Monday, 24 December 2018

My Second Pregnancy

Salam :)


Alhamdulillah, selepas setahun aku diberi rezeki untuk merasa mengandung lagi. Haha~ memang tak plan, tapi aku dan suami macam pernah terdetik nak bagi adik kat Diang Marissa sebab kesian tengok dia main sorang-sorang.

Instinct Pregnant Lagi!

Masa sebulan sebelum puasa last year, aku terperasan yang aku tak datang period pada waktu yang sepatutnya. Mula-mula biar je dulu, tapi bila dah sebulan tak datang period, maka instinct tersebut mula menghantui. Chewah~ suami aku pun perasan juga tapi masing2 macam simpan je dulu. Hahah~

Insiden Suami Termuntah Tiba-tiba!

Masing-masing macam mendiamkan je pasal ni, sampailah satu masa tu... kitorang tengah makan malam. Tetiba je muka suami aku jadik lain pastu terdiam, pastu tetiba terus berlari ke sinki dapur. Muntah!!
Aku pun gelabah lah terus tanya kenapa? Kenapa?? Dalam hati dah suspen, lauk aku masak pelik ke hari ni?? Matilahh~ hahahaha.. bila suami dah reda, dia cakap tak tau kenapa. Tetiba rasa mual loya pastu nak termuntah. Aku pun cam..erk.. apekah?

Actually, dalam hati aku masa tu rasa makin kuat instinct aku pregnant tu. Sebab memang kadang2 loya tu kena pada suami. Suami aku pun dalam diam instinct dia makin kuat juga macam aku.

Beli Pregnancy Test!

Tapi bila dah nak masuk 2 bulan aku tak datang period tu akhirnya aku dan suami mula lah membuka mulut pasal tu~ haha so kitorang setuju untuk try sendiri guna pregnancy test tu. Punyalah nervous wehhhh, anak 1st gua baru setahun lebih kot masa tu. Hahaha :p

Habis check, memang jelas lagi terang-benderang hasilnya dua garisan. Hahaha takde kabur-kabur, memang jelas gila. Kitorang cuma gelak je tak tau nak rasa apa masa tu. Hahaha! Blur sama macam masa dpt anak pertama. Dalam hati aku dah risau kena marah nurse sebab jarak dekat sangat :P

Memang Rezeki!


Apapun, nurse kat KK Bukit Mahkota Bangi memang best. Takde sorang pun yang marah, diorang semua cakap "Wah, nak jadi kakak dah ye" pada Marissa. Hihi~ Doctor je cuma tanya aku, tak penat ke? Haha aku gelak je~

Sebab aku rasa dah memang rezeki. Masa awal mengandung tu aku ada makan buah nenas mentah banyak kot. Memang rezeki sebab mungkin benih tu lekat kuat, then Alhamdulillah sampai laaa ni~ dah nak masuk 9 bulan dah.. haha

DUE DATE!

InsyaAllah, due date aku next year.. akhir Jan 2019. Sekarang dalam proses wean off dengan anak 1st tapi memang selalu failed lah kan, sebab maknye tak bersungguh sangat. Hahaha!


Apapun, doakan aku dipermudahkan semuanya insyaAllah.. masa mengandung first tu rasa macam semuanya jadi dalam sekelip mata dan sepantas kilat je.. bila masuk 2nd pregnant ni rasa macam nervous nya nak merasa lagi detik2 cemas dan rasa sakit contraction tu. Hihi~

P/s: 2nd pun baby girl juga, insyaAllah... boleh jadi geng kakak Marissa :)


Wednesday, 21 November 2018

8 Idea Doorgift Makanan Sihat & Berkhasiat Untuk Kanak-kanak

Assalamualaikum semua (n_n)
Ya Allah rindunya kat blog, lama nya tunggu mood datang nak menulis tu. Hihi.. so kali ni saja nak share pasal idea doorgift.

Dulu-dulu masa sebelum kahwin duk sibuk share idea pasal doorgift kahwin kan, so skang dah jadik mak-mak ni mulah lah terfikir segala benda yg berkaitan pasal anak-anak dan kekanak sekalian alam. Hahah, so... berikut adalah:



10 IDEA DOORGIFT YANG SIHAT UNTUK KANAK-KANAK

1. SANDWICH
Tak kira lah sama ada telur / ayam atau buah-buahan sekalipun sebagai inti, memang ia akan jadi snek yang menyihatkan dan sesuai untuk dijadikan doorgift untuk kanak-kanak!


