Friday, 25 July 2014

Sampul Duit Raya Ephyra :D


Salam.

Aku baru je lepas order Ephyra hari tu. Bukak-bukak je tengok dalam tu...

"Wahhh...dapat sampul duit raya free lahh!!"

\(n_n)/

Warna turqoise gitu haa~ cantik sangat :D tapi ada 5 pcs je..hihi

Korang yang peminum-peminum tegar Ephyra ni ada dapat jugak tak? Hehehe, owh by the way...dalam seminggu lepas raya nanti aku nak buat sales Ephyra rasanya. Sangat lah berbaloi-baloi kalau korang nak try masa tu, apa-apa tunggu je lah entry lepas raya ek. Hehe...okay tu je. Entry ni khas untuk menunjuk sampul duit raya cantik je~ Haha :p



Thursday, 24 July 2014

Hasil 'Kuih Tunjuk' di Angsana Mall, JB


Salam :D

Kuih raya makmur (my fav), tat nenas dan tak tahu lagi dua apa namanya
Tu diaaaa kuih raya yang aku tunjuk-tunjuk di Plaza Angsana, Johor hari tu. Al-maklumlah, Plaza Angsana ni ibarat markas kuih raya, kalau beli kuih raya kat sana, memang meriah gila! Haha~

Majoriti kuih tahun ni, kitorang beli yang bite size, kira sekali ngap je lah..senang makan..hehe

Haa nama tat nenas tu 'tat nenas sempit', maybe sebab tepungnya kecik comel je, so sempit lah kot nak letak jem~

Haa ni favourite aku! Kuih apa entah, last year ada beli jugak, memang sedap gila..so tahun ni beli lagi..hehe
Ini beli kat kedai yang sama dengan kuih atas tu. Harap-harap sama sedapnya sebab baru first time nak rasa. Tak rasa lagi hoi~ sebab nak tunggu raya nanti T_T wuwu~

Haa okay itu je lah kuih rayanya. Yang lain ada lah 2,3 jenis kerepek-kerepot. Aku ni jenis memang suka makan kuih raya, sebab bukan selalu dapat makan tau. Haa korang dah beli kuih raya belum? Apa kuih raya favourite korang? Hehehe :D

P/s : Kuih raya sebalang yang paling kecik dah cecah Rm30..hadoi~sebab bahan mentah naik harga lah ni...nasib ada yg 4 seratus.


Tuesday, 22 July 2014

Villa Penginapan Tercantik di Johor Bahru



Salam. Hoyeah~hoyeah~ aku baru tahu tentang kewujudan villa penginapan berkonsepkan fully traditional macam ni kat Johor. First time pergi sana masa jamuan buka puasa minggu lepas :D Sangat-sangat cantik, meh aku citer lagi...

BOUTIQUE HOTEL VILLA WARISAN JA (Johor Bahru)

Lokasi : Jalan Abdul Rahman Andak, 80000 Johor Bahru
(ini aku tak tahu nak explain macam mana, tapi masa aku pergi tu, daripada jalan tepi laut Johor tu, aku masuk simpang yang ada Zoo Johor tu, then pandai-pandailah cari dalam tu..haha)

Daripada luar, akan nampak pintu gerbang ni...


dan bila masuk je...tersergam indah villa ni, memang cantik gila dengan ukiran-ukiran kayu dia tu..aku rasa datang sini macam balik kampung..haha padahal umah nenek aku takde pun berukir-ukir camni :p



Binaan yang sebelah kanan tu, adalah car park. Macam parking kereta kat bawah rumah lama, rumah kayu lama kan tinggi-tinggi semua..hehe

Bahagian atas dia tu macam pangkin kosong lah..boleh ambil angin kat situ...berfungsi jugak sebagai tempat untuk buffet Ramadhan dan apa-apa majlis macam majlis perkahwinan ke..diorang akan guna kawasan tu.
Okay, ini pulak bahagian pintu utama nak masuk ke ruang penginapan. Kira macam lobi lah, dan lobi dia ni jugak berfungsi sebagai wedding gallery, sebab masuk-masuk je, korang akan nampak sebuah dekorasi pelamin berkonsepkan tradisional terpampang depan mata...coOL~

