan kat resit tu punnn dah pudar. Hahaha...so leceh, aku tak nak beli kat kedai emas.
iii. Beli Dinar Kelantan / BNM lebih selamat lah kan, tapi mengikut pengalaman2 orang yang suka kumpul emas ni...bila harga emas semasa turun, Dinar Kelantan dan BNM selalu kekurangan stok. So, tak dapat nak beli even rege tengah murah. Selalu habis stock! Susah jugak kan? Hmm~
iv. Beli di syarikat sah yang menjual emas. Ini langkah alternatif yang ramai pelabur emas pilih. Sebab apa, kebanyakan syarikat macam ni, diorang ada kilang lebur emas sendiri, sebab tu diorang boleh jual emas dengan harga yang murah, dan boleh beli balik emas kita dengan % spread yang rendah. So, dalam banyak-banyak syarikat emas yang ada, aku baca ramai yang rekomen dan puas hati dengan syarikat emas Public Gold.
(btw, yang aku share atas ni adalah kesimpulan daripada perbandingan sendiri je. Itu pun lepas ditapis ikut pemerhatian aku tentang mana okay, mana kurang okay untuk aku. Sebab aku nak beli emas kan, so ikut aku lah, haha..lain orang lain pemerhatiannya. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh research sendiri dan bandingkan sendiri ya)

3. Halal Haram Jual Beli Emas
Kalau dulu, jual beli emas wajiblah dibuat secara tunai dan kita terus dapat barang pada masa yang sama. Tapi zaman dah berubah, banyak emas dah dijual online dan ada beberapa cara semasa urus niaga emas tu, antaranya adalah...
i. Lock harga emas (beli secara online) : Contoh hari ni, kita tengok harga emas 3g Rm500. Kita terus place order, means kita dah lock harga untuk beli emas pada harga tersebut. Jadi, jika kita bayar 2 jam kemudian dan harga emas telah berubah jadi 3g Rm510, kita masih tetap boleh bayar dengan harga Rm500, sebab kita dah lock harga. So, dapatlah kita 3g emas dengan harga Rm500, dengan syarat pembayaran SECARA TUNAI. (Dibenarkan dalam Islam)
Untuk jual beli emas ni memang wajib dibuat secara tunai. Mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, transaksi seperti pemindahan wang (transfers) mesin ATM, Bank in, guna cek dan sebagainya adalah dikira sebagai pembayaran tunai. (Dibenarkan dalam Islam)
Lepas kita buat bayaran, kita kena dapat satu resit ataupun bukti yang membolehkan kita menuntut emas yg kita beli tersebut.
ii. Beli emas secara bertangguh / berhutang / ansuran : Syarat ni khas untuk emas yg berbentuk jongkong emas / dinar emas, ia TIDAK BOLEH dibeli secara berhutang atau secara beransur-ansur. Bagaimanapun, kalau kita beli emas dan bayar guna kad kredit, ia masih dikira sebagai pembayaran tunai, SEBAB...
Hutang yang berlaku adalah di antara kita dengan pengeluar kad kredit tersebut. Contoh, kita beli emas guna kad kredit Maybank, so hutang kita dengan Maybank, bukan dengan si penjual emas. Yang tak boleh dalam Islam adalah, kita ambil emas dulu daripada penjual, lepas tu bayar nanti. Itu lah hutang yang tidak dibenarkan dalam Islam.
iii. Penyerahan emas kepada pembeli : Kalau mengikut Islam, urus niaga emas memang tak boleh ada sebarang penangguhan, termasuklah ketika penyerahan emas kepada pembeli emas. Misal kata kalau penjual dah dapat stock emas, dia kena terus serahkan emas tu pada si pembeli. Tak boleh tanggung-tangguh. Untuk kes self pick-up, kena terus call pembeli. Tapi, tak ada masalah jika pembeli buat keputusan untuk ambil emas tu lambat sikit pada bila2 masa yang dia free tanpa ada halangan, ikut kemampuan dia nak ambil bila.
iv. Buat akaun beli harga emas, tapi takde emas : Banyak bank dah menawarkan akaun beli harga emas macam ni, nama akaun ni Akaun Pelaburan Emas. Yang ni memang kena hati-hati sikit, sebab takut statusnya jatuh HARAM! Kenapa??
Kita kena ingat semula, jual beli emas memerlukan pembayaran secara tunai, dan kita pegang emas yang kita beli. Maksudnya, kita memiliki emas yang kita beli tu. Kebanyakan bank yang menawarkan Akaun Pelaburan Emas ni tak benarkan kita buat pengeluaran emas fizikal (jongkong / dinar). Jadi timbul persoalan, adakah bank tersebut betul2 ada emas tersebut??