2. Buah-buahan Potong
Ini memang semulajadi sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak. Tapi, jangan letak bahan perasa seperti serbuk asam tu pulak ye~ hihi



3. Salad Buah / Sayur-sayuran
Kalau campurkan kedua-duanya pun sedap jugak kan?



4. Homemade Cookies & Sekotak Susu
Kenapa homemade cookies? Sebab anda boleh kawal kandungan gula dan garam dalam cookies tu :) Buat sebesar saiz tapak tangan untuk seorang pun dah cukup. Packkan cookies tu bersama dgn sekotak air susu Full Cream yang memang berkhasiat untuk kanak-kanak :D confirm mereka suka!



5. Pizza Roti Gardenia Yg Simple
Kan pernah viral ada orang buat pizza guna roti gardenia je kan? Haa, korang pun boleh buat dan jadikan ia sebagai doorgift untuk kanak-kanak. Tapi, nak jadikan pizza anda tu sihat, gantikan lah makanan proses seperti sosej tu kepada ayam atau daging segar ya :)

6. Puding Buah
Kanak-kanak mesti suka ini sebab sejuk dan menyegarkan!


7. Kekacang yang dipanggang
Kacang banyak khasiatnya ya. Terutamanya yang dipanggang. Ia lebih berkhasiat dan sihat berbanding kacang yang digoreng sebab panggang tak menggunakan minyak. Rasa nya pun lebih sedap dan rangup.. cubalah!


8. Jus Buah-buahan Homemade
Kalau anda seorang mak yang pentingkan kawalan gula dalam minuman untuk anak-anak, mesti anda berat hati nak beri anak anda minum jus buah yang ada jual di pasaran kan? Sebab majority branded jus buah yang dijual tu mempunyai kandungan gula yang tinggi gila~

So, kalau nak beri jus buah sebagai doorgift, anda harus rajin untuk buat sendiri jus buah-buahan itu daripada 100% buah sebenar, dan tanpa penambah perasa atau perwarna tiruan, kemudian packed kan ke dalam botol kaca yang ada sticker comel :) Barulah betul-betul yakin dengan khasiatnya :)



Jadi, tu lah sedikit sebanyak idea makanan / minuman yang bersesuaian dan berkhasiat untuk diberikan kepada kanak-kanak mungkin pada majlis hari jadi, perkahwinan dan sebagainya :)


Owh by the way, bila sebut pasal doorgift ni, aku teringat ada company ni buat doorgift yang murah tau. Doorgift dia pulak bukan biasa-biasa, hampir kesemuanya unik dan berguna jika dijadikan pemberian buat tetamu. Kalau untuk kanak2 ni, diorang ada sediakan pen comel kapsul ni sebagai doorgift, best kan?? Usharlah LINK INI untuk tengok sendiri produk doorgift mereka yg best :D

Semoga dengan menjaga apa yang kita beri kepada anak-anak orang lain, akan membuatkan orang turut menjaga apa yang mereka beri makan kepada anak kita. Hihi :)

P/s: i'olls adalah seorang mak yang pantang dalam pemberian snek dan junk food kepada anak2 aku. Nak makan tunggu dah besar nanti baru ko makan, nak. Haha~


Tuesday, 11 September 2018

Marissa's Milestone

Salam (n_n)
Apa kabar semua kawan2 blog? Aku sihat je, Alhamdulillah :D Sebenarnya dah lama nak tulis entry pasal ni, tp sebab laptop rosak, so kita perammmmm dulu sampai dah berbulan2. Kah!


