Friday, 19 July 2019

Cara Saya Kenalkan Emosi kepada Anak

Salam :)
Hai semua! Aku rasa semua mak2 pun tau kan, selain daripada anak mengantuk dan penat, salah satu sebab anak tantrum adalah sebab diorang tak tau camne nak komunikasi dengan parents tentang apa yang diorang rasa. Jadi, antara solutionnya adalah memperkenalkan 'nama-nama emosi' kepada anak supaya diorang atleast boleh 'beritau' kita apa yang mereka rasa masa tu.


Apa nama-nama emosi tersebut?
Ianya adalah seperti perasaan marah, sedih, gembira, suka dan sebagainya. Tapi untuk permulaan, aku suggest kenalkan kat anak tentang perasaan yang basic2 saja seperti gembira, sedih dan marah. Dan, selepas kenalkan emosi2 ini haruslah diikuti dengan tindakan yang diambil oleh mak ayah selepas anak 'memberitahu' apa yang mereka rasa masa tu. Jangan biar je pulak ye, haha..


Macam mana nak kenalkan nama emosi pada anak?

Ni aku cerita pengalaman dan cara aku je lah ye sebab aku bukan pakar budak2, lain orang mungkin lain caranya.. Contoh masa first aku kenalkan kat Marissa adalah masa aku marah dia bila dia buat salah. Lepas aku marah dia, aku akan biar dia kejap, bagi aku cool down dan bagi masa untuk dia menangis atau merajuk. Hahah~

Lepas tu, baru aku slow talk dengan dia. Owh ya, aku buat ni masa si Marissa tu dah boleh faham apa aku cakap dan dia dah boleh respon jugak. Means masa tu dah wujud komunikasi dua hala lah gitu~ so, bermula lah aku nak kenalkan nama emosi kat dia, aku start dengan minta maaf dulu sebab aku marah dia. Sambil tu tarik lah dia, peluk.

Cakap aku mintak maaf. Biasanya dia akan diam je, yelah perempuan kan merajuk lama sikit~ kah! Lepas tu baru aku cakap,

"Amie marah Icha ye...?"

"Icha sedih?"

"Meh peluk Amie..."

Masa mula2 memang dia tak faham sedih tu apa. Dia diam je dan dia biar je kena peluk dengan aku. Tapi lepas 2,3 kali sambil cakap benda yang sama, lama2 dia yang akan bagitau sendiri dia sedih dan nak peluk Amie :)

Wean-off Guna Emosi Saja
Contoh macam masa aku wean-off dia, mula2 tu dia sedih tak dapat menyusu badan, lepas tu aku tanya Icha kenapa? Terus je dia cakap Icha cedih.... nak peluk Amiee~ :'(

Dan aku pun peluk sampai dia tertidur. Masa proses wean-off dia memang aku tak letak pape pun kat nipple sebab rasa tak sampai hati nak tipu dia dengan rasa yang pelik2. Aku cuma guna cara ni je dan tenangkan dia masa peluk tu. Alhamdulillah dah 3 minggu dia wean off, memalam tak yah menyusu dan dah boleh tidur sendiri... nanti free aku buat entry khas pasal cara aku wean-off dia pulak :D


Komunikasi Jadi Lebih Senang
Bila anak dah faham dan tau nama2 emosi ni, dia akan tau bila nak guna atau luahkan satu2 emosi yang dia tengah rasa masa tu. Jadi senang sikit parents nak memahami sebab apa anak tu kadang camtu, kadang camni. 


Rasa gembira pulak aku kenalkan kat Icha masa dia tengah main-main atau tengah jalan2 kat mall ke kat mana2 ke. Aku tanya dia Icha gembira dapat pergi main? Icha gembira dapat pergi jalan2?Ulang tanya dia setiap kali dia pergi main, mandi kolam or jalan2, nanti mesti dia faham gembira tu apa.


Kadang masa dia kat rumah masa mood dia baik pun aku saje tanya,

"Icha sedih?"

Once dia dah kenal dan faham rasa sedih tu dia akan tau yang time tu dia tak sedih dan dia akan jawab tak~

Pastu tanya lagi sekali...

"Tak sedih? Icha gembira ye?"

Selalu dia akan ulang balik cakap yg dia gembira masa tu :)

****************************

So, begitulah cara aku kenalkan emosi pada anak aku si Marissa tu.  Pada anak yg belum pandai bercakap sangat, mungkin boleh lukiskan icon emoji face besar2 dalam pinggan kertas, dan follow soalan2 macam aku tanya tu, tapi sambil disokong oleh lukisan2 icon muka tu supaya anak lebih senang faham :)
Alhamdulillah, Marissa jarang tantrum sebab mungkin dah tau cara nak luahkan perasaan dan aku dengan suami pun faham apa yg dia cuba sampaikan. Sekian, terima kasih dan harap dapat membantu :D

No comments:

Post a Comment