Friday, 27 June 2014

Kenapa kerap kena kencing tak lawas?




Salam. Aku ni memang seorang hamba Allah yang selalu je kena kencing tak lawas ni. Setakat ni dah tiga kali aku kena.

Masa mula-mula kena, aku google lah punca-punca dan sebab kenapa boleh jadi kencing tak lawas ni kan...but then, bila lepas tu asyik datang balik je masalah tersebut, aku jadi musykil...masa aku first time mengalami masalah ni, disebabkan oleh peranakan yang terturun sedikit. So, bila masalah ni datang semula, aku macam...eh, takkan lah mudah sangat peranakan aku nak terturun kan?

Kali kedua kena, aku malas nak berurut, aku pergi klinik terus. Doktor kasi ubat bersihkan kuman, ubat supaya lawas kencing dan antibiotik. Bak kata doktor, ade sikit je lah kuman dalam urine aku tu. So, aku pun okay je lah. Makan ubat sampai habis. Tapi dalam sebulan dua lepas tu, aku kena balik. Owh damn! Apehal ni?? Grr

Masalah kerap kencing boleh dialami oleh perempuan mahupun lelaki. Ia boleh mengakibatkan masalah emosi dan stress.

Okay, so kali ni nekad, aku kena pergi lagi jumpa doktor. Dah tak boleh blah sebab asyik kena pergi toilet je. Huh ! Tapi, kali ni aku pergi klinik lain, area tempat kerja aku je ni. So, bila aku check up kat situ, lepas dengar apa doktor tu cakap...

baru lah aku faham 3 perkara di bawah ni :

1. Kenapa aku selalu didatangi masalah kencing tak lawas ni?

2. Kenapa kena minum banyak air masak supaya kencing kita lawas?

3. Satu punca utama masalah kencing tak lawas, yang takde langsung ditulis dalam mana-mana sumber yang aku cari di internet.

Serius! Meh aku explain satu-persatu :


- Salah satu punca utama kenapa kita kerap mengalami masalah kencing tidak lawas adalah kerana kita sukar buang air besar. Bila makan, makan dan makan, tetapi tidak buang air besar (tak terasa nak buang air besar pun / rasa tapi tak boleh keluar), najis yang tersimpan dalam badan kita tu jadi semakin banyak. Sebab itu lah, ia menghimpit pundi kencing kita, yang menyebabkan kita asyik rasa nak buang air kecil je, tapi bila pergi toilet, keluar sikit je.

- Jadi, untuk mengatasi masalah kencing tak lawas, kita terlebih dahulu HARUS melancarkan sistem pembuangan air besar kita! Bagaimana? Minumlah air masak banyak-banyak seperti yang disarankan iaitu 8 gelas air sehari.


- Okay, sekarang nampak tak peranan air masak yang kita minum banyak-banyak tu sebenarnya? Orang selalu cakap, kencing tak lawas sebab kurang minum air. Tapi kita tak tahu kenapa? Kenapa kena minum air masak banyak-banyak, baru tak kena kencing tak lawas..

Rupa-rupanya, peranan air itu adalah untuk 'melembutkan' najis kita sekaligus dapat melancarkan sistem pembuangan air besar kita. Dan bila masalah tu dah setel, baru lah kita akan pulih daripada masalah kencing tak lawas. Dapat faham tak?

**********************************************

So, ubat yang aku dapat daripada klinik tu lebih kepada ubat untuk memulihkan punca utama aku iaitu masalah sukar buang air besar, seperti ubat sembelit, ubat antibiotik dan apa entah lagi 2 bijik. Sangat berbeza berbanding klinik yang aku pergi sebelum ni yang hanya bagi ubat untuk setelkan masalah kencing tak lawas aku.

Aku ibaratkan macam kita pening disebabkan kita tak makan nasi satu hari suntuk. 'Ubat' utamanya adalah memang kita perlu makan nasi lah kan? Bukannya ambil panadol untuk hilangkan pening. Haa faham tak? Haha... :p

Apapun, aku tak rasa ramai orang yang tahu tentang kesukaran membuang air besar adalah salah satu punca utama kenapa kerap mengalami masalah kencing tak lawas. Sebab mana-mana sumber kat internet yang aku research, semua pusing-pusing balik duk tulis punca kencing tak lawas :
Jangkitan kuman & peranakan jatuh


Sekarang ni, bila aku rasa macam 'terkena' kencing tak lawas, memang aku minum banyak air dan 'membuang'. Hahaha, dan lagi satu, proses pembuangan aku Alhamdulillah bertambah lancar sejak aku minum Ephyra. 