So, entry kali ni nak tulis pasal perkembangan anak aku Marissa, tentang bila dia stat berjalan dan bercakap. Benda2 ni semua moment2 manis utk kita sebagai parents, so untuk mengelakkan keterlupaan, better aku tulis dalam blog, byk sikit boleh cakap :D

Tumbuh Gigi


Sebab kelahiran Marissa selang sebulan je dengan anak biras aku, Raisya.. so dapatlah tengok perkembangan dua2 orang baby ni macam mana. Bukan untuk compare siapa lagi cepat, tp lebih kepada nak memahami milestone baby gitu~ hihi

Bab tumbuh gigi, Marissa memang lambat gila tumbuh gigi. Adik Raisya dah tumbuh gigi dua batang, Marissa belum muncul lagi gigi dia. Dekat 8 bulan baru tumbuh gigi beliau. Lepas tu, tumbuh atas bawah sama dengan Raisya, tapi lepas tu pertumbuhan gigi Marissa lebih cepat pulak daripada adik Raisya.

So sekarang, Marissa dah ada 2 gigi bawah, 4 gigi atas dan ni pun dah nampak nk tumbuh lagi sebatang, sedangkan adik Raisya pula still ada 4 batang. Tapiiiiii, adik Raisya lagi banyak makan even gigi beliau tak banyak. Hihi :D

Bercakap


Haa bab bercakap pun Marissa lambat jugak daripada adik Raisya. Raisya dah boleh sebut certain perkataan2 dgn jelas masa dia 9 atau 10 bulan rasanya. Tapi aku tak risau sebab memang ada baby yg awal gila dah pandai bercakap.

Marissa pulak masa tu dia tak boleh cakap langsung, tapi dia faham apa kita cakap dan dia dah boleh bertindak ikut apa yang kita arahkan dia. Contoh kalau kita suruh ambil sesuatu, dia tahu nak amek apa. Benda first yg dia kenal adalah remote TV. Hahahaha! Senang bila baby dah pandai amekkan remote TV, mak bapak malas nak ngambilnya haa~

Bila Marissa start bercakap??

Dia start bercakap yang betul2 jelas bunyinya masa umur 1 tahun 4 bulan. Masa tu aku siap kira berapa perkataan yg dia reti sebut sebab takut nurse tanya. Hahah, masa tu dia reti sebut 10 perkataan iaitu:

Daddy, Amie (Mommy), Atuk, Nenek, Kakak, Abang, Adik, Baby, Meow, Dog (siap bunyi woff, woff) dan Air

Saje ajar dia sebut Apple, sekali jadi Api, hahah... owh ya, sebut Bapak pun dia pandai.. lawak gila sebab ko dah lah kecik dgn muka innocent, sebut bapak pun macam baik je bunyi nye..hahah

Dan sekarang Alhamdulillah dah makin banyak lah yg dia reti sebut. Mula2 ajar memang dia xtahu nak sebut, tp bila sekali dah pandai, dia memang akan belajar sebut je apa yg kita ajar sebab dah sampai masa dia utk bercakap.. tak semua baby sama :D

Berjalan



Bab berjalan pulak Marissa reti dulu daripada adik Raisya. Betul jugak lah kot kata org dulu2, bila cepat cakap.. lambat jalan. Bila cepat jalan, lambat cakap pulak.. hihi :p

So Marissa terus boleh berjalan masa umur setahun. Nasib baik masa first time dia dapat langkah banyak tu, Amie dah standby dengan fon nak rekod. So dapatlah detik2 indah tu..hihi dan mungkin sebab sorakan gembira dpd amie daddy dia tu lah dia pun terus je berjalan lepas tu. Hahah :p

Okay tu jelah sedikit sebanyak perkembangan tentang puteri kami, Marissa (n_n) Owh ya, kalau nak dibandingkan antara Marissa dengan adik Raisya, aku rasa Marissa dah 'keluar' daripada dunianya sendiri sebab dia dah macam budak2 dah aku tengok.. sedangkan Raisya masih lagi dalam dunia dia sendiri. Marissa skang suruh buang sampah kat tong sampah pun dah boleh dah.. bagus tolong amie (n_n)

Tips Main Cak2 Memang Berkesan!


Sejak Marissa kecik lagi, aku memang suka cak2 kan dia dengan cermin. Masa tu saja je mengagah dia, tapi lama2 rasa macam dia boleh belajar something daripada situ. Dia kenal dengan 'elemen kejutan' lebih awal dan dia boleh belajar tengok ekspressi dia sendiri bila tiru muka kita.

