Salam. Ohoh tinggal berapa hari je lagi nak beraya. Aku baru dapat sekeping kad raya,
sebekas kuih raya samprit, dan 2 helai T-shirt raya yang istimewa. Chewahh~terima
kasih kepada pemberi2 sekalian ya. (n_n)
Owh ya, aku ada bagi kad raya untuk kawan2 blogger yang selalu singgah blog aku,dan
aku ada lukis2 dalam kad tu, mengikut imaginasi aku tentang apa yang tahu tentang blogger
itu. So, meh aku explain satu2 ya.
Apa yang aku tahu, zaza sorang yg ulat buku, suka membaca dan suka sharekan
info2 yg bermanfaat dalam blog dia. Dia juga minat dalam bidang felt craft. Sebab
tu aku lukis dia tengah baca buku, dan judul2 buku tu adalah buku yg dia suka baca.
Hah dia ni kalau baca segala penulisan dia dalam blog, hampir kesemua ceritanya
bernadakan melankolik dan kesedihan, kesayuan, kesepian dan segala bagai yang
macam sedih je. Even cerita gembira pon sometimes dia olah supaya bernada sedih.
Sebab tu aku gelar reenapple ni Melancholic Blogger, sedih je entry-entry nya.
Heh minah ni memang tak boleh nak dinafikan lagi keobsesan beliau terhadap
kamera. Dalam blog minah ni, berjuta-juta lemon pic dia dengan style-style fashionnya
tu. Hahaha, sebab tu aku lukis dia tgh berfesyen bagai tu, style baju tu pon antara yang
dia pernah pakai, belt love tu antara aksesori beliau yang aku minat. Dan hello kitty tu aku
lukis sebab aku ada baca entry dia pergi Puteri Harbour, tgk rumah hello kitty. Meroyan
sebab dia suka hello kitty tu comel. :D
Sebenarnya, aku tak banyak tahu tentang yui, jadi aku cari point lain.Jadi, aku
ketengahkan dia sebagai craft supplier, sebab tu lukisan aku macam tu. Dia ada
jual kain felt! And yang belah depan dalam tupperware tu adalah popia mini, sebab
yui memang ade amek order popia mini pon :D Try lah ! Haha
Haaaa ni antara blogger terawal yang aku kenal. Entry-entry dia memang ringkas tapi
padat, tak memenangkan otak ku nak baca. cuma aku memang tak tahu sangat pasal
fyfy ni, yang aku tahu dia minat art dan dia budak Sabah. Jadi, saje aku buat dia naek
belon panas tu, konon-konon balik Sabah naik belon, hihi :D
6. Blogger Gugu Soriano (permission denied)
Gugu ni pon sekarang entry-entry dia bernada melankolik pula. Paling aku ingat adalah
header dia gambar anime, ada tangan lelaki keluar daripada laptop, untuk lapkan airmata
seorang perempuan yang tengah menangis. Jadi, daripada situ, aku guna konsep yang
sama, iaitu keluar daripada laptop, dengan membawa kuih raya untuk beliau dengan
harapan beliau akan gembira. Hahahaa...(tak tahu lah berjaya ke tak)
Pada aku, penulisan Lana memang best. Aku suka sebab ringkas tapi padat, ayat dia
tak berat sebelah, mengambil berat semua pihak. Memang best baca! :D Cuma aku
memang tak tahu sangat pasal diri dia, aku tak pernah lihat dia expose wajah dia dalam
blog, haha jadi aku gelar dia adalah blogger yang misteri. Dan aku imaginasikan dia
macam dalam lukisan aku tu. Err...lana, mana lagi cun? Kau ke lukisan aku? Hahaha :p
Gurau je~
Kakak ni aku baru je follow blog dia this year, best sebab dia cerita2 pasal daily life
dia. Tapi still aku belum kenal lagi kakak ni macam mana dan siapa, yang aku tahu
dia ada dua orang anak, lelaki dan perempuan. Jadi, aku lukis lah beliau begitu. Haha
maaf kak, kalau anak kau xcomel aku lukis....saya tak reti lukis kartun kanak-kanak
T_T haha
Yaaaaa ini lah Mommy Shinta !! :D hahaha antara blogger terawal yang aku follow,
memang best, sebab banyak dia cerita pasal anak dia yang comel tu, Shinta. Hihi..
Jadi, lukisan aku untuk beliau adalah ala-ala scrapbook yang ada pic dia dan Shinta.
Sweet tak kak? Tapi, ketika aku menulis ni, aku belum poskan lagi....wuwuwu....
aku poskan petang ni, memang confirm sampai lepas raya. Ko dah lah duk sabah kak..
(-_-')
Hahaha okay jadi itulah imaginasi dan lukisan yang terhasil tentang blogger-
blogger ini. Harap apa yang aku lukis, apa yang aku imaginasikan tu tak menyinggung
mana-mana blogger ya. :D