Aku memang jual Ephyra ni, tapi aku citer ni bukan nak promote ke apa, ni lebih kepada citer sebagai pengalaman pengguna lah gitu :p hehe

Haa okay, itu lah dia sedikit perkongsian untuk pembaca sekalian. Terima kasih sudi singgah dan harap bermanfaat ya. ;D


Dapat Souvenir daripada Butik Noor Arfa :D


Yuhuuuu~ hari Selasa lepas, encik posmen telah datang memberikan aku sebuah sampul surat. Hahaha, yes ! Dah sampai! Memang aku tahu siapa yang bagi. Terus bukak sampul dia dengan rasa tak sabar nak tengok sapu tangan yang ada gambar penyu ni :




Jeng ! Jeng ! Jeng !! Ni dia :


Mula-mula, aku ingat aku dapat sapu tangan corak batik dan penyu tu, tapi bila aku bukak, rupa-rupanya aku dapat yang lagi cantik daripada penyu! :D Aku dapat corak batik dan bunga-bunga
macam ni :

Sweet sangat corak bunga dia, warna biru muda pulak tu, sayang gila nak guna, aku simpan balik dalam kotak :p

Haa...apa pun, sapu tangan ni bukan aku dapat direct daripada butik tu ya, aku dapat ni atas ehsan daripada blogger Kak Intan Berlian :D Kak Intan cakap, aku rajin pergi blog dia dan tinggalkan berbakul-bakul komen yang panjang lebar even dia jarang gila baca blog aku dan tinggalkan komen~ Sebab tu dia hadiahkan aku sapu tangan ni (n_n)

Hahaha..terharu betul :D Terima kasih kak :D

Sedikit review mengenai blog Kak Intan :


Header blog beliau, klik kalau nak terjah ya ! Hehe

- Kak Intan ni memang suka berlian-berlian gitu, sebab tu nama blog dia macam tu, hehe

- Blog dia sangat banyak info-info berguna even dia bercerita tentang diri sendiri, tentang keluarga dan anak-anak dia. Oleh sebab aku selalu baca entry dia, so aku rasa info-info daripada kak Intan ni boleh dijadikan rujukan bila aku mengandung, bersalin dan jaga anak nanti. Haha (pemikiran 2020 sungguh :p)

- Aku kagum beliau dapat banyak job untuk buat entry review produk, secara berbayar. Memang masyuk lah aku rasa. Dan memang patut semua pilih Kak Intan untuk review produk diorang sebab ayat-ayat beliau ni memang kebaboom sikit. 'Sweet Talker' gitu~ hahah ;)

- Daripada Kak Intan juga lah aku dapat tahu pasal Ephyra, sehinggalah aku akhirnya menjadi agen Ephyra dan sampai sekarang aku minum Ephyra sebab result Alhamdulillah, berkesan pada aku.

Okay tu je lah sedikit sebanyak tentang sapu tangan yang aku dapat dan tentang pemberi sapu tangan tersebut. Terima kasih sudi baca :D


p/s : Kak Intan suka buat giveaway mengejut tau, so better korang alert! Haha :D


Wednesday, 25 June 2014

Craft Review : Logam Washer Souvenirs



Hai korang :D Haa pernah tahu tak pasal craft yang berasaskan logam bulat yag dikenali sebagai 'washer' ni?



Banyak gila benda sebenarnya boleh dibuat melalui 'washer' ni. Antara yang selalu orang buat adalah buat loket rantai, keychain, bookmark dan macam-macam lagi untuk dijadikan souvenirs kepada ahli keluarga, sahabat mahupun yang tersayang. Meh kita tengok contoh-contoh kraf yang dah pernah dibuat orang dengan menggunakan logam 'washer' ini :

Loket rantai / jewellery



ada juga yang boleh diukirkan dengan nama seperti ini :




Keychain / souvenirs





Haa paling menarik, washer craft ni juga boleh dijadikan salah satu cara untuk 'ber-kreatif' bersama kanak-kanak. Tak kisah lah nak buat dengan anak-anak, or dengan adik-beradik, kalau korang cikgu tadika, pun boleh buat benda ni. Meh tengok hasil washer carft yang dibuat oleh kanak-kanak pulak :


Cara ikatan reben yang paling simple dan mudah, sesuai untuk dibuat bersama kanak-kanak :D

Kat mana nak beli logam 'washer' ni ???

Jangan risau, logam 'washer' ni memang tersangat lah mudah nak cari, korang pergi ke kedai-kedai hardware, dan cakap 'washer' ada? Haa nanti dia tunjuk lah kat mana. Washer ni ada pelbagai saiz tau, daripada yang kecik comel sampailah kepada yang besar sikit. So, pandai-pandai lah pilih yang sesuai ya :) Harga dia tak mahal pun, ringgit-ringgit je macam tu. hehe

Bentuk logam 'washer' yang asli (sebelum di-craft-kan)

Bahan-bahan untuk buat 'washer' craft ???