Pintu masuk utama ke ruang lobi Villa Warisan JA
Inilah pelamin yang aku cakap tu, style jugak kalau kahwin tema ukiran-ukiran tradisional macam ni, hehehe...owh ya, bahagian kerusi tu agak messy sikit, sebab ramai orang duk bergambar kat situ :p

Haa...okay dah warm up, jom aku bawak pusing-pusing dalam villa ni. Yang menariknya tentang Villa Warisan JA ni bukan je sebab konsep dia yang tradisional tu, tapi bilik-bilik penginapan dia luas dan memiliki pemandangan bandar yang cantik, then ada pool dan suasana persekitaran yang selesa dan unik. Jom kita tengok gambar lagi :D Sila abaikan mahkluk-mahkluk yang ada dalam gambar-gambar tersebut ya...

Ruang bersantap yang open dan sejuk




Masih lagi dalam bahagian ruang lobi...yang bawah tu, ruang legar untuk guest yang menginap kat tingkat bawah tu. Masuk sini, memang kau akan feeling-feeling macam orang kaya yang duduk rumah besar dan mewah. Hahaha ;p
Haa ni dalam bathroom tau, tingkap tu boleh bukak tutup..so kalau korang nak mandi berangan-angan sambil tengok awan, boleh lah bukak je tingkap tu~ sumber gambar
sumber gambar

Okay, ini aku kagum gila. Dah rasa balik ke zaman hang Tuah gitu~ chewah :p Yang pintu-pintu besar tu adalah pintu untuk kembali ke zaman silam! Okay, gurau je, sebenarnya itu adalah pintu-pintu bilik penginapan guest. Besar kan, cuba bandingkan ia dengan model aku yang tak sempat nak berposing tu~ haha

Ini antara gambar bilik penginapan kat villa tu :

 
Feeling raja sehari sangat kann~~

Kalau stay kat bilik ground level, sangat best sebab pool tu macam korang yang punya. Bukak-bukak pintu je dah nampak pool depan mata...

Pool depan mata (terlindung dengan pagar) sumber gambar
 
Surau kat villa ni terletak kat tingkat atas sekali...so, masa solat akan rasa tiupan angin-angi sepoi bahasa~


Kalau korang berjalan-jalan dalam villa ni, ceruk mana-mana pun confirm ada ukiran. Fuhhh~


Suasana di Villa Warisan Ja pada waktu malam ramadhan (lepas buku puasa) Sangat cantik kalau korang tengok depan mata tau, meriah gila, macam hari raya! :D
By the way, masa aku join buffet Ramadhan kat sini, ada kambing panggang tau..aku makan banyak betul...


...lepas tu aku pun pening lalat...Hahaha ;p K bye~

Kalau korang berminat nak menginap di sini, or nak tanya apa-apa kalau nak buat event kat sini, boleh terus pergi ke FB mereka ya.


Friday, 18 July 2014

Resepi Mandai Lauk Orang Banjar


Salam.


Haa tahukah korang apa itu Mandai ?? Mandai ni rasa dia sedap gila tau, lebih kurang macam pembuka selera lah gitu~ Ni rupa mandai tersebut :


Mandai ni adalah sejenis lauk yang original daripada Banjar tau. Aku ni memang pure orang Banjar~ hahaha tapi tak reti cakap banjar pun...tau nya makan je..hehe :p Perkataan mandai tu sendiri asalnya daripada Banjar yang bermaksud jeruk kulit cempedak. Clazzzz kann kulit cempedak pun boleh jadi lauk..hehe

Aku lama gila tak makan mandai, tapi nasib baik hari tu masa aku balik kampung, makcik aku ada masak mandai ni, so kitorang pun tapau lah sikit bawak balik rumah~ hahaha


Mandai ni diperbuat daripada kulit cempedak dan memang susah nak jumpa kat kedai-kedai makan sekarang ni. So, sesiapa yang merindui nak makan mandai or maybe first time dengar pasal mandai ni dan teringin nak rasa, boleh masak sendiri ya :D

Resepi Mandai


1. Buang kulit cempedak bahagian luar yang hijau menggerutu tu.
2. Basuh bersih-bersih dan potong-potongkan ia.


3. Ini proses penjerukkan kulit cempedak...sediakan sebalang air masak, dan tambah garam (xsure berapa sudu, tapi jangan banyak sangat, sebab takut bila goreng nanti, jadi sangat masin..haha)

4. Dah campur garam dalam air, masukkan kulit cempedak siap potong. Perapkan selama 3 hari. Kalau dah tak sabar sangat, dua hari pun boleh kot? :p
(abaikan je kalau ada putih-putih yang timbul kat permukaan air, sebab tu adalah getah kulit cempedak ni, nanti boleh cuci)

5. (Lepas perap) Keluarkan mandai ikut banyak mana nak masak,dan basuh bersih-bersih.