Adik Raisya kadang kalau aku agah2 dia sama2 depan cermin, muka dia blur je haa... haha :D

Tips Bercakap dgn Anak Hari2 Memang Berkesan!


Selalu baca kita digalakkan untuk bercakap je dgn anak2 even diorang tak faham dan tak reti bercakap lagi kan? Mula aku tak nampak apa kaitannya, tp sebab dh memang aku suka bercakap dgn baby plus aku takde kawan kat rumah selain baby aku ni, so cakap aje lah dgn dia.

Tapi, aku biasakan cakap benda yg sama supaya dia biasa dgn benda tu. Contoh,

1. Jom kita mandi, ok?
2. Marissa pakai baju ni boleh?
3. Dah habis mandi, kita naik ok?
4. Amie masak dulu, lepas tu kita makan boleh?

Aku pun mula2 tak perasan ending soalan aku selalu guna OK dan BOLEH tu. Masa Marissa mula2 sebut OK tu aku ok je lah sebab ingat dia reti sebut sebab senang nak sebut OK tu.

Tapi bila tiba2 masa tengah mandi tu, aku tanya macam biasa soalan yg no.3 tu.. Marissa for the first time ever jawab 'BLEH' (boleh).. aku jadik teruja! Kita tak tahu bila dia akan tiba2 reti untuk sebut, so kita biasakan je dia dengar dulu, bila sampai masa, dia akan tetiba je jadik boleh sebut, insyaAllah :D

*******************************
Kiri Adik Raisya, Kanan Marissa (beza sebulan je, Marissa lahir dulu.. hihi)

Haa okay tu je lah kot yg aku nak share. Kitorang baru balik dpd bercuti g Melaka. Tidur semalam je pun. Hahah nanti aku update lagi ya (n_n) Bye~

P/s: panggilan Amie untuk Mommy tu dah jadik kekal dah. So, akan datang nanti aku nak anak2 aku nanti panggil aku Amie je lah.. hehe (n_n)


Friday, 20 July 2018

Review Produk Best Daripada REVLON

Salam :)


Sejak suami aku kerja dekat advertising company baru ni, banyak jugaklah dapat free gift daripada client2 company dia, contohnya Pizza Hut dan Revlon. Baru2 ni dapat lagi produk mekap daripada Revlon. Banyak pulak tu! Memang happy lah sebab dapat mekap kan, even aku tak reti guna sangat pun~ Hahah :p So, dalam banyak2 produk yang aku dapat tu, tiga yang dalam gambar ni adalah yg paling aku suka sebab senang gila nak apply pd muka :D


1. REVLON PHOTOREADY

Produk ni best sebab dia macam foundation + compact powder sekaligus. Tekstur ringan dan mudah nak apply dan ratakan pada muka. Aku kalau malas nak pakai foundation yg jenis krim tu, aku tepek je Revlon Photoready ni haa dah siap! Agak-agak kalau dah pudar pergilah touch up balik tepek lagi kat restroom pastu selfie. Korang kan suka selfie dalam toilet~ Hahaha


2. REVLON INSTA-BLUSH

Haa yang ni best gila nak mati! Serius sangat best sebab aku first time guna blusher berbentuk stick camni. Sebelum ni yang aku tau, blusher jenis powder tu je lah yg kena sapu guna berus besar atau berus yg bentuk mcm pear tu kan? Eh, yeke? Entahlah haha~ sebelum ni kalau nak merahkan pipi aku just calit sikit lipstick pastu tonyoh lah kat muka.

Tapi lepas try Revlon Insta-Blush ni, serius rasa ya Allah senangnya hidup! Hahaha.. calit dia tak yah takut2 sebab warna dia light-light sangat dan senang nak blend dengan muka. Then sebab permukaan hujung blusher tu adalah stick yg bersaiz besar, korang tak payah lagi nak ratakan dengan jari. Tepek2 kat pipi, dah siap!, sesuai lah dengan nama dia Instant Blush tu.  Pink dia pulak sangat comel :D Best!