Buka Akaun Pelaburan Emas ni dikatakan lebih selamat, sebab bila kita beli (bayar harga emas), kita hanya akan dapat resit. Emas takde dalam tangan. Duit tetap ada dalam akaun, dan akan meningkat selari dengan harga kenaikan emas semasa. TAPI...sebagai orang Islam, kita jangan ambil mudah bab halal haram ni...
Jadi, sedikit rujukan daripada Pakar Perbankan Islam (Ustaz Zaharuddin); untuk menjadikan aktiviti Akaun Pelaburan Emas ni menjadi Sah dan HALAL, kita kena pastikan...
i. Bank tersebut memiliki emas tersebut (bermaksud kita boleh keluarkan emas kita secara fizikal, secara seketol-seketol camtu haa)
ii. Bank beri bukti pemilikan / pembukaan akaun
Kalau dua-dua tu tidak, maka dikhuatiri aktiviti tersebut jatuh HARAM dan BATAL!
Dua contoh bank yang membenarkan pengeluaran emas fizikal adalah Maybank ( dgn jumlah 10g, 20g, 50g) dan Kuwait Finance House (dgn jumlah 1g, 4g, 10g, 50g) SUMBER
***************************************
Apapun, yang aku share di atas tu adalah mengikut apa yang aku perlukan. Sebab aku nak beli online, kena lock harga dan bank in duit bagai, so aku hanya fahamkan maklumat mengikut apa yang aku nak. Ada banyak lagi benda nak difahamkan kalau korang betul-betul nak study pasal urus niaga emas. Kot ada yang masih musykil, kot korang nak beli then bayar guna cek ke apa, boleh klik SINI (sumber terus daripada Majlis Fatwa Keb. Malaysia)
Emas kat atas ni adalah emas keluaran syarikat Public Gold. Dan Alhamdulillah, syukur ya Allah sebab aku dah buat transaksi untuk salah satu daripada emas tersebut. Sekarang tinggal tunggu mereka call untuk bagitau bila aku boleh datang ambil emas tersebut. Semoga semuanya berjalan lancar, aminn.
Btw, kenapa aku beli di Public Gold? Ada sumber mengatakan Public Gold adalah Scam! Tapi kenapa aku beli jugak emas kat situ? Klik sini untuk baca KENAPA :). Perlu diingat, apa yang aku ceritakan ni, kisah aku beli emas ke apa, aku harap pembaca semua tak salah anggap kata aku ni berlagak ke, riak ke apa. TIDAK.
Aku share, sebab aku nak fahamkan kat korang semua, camne nak beli emas. Camne yang dikatakan Haram dalam urusniaga emas. Macam mana boleh untung main emas ni. Niat aku cuma nak terangkan, seterusnya korang nilai sendiri, dan misal kata ada yang aku tak explain dalam ni, rajin-rajinlah research sendiri tanya sapa-sapa yang pakar. Jangan terus tanya agen, tapi tanya dengan yang pernah beli emas sebab banyak pengalaman dan banyak buat perbandingan, lepas tu baru tanya agen. So, that korang takdelah terus terpengaruh nak beli emas, boleh fikir dulu dan rancang pembelian korang. Hehe..itu saja, terima kasih sudi singgah sini (n_n)
P/s: nanti aku citer camne nervousnya aku masa nak place order emas ni. Nervous dia macam nak tunggu bakal suami kau setel akad nikah. Kahkahkah~

menarik .. penerangan cukup lengkap ...
ReplyDeletetp buat masa ni inilah pelaburan yang paling selamat
info yang sangat clear! time murah memang emas kena serbu habis! nak try buat gold investment jugak la lepas baca entry ni hehe
ReplyDeleteinfo yg jelas. tq for sharing. skrg mmg tgh popular org beli emas kan.
ReplyDeletetq for sharing..sekarang emas mahal..
ReplyDeleteSalam blogwalking: www.yanieyusuf.com
Alhamdulillah...ruby pun dah mula menyimpan gold bar dan syiling dinar 999.9...
ReplyDeletePowergold punya..bkn public gold...kita beli kita simpan sendiri..mmg by online skrg ni..ramai yg dah celik emas skrg..yela emas kan kalis sifar..
Simpan lama mana pun x expired..x dek susut nilai kan..
1gram 1bln 1 keluarga...
Spread yg di tawarkan oleh powergold mmg rendah sgt..8-15%
Jom menabung emas..
Emas di jangka berharga rm500/gram pd 2020...
Hehehhe..ruby ahli powergold..
Sis diana..skrg ni dah ade gold bar seringan 1gram..emas 999..boleh je beli ni..xsampai rm200 pun...
ReplyDeletePowergold pilihan saya..sy dh menabung
nice sharing......tapi bt masa nih ta tertarik dgn pelaburan emas..hooohooh...klik nuff thefaceshop...jemput sggh blog saya!
ReplyDeleteDear..Emas tu kita beli and kita simpan sendiri ke. Bukan simpan Kat bank yeh?
ReplyDelete