- Logam 'washer'
- Reben / tali pengikat / tali getah / apa-apa saja yang sesuai
- Bahan perwarna : Quittic (pewarna kuku tu haa..camane entah nak eja :p)
- Kalau tak nak gunakan warna, boleh guna kertas-kertas pembalut hadiah, potong ikut bentuk washer, dan tampal kan.
- Top layer : beli sekali masa beli perwarna kuku tu (lapisan atas lepas kita selesai warnakan kuku, berwarna jernih)





Haaa, dah tau cara nak buat, buat je ikut kreativiti sendiri ye. Mana tahu boleh jual, selamat mencuba ! (n_n)



Tuesday, 24 June 2014

Bergaya Glamour dengan Koleksi Raya ZALIA


Aku ushar ZALORA tadi, dan nampak ada brand baru masuk. 

ZALIA
ZALIA

Zalia namanya. Aku ushar pulak koleksi baju-baju raya bawah rekaan Zalia ni, hmm not bad okay, memang ada style tersendiri dan memang cantik., so jom kita tengok koleksi Zalia :


(aku rasa certain boleh jugak dibuat sebagai baju kahwin kot? memang design glamour + elegan..hehe)

 
Kiri : Rm 89.00 (baju sahaja)
Kanan : Rm 199.00 (sepasang)

Rm 99.00 (baju sahaja)

Ini paling elegan dan 'vampire' sikit pada aku, ada kerawang-kerawang emas gitu, Rm 199 (sepasang)

Aku sangat suka yang ni, sangat merah dan sangat vampire.. hahaha Rm 109 :D (baju sahaja)

Owh ya, ada juga design yang ala-ala sweet dan simple gitu :)

 
Kiri : Rm 129.00 (kain sahaja)
Kanan : Rm 89.00 (baju sahaja)

Ini sangat sweet, harganya Rm 149.00

Okay itu saja, hehe..aku ni bukan jenis yang pakai baju-baju glamour macam tu bila raya, raya baju aku biasa-biasa je, baju kurung. Aku share untuk korang-korang yang mungkin memang nak bergaya seperti diva di hari raya, so boleh lah purchase Zalia ni..hehehe...terima kasih sudi singgah sini.

Owh ye, lihat Koleksi Baju Raya dari pereka fesyen terkenal yang lain :



***************************************

Berminat nak review produk / servis anda di blog saya?
Klik sini untuk maklumat lanjut


TESCO jual Koleksi Baju Raya Hatta Dolmat !


Pereka Fesyen : Hatta Dolmat

Salam, hoho..aku ingatkan TESCO jual koleksi baju raya Jovian Mandagie semata-mata je, rupa-rupanya koleksi baju raya Hatta pun dia ada jual jugak tahun ni lah. Aku beli paper Metro hari tu, kat dalam dia ada terselit katalog TESCO special untuk hari raya. So, bukak lah katalog tu, terus terkejut sebab ternampak ini :




Koleksi Baju Raya Hatta Dolmat 2014 dijual di TESCO :D Dan aku rasa harganya lagi murah berbanding yang dijual kat ZALORA kot...haa, jadi sesiapa yang ter-ber-kenan tu, boleh lah kot ushar kat TESCO yang berdekatan tempat korang. Harap ada lah, sebab aku tak sure sama ada semua Tesco or Tesco terpilih je yang ada.

Okay selamat membeli-belah :D



Kisah Seekor Kucing bernama Manap



Okay, ini lah pendatang baru yang tak sedar diri beliau adalah seekor kucing jalanan yang menumpang kat rumah aku. Kedatangannya yang memang tak reti nak balik, hari-hari ada di depan pintu rumah telah menyebabkan Anissah terasa hati dengan aku dan merajuk dengan aku sebab dia ingat aku telah menduakan dia. Konflik sungguh masalah ini, sampai aku terfikir Anissah kena sihir. Hahaha...padahal Anissah merajuk dengan aku.

Bersusah-payah dan berjam-jam aku menghabiskan masa untuk mengembalikan semula memori si Anissah Gemok ni yang aku ni lah tuan beliau. Tiap kali aku balik kerja, aku kena teman beliau bergolek-golek kat jalan depan rumah aku, malam lepas maghrib aku terpaksa korbankan certain cerita kegemaran untuk melayan lagi si gemok ni bergolek-golek kat tengah jalan. Esok pagi nak pergi kerja pun layan lagi golek-golek tengah jalan.

