Sunday, 6 September 2015

SALE Lazada Yang Kelakar

Salam.
Lazada ni kan, suka buat lawak time diorang buat SALE. Banyak kali kantoi dengan aku yang memang suka ushar barang-barang online nih. Hahaha...

Beg lilac tu kalau kat Nile.com kan, harga dia cuma Rm25 je. Tapi kau tengok kat Lazada masa tengah Sale:
Harga asal Rm825!! Berdekah-dekah aku gelak depan PC sebab rasa sangat lawak. Ape ke munasabah sangatlah beg cenggitu rege sampai 800++. Takde jenama pun hah. Tapi lagi lawak kalau ada yang percaya rege asal dia memang macam tu. 

Come on lah, gunakan kuasa pemerhatian anda sebagai seorang wanita, takkan beg camni rege sampai camtu? Janganlah kena tipu bulat-bulat~ Dan janganlah terlalu ghairah sangat tengok peratus diskaun yang kononnya 90++ % diskaun tu~ Memanglah peratus diskaun banyak, sebab dia dah naikkan harga asal supaya diskaun nampak cam banyak. Lagi satu, harga lepas diskaun Rm33 saje katanya. Agak kelakar jugaklah, sebab aku beli beg tu Rm25 je pun. Dah dapat kecewa lak tu sebab buruk. Indah khabar dari rupa~ Isk..isk...T_T so, kesian jugak kat aku..hahaha

Okay, tu beg. Yang ini kamera pulak.

Memang berbulan-bulan lamanya aku ushar kamera ni. Setiap kali 'open' Lazada, aku mesti nak tengok kamera ni sebab aku suka. Dia kecik comel je, 6cm je! Sesuai untuk abah, abah suka amek-amek gambar. Tapi sampai skang aku tak beli lagi pun~ Hahah...

Lepas diskaun Rm199. Tapi kalau korang nak tau, itu memang rege asal untuk kamera tersebut. Plus kadang-kadang time diskaun real punya, dapatlah Rm179. So, takde maknenye 'You Save 33%' tu kan? Hahaha...pastu kalau nak beli barang di Lazada, kena rajin mencari. Sebab kadang-kadang untuk 1 item, ada sampai 2,3 harga yang berbeza! Kot korang malas, jumpa satu terus beli pun boleh, tapi jangan nangis lah kalau after that korang terjumpa harga yang lebih rendah untuk item yang sama sebijik. Hihi...tengok ni...
Ini aku screenshot dalam jam yang sama, pada hari yang sama dalam rancangan yang sama...hahaha..1 item yang sama sebijik daripada segi design dan spesifikasi, tapi ada dua harga. Korang klik link bawah ni kalau nak tengok:


Kot dah terbeli yang mahal, baru nampak yang murah...sila lah nangis, jangan malu-malu. Cara mudah, cancel order cecepat, then beli yang lagi murah tu. Haha!

Ada banyak lagi sebenarnya kemunculan harga-harga dan peratus diskaun yang tak munasabah di saat-saat mereka melakukan SALE lah kononnya. Ada lagi contoh lain yang kantoi, tapi aku malas nak tulis lagi, cukuplah 2 ni je agar korang berhati-hati. Jangan tengok sangat % diskaun tu, tapi tengok rege asal dia...betul ke harga asal dia tinggi sampai macam tu?

Tips Shopping di Lazada

i. Jangan beli ketika SALE. Serius, sebab masa tu lah harga berada pada keadaan yang asal. Buat apa nak beli ketika Sale kalau harga lepas diskaun sebenarnya lebih tinggi daripada harga asal kan?

ii. Jangan beli ketika SALE, dan gunakan kod voucher diskaun untuk dapatkan harga yang lebih murah. Ini nanti korang pergi web Lazada, adalah iklan-iklan yang pop out bagi kod-kod diskaun, haa try je key in kod yg diberi tu. Hehe..

****************************************
Btw, taktik ni bukan Lazada je yang guna, even kat Mall pun ada guna jugak kadang-kadang, cuma aku tak alert sangat. Kalau Lazada ni, memang lahh aku tau sebab salu window shopping. Tapi, sale yang boleh dipercayai adalah di ZALORA (sempat lagi promote tu), cuma tu lah diorang cuma jual baju saje...Huhu~

P/s: lama tak beli barang online...saving maa~ Haha


7 comments:

  1. rara xpernah beli kt lazada, sbb tkt tertipu mcm ni lah.hehe

    ReplyDelete
  2. Urmmm kalo cheery xbape suka lazada..

    ReplyDelete
  3. beg harga 800+ tu mmg sgt kelakar.. huhuhu..sy jarang jugak beli dkt lazada, sbb pelik byk sgt brg yg sama tp harga tak sama..pening lah haha

    ReplyDelete
  4. oo laa ye ke Lynn, kak ana memang tak pernah beli online ni hihi :)

    ReplyDelete
  5. betul babe. selalu geleng kepala tengok harga dia. padahal harga kat luar or kat website lain lebih murah or sama je tapi lazada konon ada sale 90%. kalau nak beli apa apa kena compare kan few website . harga dia main naik turun. first tgk rm40, tetiba jadi rm480 -,- . mcm air asia betoi hahaha. lagipun lazada banyak OEM kan. T_T.

    ReplyDelete
  6. dah lama dah perasan ...ade ke vacuum hestar yang tak jenama tu harga rm1000LEBIH GILE KE HAPE TAH ....
    aku tengok kat mall rm129 je... pas diskaun lazada pun RM200++ gila
    jenama ayam kot

    ReplyDelete
  7. Hoho....nasib baikkkk tak pernah shop kat lazada ni.....pernah shop kat prrlove group je..itu je yang mampu nak...hahaha

    ReplyDelete