6. Sediakan bahan-bahan ini:


*Nanti masa masak, garam tu letak sikit je, sebab mandai tu memang dah bergaram sebab dah dijerukkan, dan ikan bilis tu pun dah bergaram..

7. Goreng mandai terlebih dahulu, agak-agak dah sesedap rasa tu, angkat. Then baru tumis bahan-bahan lain.

8. Bila dah nampak semua bahan tu garing-garing gitu, baru masukkan mandai yang dah digoreng tadi. Kacau-kacau sikit, siap!


Mandai ni memang sangat ngammm kalau makan hanya dengan sepinggan nasi putih panas semata-mata tau! Owh my~~~duk telan liur je masa taip entry nih.. hahaha

Okay selamat mencuba resepi banjar ni ya :D Nyum~nyum~


MH17 Terhempas di Ukraine



Belum pun selesai misteri kehilangan MH370, dunia dikejutkan lagi dengan tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine.



Boeing 777 ni glamour daripada dulu lagi, aku selalu dengar nama kapal terbang ni disebut-sebut. Dan ianya sangat besar. Agak macam kehilangan bila tahu ianya dah terhempas...

Senarai penumpang dan krew yang terkorban (sumber MAS) :

Netherlands: 154
Malaysia: 43 (including 15 crew and 2 infants)
Australia: 27
Indonesia: 12 (including 1 infant)
United Kingdom: 9
Germany: 4
Belgium: 4
Philippines: 3
Canada: 1
Unverified: 41
TOTAL: 298

Gambar-gambar MH17 yang terhempas





(sumber Astro Awani)



Pada awalnya, MAS melaporkan mereka lost contact dengan pesawat MH17 dalam statusnya ini :


Ketika ini, Ukraine menuduh kumpulan pemisahnya yang menjadi dalang kepada tragedi ini dengan menembak jatuh pesawat MH17 itu, sehingga terhempas. Bagaimanapun dinafikan oleh kumpulan pemisah tersebut. Tetapi kalau berdasarkan ini :


Adakah dia ingat MH17 tu musuh? Kau bagi statement ni kau MAS ke kat musuh kau je? Haihhh~

Entah apa konspirasi lagi lah ni. Selagi Tuhan masih membenarkan, selagi tu lah orang jahat dapat meneruskan konspirasi. Aku cuma harap orang-orang yang bertanggungjawab dapat menyiasat dan membongkar rahsia dengan setelus-telusnya tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. 

Si Obama tu sepantas-kilat betul nak tawarkan bantuan lah ape lah, hai tetiba aku teringat satu terjemahan ayat al-Quran ni yang maksudnya lebih kurang aku ringkaskan macam ni :

Mereka (orang jahat / Dajjal) akan mencipta suatu keadaan yang terdesak, dan lepas tu bila semua orang macam dah buntu, takde jalan keluar, dia datang dengan membawa segala bagai bantuan dan perlindungan (means kalau kita ikut dia, kita dijamin akan selamat dan selesa)...tapi sebenarnya, itu hanya duniawi. Yang tak ikut dia tu lah yang akan selamat di sisi Allah.

Adakah suasana terdesak yang telah lama dirancang itu kini sedang giat dilaksanakan ya? Wallauallam~


Salam takziah :'(


Thursday, 17 July 2014

Baju Paling 'Garang' Yang Aku Ada...





Aku memang tak pakai baju ada tengkorak, kecuali yang ini. Baju T-shirt ini hadiah daripada dia. Sekali pandang je terus dia beli baju ni untuk aku. Dia memang dah lama kenal aku dan tahu aku siapa dan macam mana...

Dia cakap kat aku, dia 'nampak' aku pada design t-shirt tu...

Hehehe...tepat sekali!

;)

Itu memang aku...aku yang lagi satu..



