Monday, 25 May 2020

Hari Raya PKP Style 2020

Salam :)


Selamat Hari raya u'olls! Raya mana korang tahun ni? Kitorang raya dekat Bangi je tahun ni, maklumlah nak balik Johor tak dapat. isk..isk.. tapi nasib baik lah MIL duduk sini je rumahnye tak sampai 1 km pun daripada rumah aku, so dapatlah merasa masakan kampung kan di pagi raye, hihi..


Pagi raya, pakai baju tahun lepas je sebab memang takde plan nak beli baju raya langsung bila dah tengok situasi PKP yang semakin bersambung-sambung lamanya. Dapatlah saving sikit walaupun duit baju tu akhirnya ku buat shopping biskut raye. Hahah, aku memang suka makan biskut raya, so even takde orang datang rumah pun mesti nak beli jugak buat makan2 sendiri. Nyum2 :) 5 balang seratus, boleh COD sampai depan rumah.. memang ngam lah kan :D


Berbalik kepada cerita di pagi raya, memang tahun 2020 ni lah Aidilfitri tak boleh lupa sekali sebab memang out of tradition kata orang, hahah! Pakai cantik2 hanya untuk bergambar, solat sunat Aidilfitri dekat rumah jemaah dengan family dan tak digalakkan untuk pergi berhari raya menziarahi sedara2 sekalian :)



Pastu dah takde benda nak buat, duduklah berapa kerat yang ade tu makan biskut raya sambil membawang memikirkan masalah ekonomi kanak-kanak yg merunduk teruk kebaboOM tahun ni...


By the way, paling best masa raya kali ni adalah kain baju raya aku tetas masa nak naik kereta hahaha! Maklumlah sebelum tu kan musim PKP, baju tu baju tahun lepas masa berat aku 43/45 kg... tiber tahun ni berat naik 47/48kg.. kain pulak jenis duyung ke apa entah.. naik kereta salah step terus prakk! Dah tu masa tunggu dalam keter (daddy dia g tesco).. Atiya pulak muntah kat baju raya aku ya Ampunnn~

So, next year kalau dapat raya memang aku beli baju raya 2-3 pasang hahah. Tak payah tunggu raya next year kot, raya haji kalau lepas memang ku beli baju banyak2 lagi haha..

So, tu je lah cerita raya kali ni. Gambar pun segitu je lah sebab tak g memana kan, hahah! Video call dengan mak abah dapatlah ubat rindu tak dpt balik kampung, wuwu.. insyaAllah dapat balik nanti terus ku serbu kampung halaman.. aminn~

Selamat hari raya korang, Maaf Zahir Batin :)

No comments:

Post a Comment