Happy Three Friends

Miss Money

Sunday 6 July 2014

Hasil Penggunaan Mesin Jahit Global GSM-505



Salam. Erk, nampaknya ramai yang bertanyakan tentang mesin ni yang membuatkan aku tak boleh nak jawab sebab aku tersangatlah baru nak berjinak-jinak dalam bidang menjahit ni. Aku bukan pro, aku memang tak tahu-menahu pasal mesin jahit, maafkan aku. Tapi, aku akan cuba jawab mana yang aku tahu ya.

1. Mesin ni sekali guna tahan berapa lama?

Ok, sebenarnya aku guna mesin ni just untuk jahit-jahit bantal craft je, memang sikit-sikit je guna. Tak sampai satu jam pun, jadi aku tak pasti tahan berapa lama. Tapi, masa aku research before aku beli mesin ni, ada blogger yang beli mesin ni cakap, 5 jam guna pun masih steady. Cuma aku tak jumpa linknya. Wuwu~

2. Berapa layer boleh jahit? Boleh jahit jeans tak?

Pada aku, bergantung pada jenis kain ni, sebab mengikut pengalaman blogger ni, dia boleh jahit 2 lapis kain felt (tebal dalam 1.5mm), tapi kena ingat even 2 lapis, tapi material felt tu lembut. Sebab tu takde masalah nak jahit felt.

  

Tapi kalau jeans memang saya rasa tak boleh kot? Sebab tebal, dan jarum tak cukup lasak dan mungkin akan patah bak kata blogger ini. Jadi, aku rasa mesin jahit global 505 ni tak sesuai jahit jeans, sebab ia tak tahan lasak macam mesin jahit Singer.


3. hi, nak tanya juga, holder (yg tekan kain) semasa jahit, tebal ka tepi-nya? selalu-nya 0.5cm dari center ke kanan & kiri..tapi nampak gambaq macam besar 1cm dari center ke kiri kanan, bole ke tangkap gambaq zoom semasa jahit?

Okay pertanyaan tu aku copy je..hmmm...aku rasa dari center ke kiri, dalam 1cm..tapi dari center ke kanan, dia macam pendek sikit, dalam 0.5cm..kot? (berfikir)

4. Mesin ni boleh jahit baju dan langsir tak?

Maaf, sebab aku tak guna mesin ni untuk jahit baju mahupun langsir, tapi aku rasa boleh, selagi kain tu tak tebal sangat dan material tak kasar macam jeans.

5. Mesin ni boleh jahit tepi sekali ke?

Owh tidak sayang...mesin global gsm-505 ni hanya boleh jahit jahitan lurus saja. Jahitan lurus dia tu pulak ada 8 jenis corak jahitan.



Okay, jadi itulah sedikit sebanyak yang aku boleh jawab..menjawab tak ea? Haha harap dapat membantu lah ye, sebab saya memang zero langsung tentang mesin jahit. Yang saya tahu, beli dan jahit. Kalau rosak ke apa, emmmm tanye mak lah kot..hehe :p


13 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui tak pernh guna mesin..rasanya nak kena bli gak..huhu

nur anis said...

senang bila ada mesin jahit..:)

ct cucubi said...

CC pon br je beli mesin ni... baru sekali pakai jahit kain pelekat suami terkoyak.. =P

eima said...

MIL dh mengeluh smlm .... "klu mak xde nanti camne la korg tak bertukar langsir la.... memasing tak reti menjahit"

aku sengih je ... hahahahha

MIL tgh gigih jahit langsir raya kami semua ... hoho

Lynn Damya said...

haha jahit langsir sendiri sangat jimat kak ! tolong buatkan aku sekali ea, haha :P

Anonymous said...

Ganas wat kain huby koyak! Haha

nurul nadia said...

assalam,kak,,saya ada mesin jahit ni.Saya dah jahit baju t shirt,seluar slack.Saya cuma perlu tukar saiz jarum je ke no 14 or 16 apabila menjahit kain jenis agak tebal.

Unknown said...

Bole jhit tepi..cme kne beli tapak jhit tepi ny..tukar tapak lain la...

Unknown said...

Boleh jhit tepi jgk mesin ni..cme kne tukar kn tapak ny..gune tapak overlack...tuk jhit tepi

Anonymous said...

Tapak mesin ni boleh tukar@ ke?

Anonymous said...

Blh ajar cara nak masukkan sekoci pastu benang naik atas..dh buat
.benang x naik..ntah rosak ke apa..huhu

Anonymous said...

boleh tahu dkt mane bokeh dptkn tspak mesin nie

Anonymous said...

kt mane boleh dptkn tapak mesin nie..n tapak zip sorok... kalo tahu bleh wasap sy0172343414