3. REVLON COLORSTAY - Brow Crayon

Last but not least, ni pun aku suka sebab stick dia bersaiz besar macam insta-blush tadi. Bila besar, sangat senang nak apply dan blend dengan muka kita. Macam Brow Crayon ni lah, mata dia besar dan bila sapu kat eyebrow, memang terus blend sebab hasil sapuan dia tu je dah lebih kurang sama dengan saiz eyebrow kita. Tak payah ratakan dengan jari pun dah nampak kemas dah hasilnya :D

Pakai Brow Pencil ni kadang bukanlah semata nak lukis kening sampai jadi fake, tp untuk manusia yg berkening halus macam aku ni, kadang bila keluar jalan tu, rasa macam kening tertinggal kat rumah sebab nampak xnampak je keningnya. So kenalah touch up sikit supaya org nampak aku ade kening. Hahaha~

Sumber Gambar
Okay tu saje lah beberapa produk daripada Revlon yg aku nak share :) Owh ya, ada dapat jugak Liquid Foundation Colorstay macam dalam gambar ni. Dah lah ni memang idaman aku, dapat pulak! Ya ampunn~ tp belum sempat try lagi sebab malas nak pakai. Pakai Revlon Photoready tadi tu je dah cukup dah. Hihi :D

Okay sekian review daripada saye, thanx sudi baca (n_n)

P/s: kalau tak sebab freegift, sampai bila lah xmerasa nak try semua mekap ni sebab kalau nak beli pun, xtau nak beli ape yang perlu untuk muka aku ni. Hahah!


Thursday, 19 July 2018

The Unplanned Trip to Pavilion, KL

Salam!


Ya, aku rasa perancangan yg tidak dirancang ni adalah kejam sebenarnya. Lagi2 bila kau terpaksa pergi ke Pavilion dalam keadaan yg tidak bersedia daripada segi persiapan dan penampilan diri. 

Pagi Sabtu tu konon nak bangun pagi bawak parents aku pergi sarapan je pun. Kebetulan warung sarapan tu memang sekangkang kera je dgn Stesen KTM, so suami aku cadang nak ajak parents aku naik MRT lepas sarap. See?

PLAN ASAL:
Round KL naik MRT, tanpa turun di mana-mana. OK? Deal. Aku setuju!

Tiba-tiba, terturun kat Pavi pulak. Ah, sudah!


Bukan cadangan orang lain pun, cadangan aku dgn suami aku jugak. So, sebenarnya kitorang lah yg kejam sebab paksa mak abah aku turun singgah Pavi dalam keadaan yg tak siap sepenuhnya. Hahah! 

Tengok je lah gambar kitorang kat atas tu haa, dah macam nak pergi mandi sungai kata suami aku! Dengan si Diang pun pakai baju hape je hari tu. Hahaha :p


Maka, berjalanlah sekumpulan 'orang kampung' kat dalam Pavi tu. Aku memang dah bajet natural beauty habis lah, padahal gila meroyan rasa sebab keluar tak calit mekap langsung. Yelahh, nak g sarapan je kan memula...sapu bedak dgn lip balm je lahh. Lepas redah matahari nak g pavi, cair bedak, Hahaha! Pulak tu mekap pun xbawak dalam beg. Huwaaaa!!

FYI aku memang xconfident kalau jalan tak mekap. At least pakai eyeliner dan lipstick supaya muka aku xpucat. Kah!


Aku tak boleh terima aku pakai camtu g Pavi. Dengan tudung bawal bersimpul kasih kat hujung, dengan tracksuit ala2 National Georaphic di kaki, nasib baik selipar aku Fipper yg ada label Gajah warna Chrome tu, so nampak lah sedikit bergaya kat situ~ Hahahahaha! Apekah! Mak aku sorang je yg nampak macam dah siap sepenuhnya. 

Apapun, best lah sebab dapat bawak parents aku naik MRT dan paksa diorang g Pavi, kalau nak tunggu naik kereta memang tak lah dengan jem dan sesaknya lagi. Sesat pun mungkin juga! Hahah :p




Okay tu je. Terima kasih sudi baca (n_n)

P/s: aku memang jenis tak percayakan natural beauty diri sendiri. Kalau dulu ya, tapi lepas jadi mak2 ni, rasa macam owh di manakah natural beauty ku? Dah ke laut kah? 