(hahaha..garang sangat lah konon baju nya tu~~~ :p)


Wednesday, 16 July 2014

Gerakan Hamas - Briged al-Qassam BUKAN PENGGANAS


Salam. Okay, beralih sekejap kita daripada video 'sesuatu' yang tengah trending sekarang ni. Lagi tentang Briged al-Qassam. Kecewa bila ada orang Islam yang ambil endah tak endah tentang kewujudan briged ini, lagi kecewa bila ada yang salah anggap mereka adalah pengganas! MasyaAllah~come on lah...Briged Al-Qassam bukanlah pengganas seperti yang diwar-warkan oleh media pro-Israel okay. Lagi memanaskan hati, bila media di Singapura juga memihak kepada Israel dalam hal ni..

BUKTI SINGAPURA SOKONG ISRAEL


1. Jadi, kalau al-Qassam bukan pengganas, kenapa mereka menutup muka mereka?? Ini jawapan mereka, ketika ditermubual oleh wartawan Metro kalau tak silap aku..



See? Harap korang boleh terangkan ini kepada sesiapa saja yang tanya korang betul ke al-Qassam ini pengganas...biar mereka tahu betapa mulianya niat mereka tu..

2. Dan kalau betul al-Qassam bukan pengganas, mengapa mereka menyerang Israel??


Okay, kalau nak cerita sejarah dari awal memang sangat panjang. Ringkaskan cerita, Palestin itu milik penduduk Palestin, tapi telah dijajah oleh Israel sejak 20 tahun yang lalu. Kalau setakat duduk berdamai tu takpe, ini dia boleh pergi bom-bom-bom-bom-bom, culik, tangkap, rogol, cabul, seksa, dan bunuh secara kejam penduduk Palestin tu di tanah Palestin sendiri...selama 20 tahun itu mereka menderita dan sengsara kerana peperangan dan disabotaj pula oleh media-media barat dan antarabangsa yang 'menutup' berita ini dari pengetahuan kita di sini.

Dua pilihan diberikan kepada penduduk Palestin...i) Keluar daripada tanah Palestin...ataupun ii) Berjuang menuntut keadilan demi Palestin.

*Terbaru, kenyataan daripada salah seorang ahli al-Qassam ketika ditemubual oleh wartawan Astro Awani dalam video Ini :

"Musuh kami telah menceroboh tanah kami. Mereka menyebabkan kanak-kanak menjadi yatim piatu dan wanita menjadi janda. Mereka juga merosakkan tanah kami. Apa yang boleh kami lakukan? Adakah kita hanya perlu bertepuk tangan??

Saya ingin menjelaskan kami bukan memerangi Yahudi kerana mereka berbangsa Yahudi. Ia bukan begitu. Kami berperang menentang mereka yang menceroboh kami. Saya masih ingat delegasi Rabbi Yahudi pernah melawat Gaza. Adakah kami melakukan mereka seperti mana kami lakukan pada askar Israel? Sudah tentu tidak, kerana mereka tidak bermusuh dengan kami.."

Jadi, yang satu dunia sedang lihat sekarang ni adalah suatu bentuk penentangan yang maksimum terhadap penjajah dan musuh mereka sekian lama, iaitu Israel!

Ini semua poyo!!

Mohon terangkan juga kepada mereka-mereka yang masih belum faham tentang ini...terima kasih..

* Tambahan info mengenai Briged al-Qassam ini *

Mereka memiliki skuad Amfibia Laut yang mahir 'bergerak' di dalam air untuk menyerang musuh. Be scared of them, Israel.




Aku tak tahu kenapa aku selalu mengikuti perkembangan al-Qassam ni. Jiwa aku macam berkobar-kobar untuk bantu diorang walaupun mungkin hanya melalui doa dan penulisan dalam blog ni je. Bila aku tengok je mereka ini berkumpul dengan ramainya...aku rasa sangat bangga. Sangat bersemangat. Ya, aku lebih memandang mereka ini berbanding hero-heroku yang dahulu seperti Batman, Superman, Transformer, Zorro dan sebagainya. 

Briged al-Qassam jauhhhhhhh lebih coOL dari semua hero yang ada di dunia ini. Mereka adalah kebanggaan umat Islam seluruh dunia!


You're so CoOL....we're pray for you and Palestin and Gaza...all the time..