Sampaikan si gemok ni nak makan pun aku kena tunggu kat sebelah dia, temankan dia makan sampai habis, sebelum lepas tu dia ajak bergolek-golek lagi. Hadoi~ tapi lepas tu, dia dah mula 'ingat dan kenal' aku semula. Sekarang, Alhamdulillah dah okay. Haha.. :D

Owh ya, berbalik kepada kucing pendatang tadi yang bernama Manap, entry kali ni aku nak cerita pasal Manap semata.(walaupun aku dah tercerita pasal Anissah tadi, haha)


Ye gemok, pasal kau~

Manap ni asalnya kucing yang tumpang makan kat belakang rumah aku. Macam mana boleh dapat nama Manap tu pulak adalah daripada salah satu scene dalam Filem Zombi Kampung Pisang. Masa Lan Pet-pet kena ikat dengan sorang pempuan tu, Lan tanya pempuan tu, "Siapa nama?" Tetiba daripada belakang perempuan tu ada sorang lelaki yang rupa-rupanya terikat sekali dengan diorang, bersusah-payah dia nak jawab nama dia "Manap..." Haha, part tu kelakar kalau korang tengok. So, oleh kerana kucing ni ala-ala sama kesian dengan watak Manap tu, aku letak je lah nama dia Manap :p 

Btw, Manap SANGAT GEDIKKK !!
SANGAT GEMOK !!
SANGAT SELEBET !!
dan beliau tak reti nak pergi jalan-jalan sebab takde kawan. Duk tercongok je kat depan pintu 24/7 (-_-')



Manap kalau dah 'gila', semua dia nak gigit...maklumlah forever alone~ Kucing aku semua tak nak kawan dengan si Manap ni, haha~ sian Manap :p


Haa okay tu je lah aku nak citer pasal Manap ni. Sebenarnya kucing macam Manap ni memang ada ciri-ciri kucing idaman kitorang sekeluarga, ye lah kucing gemok yang comel, yang selalu je ada kat rumah. Tapi tu lah, cuma aku tak leh over sangat layan si Manap ni, nanti sentap lagi si Anissah tu, tak sanggup daku~ haha :p

p/s : ada sekor lagi pendatang baru, nama dia aku letak Geli pastu bertukar kepada Jelly, kepada Jolie, dan akhirnya Angelina Jolie terus. Haha :p Okay tu je, bye :D


Baik kau diam, Manap...grrrr (-..-')

Monday, 23 June 2014

Pengembaraan Imaginasi Lagi ! :D


Otak aku bercelaru sikit nih, so i need therapy seperti biasa, iaitu pergi 'mengembara' ke seluruh dunia! Hehe, siapa nak ikut angkat tangan ! Rugi kalau tak ikut, sebab aku rasa kali ni banyak gila tempat-tempat dan pemandangan yang cantikkkk gila!

So, jooommm :D !!!!



\(n_n)/







Segarnya mata memandang !!








Okay jom ikut aku, kita masuk dalam terowong pokok pula ya :D




Phew~subhanAllah~cantiknyaaaaaaa! Tapi jalan tu confirm licin! Hati-hati!


Haaaa......kita dah sampai kampung !! :D





Bestnya kalau dapat duduk sini, owh ya, jom kita pergi dekat sikit kat tasik yang cantik tu, jom ! :D


Plinggg !!!


Tiba-tiba ada tangga! Hehe :D

Owh korang, tengok kat belah kiri, ada rumah yang diperbuat daripada kayu lah :D bestnya kalau dapat stay kat situ, mesti sejuk dan nyaman gila :D


Ala comelnya rumah dia...macam dalam movie fantasy pulak...hihi

Haaa, yeay dah nak sampai tasik ! Bestnya...mesti sejuk gila air dia tu kan :D...tak sabar nak terjun dalam tasik ni, tasik ke kolam? haha, tapi macam ngeri pulak, bawah dia takde hidupan-hidupan yang ganas kan? erk~


Okay, yang bawah ni, serius amazinggggg sangat !!!1 (>_<)


Ya Allah, cantiknyaaaa :')




Ke-romantik-kan tahap apakah ini...begitu cantik sekali !!!






Cantik betul kan :) Cantikkkk sangat !! Hehe, so setakat itu sajalah imaginasi pengembaraan aku kali ni, harap semua pun sama-sama dapat relaks tadi..hehehe...

Semua gambar ni, aku dapat daripada page baru yang aku like di Facebook, iaitu page Heart Touching images


Kat page tu lah, aku rasa macam aku sedang mengembara..