Tadaaa !! Inilah mesin jahit yang aku ceritakan semalam ! Aku beli online di LAZADA tau, sebab boleh COD ;) Semalam balik rumah terus membelek-belek mesin jahit dan test jahit. Harap maklum, mesin jahit ni sesuai untuk kegunaan biasa-biasa je, amat berbaloi dengan harganya RM 169 je (n_n) Okay, meh aku citerkan sikit keseronokan mesin jahit Global 505 ni..hehe
1. Mesin jahit yang sangat comel, berpatutan dengan harga
dan fungsi kegunaannya
2. Kalau tak baca buku manual pun, boleh faham sebab kat
badan mesin tu ada tulis step untuk masukkan benang
dari mana ke mana.
3. Buku manual juga mudah difahami, cuma ia berbahasa Inggeris
4. Mesin jahit ni senang dikendalikan. Aku yang memang fresh
beginner dan zero knowledge tentang jahit mesin ni pun senang
je menjahit. Seronok betul, even jahitan aku tak lurus lagi..hehe
Haa nak masukkan benang pun senang faham. Aku dah try
semalam, rasa macam femininnnnyaa pandai masukkan benang
kat part-part mesin jahit tu ! Hahahaha
5. Kalau beli mesin ni terus daripada Lazada, mesin tu memang
dah siap dipasangkan benang dan sekoci. So keluar je mesin
tu daripada kotak, sambungkan elektrik, haa dah boleh test
bakat menjahit. Hahaha..memang diorang faham kehendak
customer-customer yang excited macam aku ni..hihi :p
6. Mesin jahit ni bukan saja dibekalkan dengan pedal kaki
untuk menjahit, tetapi juga terdapat fungsi automatik yang
mana mesin boleh menjahit sendiri!
7. Mesin Jahit ni ada 8 jenis jahitan. Rujuk gambar atas tu untuk
lihat jenis-jenisnya. Fyi, mesin ni takde jahit tepi ya :) Jahitan
pula okaylah, kemas! :D cuma aku terlupa ambil gambar contoh
jahitan yang aku buat semalam
8. Mesin ni ada lampu kecik, so mudahlah nak menjahit di
waktu-waktu yang kekurangan cahaya kan..
9. Ada juga laci kecik kat tepi mesin jahit untuk korang letak
gula-gula untuk hilangkan rasa mengantuk ketika menjahit.
Eh, bukan tempat untuk letak barang-barang jahit ke? (-_-')
10. Ni paling aku jakun, sebab bila dah habis jahit, terus boleh
putuskan benang kat tepi mesin jahit tu, dia macam ada sikit
cutter tersembunyi khas utk putuskan benang. Tak payah nak
guna gunting lagi. Sangat style dan jakun aku semalam okay~
Okay tu lah sedikit sebanyak review aku tentang mesin jahit
Global GSM-505 ni. Not bad dan berbaloi-baloi bagi aku!
Bunyi dia memang macam keretapi sikit, hahah..so agak
segan nak menjahit waktu malam. Haha :P
Tunjuk ajar daripada ratu menjahit a.k.a my mommy semalam |
Owh ye, semalam abah aku kejam. Aku baru terkial-kial nak berlatih menjahit, dia dah bagi aku tugas khas on that time jugak, suruh aku jahitkan baju dia yang dah tertetas benangnya. Kejam..kejam T_T...nasib baik aku jahit okay...em okay lah kot..sendiri jahit sendiri nilai~ hahaha...
Okay tu je nak cerita, tukar sekoci aku belum tau lagi macam
mana sebab masa dapat mesin ni, sekoci dah siap pasang.
Nanti aku citer macam mana kalau aku dah belajar ye.. hehe
Baru! Klik untuk baca hasil penggunaan mesin jahit ini
hehehe..murahnye..sesuai utk beginners..bape lama boleh thn ni lynn?i mean, standyby die bape lame? 4 jam ke?
ReplyDeleteok pas ni senang buat kraft ...bgs2 ...
ReplyDeletecik, berepa layer boleh jahit? Seluar jean boleh jahit ke?
ReplyDeletehi, nak tanya juga, holder (yg tekan kain) semasa jahit, tebal ka tepi-nya? selalu-nya 0.5cm dari center ke kanan & kiri..tapi nampak gambaq macam besar 1cm dari center ke kiri kanan, bole ke tangkap gambaq zoom semasa jahit?
ReplyDeleteSalam,kak...jahit abju,langsir dan sebagainya,boleh tak ye?
ReplyDeleteSalam,kak....boleh jahit baju,langsir tak ye?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBestnye..interested la nk blii
ReplyDeleteYeay! Zarith punya mesin baru sampai semalam hehe
ReplyDeletehttp://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/mesin-jahit-comel-dan-murah.html
knp saya punya mesin bila jahit,benang atas tak bole pick benanh bawah..tau tak cara seting nye?
ReplyDeletejalan2 cari info jahitan jmp blog nie
ReplyDeletesy pon ade msin ni
3 tahun pakai still ok lagi
mmg best
salam kenal
http://hidayuayumie.blogspot.com
Sy cuma nk tanye.kt.mana nk beli peralatan utk mesin ni?maksud saye,mcm benang dia ke,sbb benang tu kn mcm pendek benbanding benang biasa.ke mcm mana?
DeleteBle je gna bnang saiz standard tu sbb hndle benang tu ble tarik lg ke atas. Sya pun bli mesin mini brand ni jgk. Ble la siapkn sepasang bju kurung.
Deleteingat nak beli mesin jahit mini utk anak. tak tahu nak beli brand apa ni...macam ok je global ni
ReplyDeletesalam.boleh ajarkan macamane nk letak benang kat sekoci instead pakai lilit manual.. :-)
ReplyDeleteNak tanya macm mane care nk tukar lampu kt mesin klu dh xbernyala
ReplyDeleteSaya telah membeli di sini Original
ReplyDelete> http://bit.ly/global-sewing-machine-gsm-discount10
Harga yang lebih rendah
Saya telah membeli di sini Original
ReplyDelete> http://bit.ly/global-sewing-machine-gsm-discount10
Harga yang lebih rendah
Sory nak tanya mcm nak ambik benang yg dkt bawah tu
ReplyDelete