Saturday, 23 February 2019

Indoor Playground Best Untuk Kanak2 Area Bangi

Salam :)
Cuaca sekarang teramatlah terik, tapi tak tau lah tempat korang macam mana kan? Macam kat Bangi ni memang paneh ya amat! Nak bawak anak g main-main or jalan-jalan kat taman pun tak dan. Tapi, nasib baik ada satu tempat baru yang best dan selesa di sini untuk bawak anak-anak bermain iaitu di Aisha Kids Planet ni. So, hari ni aku nak share sikit pasal indoor playground di situ ya :)



Actually dah 3,4 kali jugaklah bawak Marissa datang sini untuk main-main. Best sebab tempat baru kan, jadi semuanya kelihatan kemas, selesa dan mainan pun memang masih baru-baru lagi. Kemain seronok lah bebudak yang datang nak main. Kena pulak kawasan nya besar, maka banyak dan pelbagailah permainan yang boleh dimuatkan di sini, antaranya adalah...

1. Little Tikes Car

2. Mega Blocks

3. Bijirin Sintetik
Ala, ni jenis macam pasir sintetik tu jugaklah tapi bentuk dia macam chocolate rice gitu. Aku panggil dia bijirin, suka hati lah kan aku nak namakan dia ape pun~ hahah! :P



4. Mega Trampolin

5. Main masak-masak


6. Playground & Those Balls

Haaa camne, best ke tidak? Confirm anak-anak korang masuk je terus teruja nak main semua benda dalam tu. Anak aku si Marissa tu pun samelah, dah lah kepochi... jerit2 excited lah dalam tu dgn suara kecik dia tu hahah! Masa pergi tu aku tengah pregnant, so daddy dia je lah yang tabah mengejar beliau ke sana ke mari. Hahah!







Tengah sibuk memasak katanya... busy bebenor lah tu~ masa mula2 datang dia sangat teruja 'berendam' dalam bebola-bebola tu. Tapi sejak dia dah try main bijirin tu, terus ralit lah dia duk dalam tu..




Dengan daddy-daddy sekali lah ralit main, taknak keluar pulak beliau daripada situ hahaha~ actually ramai je bapak2 yg asalnya nak teman atau ajar anak diorang main, tapi lepas tu diorang pun ralit duk bersungguh main masukkan bijirin tu dalam lori mainan kat situ. Hahaha!

AISHA KIDZ PLANET (Cawangan Bangi)


Harga yang dikenakan untuk bermain di sini jugak amatlah berpatutan. Korang boleh pilih nak selama 1 jam atau Unlimited. Beza dia pun tak banyak dalam berapa ringgit je:

Harga (Parents Free tau!)

WEEKDAYS
1 jam - RM10, Unlimited - RM15

WEEKEND
1 jam - RM12, Unlimited - RM18

*haa datang sini kena pakai stokin tau, baik bapak atau maknye, semua kena pakai stokin termasuk anak-anaknya. Kalau tak pakai, kena beli stokin kat situ RM3 sepasang.

*info harga ni maybe ada lain sikit dpd cawangan lain ye :)

Dalam ni jugak disediakan toilet ye, ada WIFI, then ada jual minuman ringan. Dan bagusnya mereka buat sistem COP bagi setia pengunjung, dia akan bagi kita kad so setiap kali kita datang kita kena dapatkan COP dpd kaunter. Cukup berapa COP nanti kita akan dapat FREE 1X Kemasukan. Haa gitu, bestkan?

Owh ya cuma satu je pesan aku,  janganlah ibu bapa yg meneman tu terlalu asyik sgt dgn gajet. Sila pantau juga anak-anak anda sebab kita tak tau kot lah dia termain kasar dan ganas sampai mengganggu ketenteraman budak-budak lain kan.. so marilah bersama pantau anak masing2 ye :) Masa ni lah kita nak ajar anak2 cara berkawan dan bermain dgn kawan-kawan :D
Okay tu je. Selamat bergembira bersama anak-anak anda :D

P/s: owh ye, Aisha Kidz Planet juga menerima rombongan kanak-kanak tadika dan juga sewaan ruang untuk buat birthday party atau apa2 event untuk kanak-kanak tau. Nak tau silalah klik sini

No comments:

Post a Comment