Happy Three Friends

Miss Money

Tuesday, 15 July 2014

Kenali Briged Al-Qassam TENTERA PENGGEMPUR PALESTIN !


Salam.


Tahu tak...

meremang bulu roma aku bila melihat mereka ini. Satu perasaan yang semacam, bila melihat betapa ramainya mereka ini berjuang demi membebaskan Tanah Orang Islam sedunia. Aku rasa sangat dekat dengan mereka. Aku rasa sangat kuat ikatan antara kita dengan mereka. Selama ini aku hanya melihat askar-askar, tentera-tentera, dan pahlawan-pahlawan yang berjuang di bawah nama sesebuah negara dan bangsa semata, tetapi belum pernah aku menyaksikan sendiri kemaraan MUJAHIDIN ISLAM seperti ini di zaman ini!


Lihatlah betapa ramainya mereka di saat ini. Serius aku rasa sangat meremang dan bersemangat, sebab aku tak pernah menyaksikan ini, kalau ada hanya mendengar dan baca dari buku sejarah Islam, tapi kini mereka memang sedang berjuang demi SYAHID ! Mereka inilah yang paling digeruni oleh Israel !

...dan saudara-saudara ku sekalian, marilah kita mengenali dan mengambil berat tentang Pahlawan-pahlawan sebenar kita ini :)


- Mereka adalah sayap ketenteraan HAMAS, dikenali sebagai Briged Al-Qassam yang hanya mempunyai suatu tujuan yang utama dalam perjuangan mereka, iaitu demi membebaskan kembali Tanah Palestin, Al-Quds dan Al-Aqsa daripada puak Israel.
- Nama Al-Qassam diambil bersempena nama seorang mujahidin yang gugur syahid pada 1935, iaitu Izz ad-Din al-Qassam, dalam usaha beliau mempertahankan rakyat Palestin yang tertindas.

- Syarat-syarat untuk menyertai Briged Al-Qassam ini, bukan calang-calang manusia boleh masuk :

- Wajib solat 5 waktu sehari semalam secara berjemaah
- Wajib pelajari tafsir al-Quran
- Wajib baca Al-Quran sehari sejuzuk
- Wajib menghafal 40 hadith Arbain
- Mengamalkan puasa sunat dan bertahajud
- Berdisiplin dan mentaati pemimpin
- Mencintai dan bersedia untuk syahid

- Briged Al-Qassan juga telah berjaya mengebom beberapa tempat di tanah jajahan puak Israel (sumber Aman Palestin) :

15 July 2014 :

Israel memaklumkan bahawa roket pejuang Palestin berjaya menjunam dan meletup di Negeri Barat, Israel(tanah terjajah) Tiada laporan khusus diperolehi.

Para pejuang memlakukan serangan balas ke atas Israel, kali ini dengan melepaskan 10 lagi buah roket menuju sasaran yang berbeza.


Menunjukkan bagaimana Hamas berjaya memasuki ruang udara Israel, dan merakam beberapa rakaman yang sebahagiannya diberi kepada aljazeera dan sebahgian lagi disimpan atau tujuan perisikan.

Hanya satu pesawat Hamas yang ditembak jatuh manakala 2 lagi selamat pergi dan pulang.

Baca kenapa al-Qassam menutup wajah mereka? (Klik)

Sebenarnya, banyak kejayaan Briged Al-Qassam yang tidak diceritakan di media atas faktor strategi perisikan. Roket terkenal mereka iaitu roket artileri al-Qassam berjaya membawa kemusnahan pada musuh-musuh di tanah Palestin.

Dan kalau nak tahu, sekarang ni...Puak Israel sekarang ni memang dah cuak habis lepas dengar siren kecemasan dibunyikan selepas tanah jajahan mereka diserang oleh Hamas. Semalam ternampak di FB, rakyat Israel berpusu-pusu pergi airport nak keluar daripada Palestin sebab takut kena bom. Aku cuba cari balik sumber tu tapi tak jumpa..

Benjamin Netanyahu (Presiden Israel) lari ketakutan ke??

terkini...Israel menangguhkan serangan darat akibat tekanan memuncak dari negara antarabangsa. Tahu pun kau!!

Okay, berbalik kepada Briged Al-Qassam tadi, masa mula-mula aku 'melihat' mereka di internet, aku macam pergh ! Cool gila rasa :D Sangat kagum sampai aku tertanya-tanya, dalam mereka kat sana asyiklah ditindas, ditangkap, diseksa, kena bom sana-sini, kena bunuh, aku tertanya...

Macam mana gerakan Hamas ini berlatih?


Dekat mana diorang bersembunyi selama menjalani latihan ketenteraan selama ni??



Siapa yang biayai dan membantu dari segi bantuan ketenteraan tersebut termasuk kos penghasilan senjata dan roket al-Qassam??
******************************************

MasyaAllah...sesungguhnya mereka mendapat perlindungan dan bantuan daripada-Mu sehinggakan Israel langsung tak dapat mengesan mereka dalam tempoh latihan tersebut..mereka ini lah pahlawan-pahlawan kita semua!


Mereka tidak takut mati !



Lihatlah mereka wahai Israel dan Yahudi sekalian...


Gentarlah kamu dengan tentera-tentera Islam ini, seperti yang ditulis dalam al-Quran, akan membinasakan kalian sehancur-hancurnya !!
A007
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. (surah al-Isra ayat : 7)



Maralah kamu wahai pejuang-pejuang Islam...


maralah kamu bersama para Malaikat dan di bawah redha Allah serta semangat jihad kami semua...


Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !!


Doa kami mengiringi setiap perjuangan anda. Sampai masa, kami juga bakal turut serta dalam jihad ini, insyaAllah :')


P/s : Benda ni tak berlaku di sini, tapi tak bermakna ia tidak berlaku. Lihatlah betapa dekatnya kita dengan hari kiamat...kalau dilihat konflik yang sedang berlaku sekarang ni, kisahnya amat padan dengan hadith Nabi dan yang tertulis dalam al-Quran. Perang Dunia Ketiga bakal berlaku. Dan peperangan besar yang berlaku kemungkinan besar adalah petanda akhir zaman.




7 comments:

Unknown said...

bukan calang2 org boleh join tu.. huhu..

kita doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka di sana.. insyaAllah sentiasa dibawah lindungan-Nya.. amin..

K.A. said...

Allahu akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Meremang bulu roma saya.

nuyui a.k.a miss YUI said...

sntiasa doakan mereka..

moga ALLAH lindungi kita semua..

ALLAHUAKBAR!!

eima said...

bila kemenangan berpihak pada palestin bersiap sedialah kita kerana kiamat semakin hampir .... YA Allah takutnya aku ... wlupun kiamat itu pasti ....

Khair said...

Israel has never won. And the Palestinians, they have never lost!

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."

http://khairamir.blogspot.com/2014/07/kami-nangis-bersamamu-ghazzah.html

Anonymous said...

Come on sume org2 muslim..kita belajar tafsir quran.kembali kpd wasiat nabi kita..jgn serahkan kpd al qassam sj tugas membangkitkan islam krna kita juga sama2 ditugaskn oleh Allah..mari belaja tafsir quran smentara masih ada ksempatan utk mengetahui masej dr Allah dgn sebenar..Al quran itu adalah masej dr Allah bkn sekadar dibaca.......siapa di ipoh contact aku 0136285084

Anonymous said...

Come on blajar tafsir quran..ketahui msg dr Allah dgn sebenar. . Siapa di ipoh call aku 0136285084