Review Hotel Eco Tree Melaka

Salam :)


Hoho! Inilah percutian yg tak dirancang sebenarnya. Tetiba pergi Melaka ni pun sebab nak merasa tidur kat ada satu hotel yg tetiba jadi viral sebab hotelnya harga berpatutan, tapi dalam dia mewah macam 5 bintang! Tapi tulah, terlambat book, so dah full. Sedih~ apapun percutian harus jugak diteruskan sebab dah canang kat parents aku kan nak bawak diorang pergi jalan2. Hahaha, so kena lah cari hotel lain pulakk~

Cari punya cari, akhirnya nekad nak stay kat sini. Memang dah google dulu baca review sume, so bila nampak je hotel ni, terus setuju!

Hotel ni agak Chinese looked sikit sebab masa tu tengah musim Chinese New Year. See! Punya lama baru aku dapat update entry pasal ni kan? Hahaha~ so jom baca review Eco Tree Hotel, Melaka ni :D

Decoration


Rooms
Kitorang ambil dua bilik, satu Deluxe Room je dan satu lagi bilik Studio Suite. Jom tengok gambar untuk memudahkan pemahaman korang, hahah :p

Ni lorong bilik-biliknya. Belah sini bilik aku, bilik parents aku hujung sana.. sana tu semua jenis bilik Studio Suite. Dekat je,so senang lah nak hantar anak aku main2 dgn atok nenek dia, muahahaha~



So ni gambar untuk Studio Suite, dua tingkat, tingkat satu living room ada tv dan bilik air. Tingkat dua ada tilam queen dan ada tv jugak. Sesuai untuk family yg ada 4-5 orang kalau jenis yg tak kisah tidur merata, sebab sofa dan ruang bawah tu mmg best untuk tidur secara bergelimpangan :p Hahah!


Untuk pengetahuan, ruang atas tu dia jenis open, kira naik tangga terus je nampak tilam semua tu, takde pintu. So kalau jenis penyegan nak tidur open camtu, better ambil connect room kalau jenis yg family ramai ok :D Ni pandangan daripada ruang atas ke bawah:




Okay tu untuk Studio Suite, skang ni kita tengok bilik Deluxe Room pulak :)




Haa bathroom dia semua jenis camni tau. Cermin pastu ada see-through sikit kat bahagian atas bawah dia tu. Pastu yg mcm legap sikit tu ala2 boleh nampak dalam je kan, hahaha! Actually kitoang hampir cancel duk kat hotel ni sebab bathroom dia ni laa...

Tapi staff bijak sebab bagi kitorang tengok dulu bathroom nya, aku siap tunduk2 lah nak tengok nampak ke tak kalau kita tgh mandi kan, haha nasib baik ok. Memang ok sebenarnya, tak nampak ape pun. Kaki pun nampak if korang menepek kat lantai tu haa... haha

Breakfast

Breakfast jenis buffet, banyak makanan, ada nasik lemak, bubur nasi, cereal, roti2 bagai, dan entah apa lagi pun aku xsempat nak survey. Gambar susun cecantik pun xsempat nak amek. Hahaha kebulur sgt kot masa tu :p

Dan yg paling best adalah, lepas breakfast kita pergi lepak kat rooftop pool hotel! Yahoooo~~~





  





Best gila sebab langsung takde orang dan pool tu mcm kitorang punya lahh, hahaha. Rugi tak mandi. Nak ikutkan mandi kat situ kena pakai baju renang, tp dah sebab ade kitorang je...boleh je mandi camtu je. Sebab pool level 9... bilik kitoang level 7... mmg bukak2 lift je terus sampai, so mmg boleh sgt kalau nak terjun kolam.. cuma tu lah, xbawak towel apa semua... wuwuwu so xdpt lah mandi. Rugi betul kalau igt balik! Hahah :p

So, tu je lah reviewnya. Eco Tree Hotel juga ada sediakan servis basikal kot lah korang nak menjelajah bandar Melaka naik beskal kan. Hihi!

Price


Kalau nak murah, boleh booking online dulu daripada walk-in macam kitorang. Btw, boleh survey2 dulu lah kot kat mana2 web untuk bandingkan harga mana yg lagi murah, bak kata Trivago. Hihi :D Tu je, terima kasih sudi baca :D

P/s: lama gila xmenulis, ayat pun macam tunggang-terbalik. Hadoi~